Wednesday 17 May 2017

SALAH SIAPA

Image result for assalamualaikum image

Ketika pokcik menulis pada malam tersebut, pokcik baru sahaja selesai usahakan hamba Allah yang terkena busung air di Kelantan tu buat malam yang kedua. Tadi pokcik berpeluang berbual dengan saudara hamba Allah itu yang meminta pokcik ikhtiarkan semalam. Alhamdulillah katanya hamba Allah itu sudah boleh bangun ke bilik air sendiri. Dia juga dah mula lepak di sofa di hospital itu. Maha Suci Allah. Alhamdulillah. Tapinya kali ini pokcik nak perihalkan satu kisah yang lain.

Ada seorang hamba Allah bertanya kat pokcik perihalnya yang menderita sakit selamaa beberapa tahun. Mari kita rungkai permasalahannya bersama-sama. Sekiranya sahabat dalam ni ada jawapannya maii laa kongsikan bersama. Katanya dah ada beberapa perawat termasuk sahabat dalam ni cuba merawatnya. Mungkin sebab masalahnya agak rumit maka perawat berkenaan pun meminta dia ikhtiar secara berdepan.

Alkisah, dia menggunakan khidmat seorang ustaz. Ustaz berkenaan datang datang ke rumahnya dan memberitahu bahawa ada benda ditanam di rumahnya dan benda yang ditanam sudah terbakar. Namun anaknya dikatakan nampak dan memberitahu bahawa jin tu masih ada di dalam rumah. Mereka mensyaki makhluk yang mengganggu itu kepunyaan tok dan nenek mereka. Persoalan yang timbul, adakah selepas dibuang, saka itu akan datang kembali sekiranya tok nenek meneruskan amalan biarpun ketika berdepan sudah bersetuju untuk buang.

Makhluk itu juga dikatakan ada perjanjian agar menjaga rumah tu. Menurut anaknya yang dok nampak tu, makhluk tu akan berada di luar rumah pada sebelah siang. Namun begitu, hantu tu akan masuk semula ke dalam rumah ketika waktu malam. Agaknya hantu tu takut gelap kot? Atau pun hantu tu tak tau dia pun hantu. Sebab tu dia takut lepak kat luar sebab bimbang nampak hantu. Kakakakakkakakka.

Hibungan dengan mertua juga renggang. Pernah suatu ketika ketika ustaz tu datang membacakan Yassin, mertuanya kelihatan gelisah. Tiap-tiap kali dia berubat, tiap kali jugalah dikatakan mertuanya akan piii jumpa bomoh. Uri anaknya juga diambil tanpa pengetahuannya. Kini dia sakit pada bahagian dada dan perut. Apa pendapat sahabat semua tentang perkara ini?

Katanya rumahnya telah dipagar beberapa kali. Namun begitu,hantu tu suka-suka hati je keluar dan masuk ke rumahnya. Kena guna pagar letrik kot no..Kakakakkakkaka. Moga berjumpa lagi. Wallahua'lam. Salam hormat...