Saturday 13 May 2017

PENYAMARAN BUNIAN

Image result for assalamualaikum image

Kes baru pokcik usahakan baru-baru ini. Alkisah seorang sahabat pokcik yang baru balik dari Sabah. Dia menceritakan perihal kampungnya dan bunian. Katanya bunian banyak di kampungnya. Ok laa. Kat mana-mana pun ada. Mungkin apa yang diceritakan itu betul kerana makciknya salah seorang yang boleh berkomunikasi dengan bunian itu.



Kebetulan pula, di kebunnya merupakan perkampungan bunian itu. Katanya lagi, ada satu laluan di kebunnya yang bersih dan terjaga. Tiada daun-daun kayu yang berada di laluan itu seperti sentiasa disapu. Rumput yang tumbuh juga dikatakan pendek dan menghijau. Memang kalau ikut akal kita, kawasan kebun yang dipenuhi pepohon sudah semestinya menyebarkan dedaun kering di merata-rata
tempat. Biasalah tu.

Tadi pokcik dihubungi oleh hamba Allah ni. Katanya baru-baru ni dia tidak boleh tidur dan terjaga di tengah malam. Dia memasang kesemua lampu kerana ketakutan. Berpeluh-peluh dia terjaga di tengah malam setelah mencari artikel tentang bunian melalui google.






Apabila diceritakan kepada pokcik maka pokcik meminta hamba Allah ni menghantar gambarnya. Pokcik pun scan laa cara tak reti. Ternyata ada beberapa ekor jin yang melekat padanya. Hemboihh piii laa cara tak berapa reti dari jauh. Dok harapkan Allah perkenankan permintaan pokcik ni. Alhamdulillah Allah memberikan ehsan dan rahmat Nya.


Setelah selesai, pokcik usahakan pulak hemboiihh biliknya pulak. Yaa laa dah dia kata berjaga tengah malam, tentulah ada sesuatu di dalam biliknya tu. Dia pun mengadu meremang apabila pokcik suruh snap gambar di dalam biliknya tu. Hemboiihh pulak laa pokcik ni sambil mohon kat Allah agar dibakar kesemua makhluk yang mengganggu hamba Allah ni. Alhamdulillah Allah permudahkan sekali lagi.


Kesimpulannya, jangan dok terpesona sangat dengan alam mistik ni. Banyak pesonanya dan salah-salah boleh memudaratkan diri. Ada Kemungkinan cerita yang disampaikan tentang bunian tu betul. Akan tetapi apabila kita nak ambil tahu sangat makan ada pulak golongan lain yang mengambil kesempatan. Hihihi. Sorry no kalau terpanjang tulis. Tulis pendek-pendek satgi tak puas baca pulak. Kakakkakaaka. Moga berjumpa lagi. Wallahua'lam. Salam hormat semua sahabat.