Thursday 18 May 2017

LUMPUH DISIHIR

Image result for assalamualaikum image

Alhamdulillah dipertemukan sekali lagi. Pada kesempatan ini pokcik ingin kongsikan satu lagi kisah. Kali ini pokcik nak bawa kisah seorang hamba Allah dari Johor yang disihir sehingga lumpuh. Pada suatu hari, pokcik dihubungi oleh seorang hamba Allah dari Johor. Pokcik tanya dia dari mana dia dapat nombor pokcik. Katanya kawan atas kawan.. Tak tahu laa dari mana dia dapat..

Dipendekkan cerita, pokcik bertanya tentang masalahnya. Katanya dia merupakan seorang guru manakala suaminya seorang kontraktor. Suaminya disihir sehingga lumpuh. Pokcik tanya lama mana dah dan jawapannya lebih kurang lapan tahun berkerusi roda. Ketika dihubungi, dia sedang berada di hospital swasta di Johor.

Apabila mendengar kisahnya, pokcik berjanji untuk ikhtiarkan suaminya itu apabila dia pulang ke rumah. Pokcik berjanji untuk usahakannya selama tiga malam. Dia dan suaminya bersetuju. Pada malam pertama, pokcik menghubunginya lebih kurang pukul 11.30 malam. Tiada jawapan. Mungkin dia dan suaminya telah pun tidur. Biasalah, esok dia pun hendak kerja.

Keesokannya dia mesej pokcik dan meminta maaf. Tertidur katanya. Biasalah tu. Persetujuan dicapai dan pokcik menghubunginya semula pada malam tersebut. Kali ini pokcik mesej awal sikit. Hihihihi. Mesej bersambut. Pokcik memintanya menghantar gambar suaminya. Dia menghantar dua keping gambar. Maaf, gambar tersebut terpaksa pokcik crop sebab menampakkan aurat dan muka pesakit. Kerahsiaan dan adab pokcik kena jaga.

Setelah semua bersedia, pokcik seperti biasa meminta suaminya agar beristighfar dan berselawat atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. sepanjang proses dijalankan. Dalam 25 minit, selesailah ikhtiar pokcik padanya pada malam pertama. Dia cuma rasa panas dan gatal pada kakinya yang bengkak. Kalau ikut doktor, penyakitnya dinamakan Kaki Gajah. Kalau terlangkah orang panggil Dennah. Tak apa laa mana-manapun. Kita hanya ikhtiar sahaja. Penyembuhnya hanya Allah.

Dipendekkan cerita, habislah ikhtiar selama tiga malam. Alhamdulillah usaha pada kali ini Allah permudahkan. Bengkak pada kaki dan pahanya mula surut dengan seizin Allah. Pokcik mendapat perkhabaran daripada adik ipar pokcik di Johor, dia telahpun boleh berjalan seperti biasa. Namun usaha perubatan tradisional haruslah seiring dengan perubatan moden. Seeloknya dia makan juga antibiotik daripada hospital bagi menghapuskan kuman atau bakteria yang ada sepanjang bengkaknya kakinya itu.

Bahaya mainan sihir ini ialah, ia akan menjadi sakit fizikal apabila tidak diikhtiar dari awal. Namun dalam kes ini, dia telahpun banyak berikhtiar jadi pokcik takkan mengatakan dia hanya duduk sahaja dan redha dengan keadaannya. Tambahan pula dia juga ada masalah saka. Apabila sihir dan saka bergabung maka ia akan menjadi kes yang lebih serius. Saka ni kononnya mahu melindungi anak cucu. Pokcik pun tak tahu depa lindung macam mana. Datang jin sihir yang lebih kuat dan besar maka jin saka akan mengelak dan memberi peluang kepada jin sihir. Jin saka tua katakan. Hahahahahahahahha.

Sebab itulah, hanya Allah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik tempat meminta pertolongan. Baru ni dengar kata dia demam. Orang rumahnya menghubungi pokcik lagi. Menurutnya setelah baik daripada bengkak tempoh hari iaitu dalam tiga bulan sebelum itu, dia terus tinggalkan ubat hospital. Antibiotik pun dia dah tak makan. Hihihihihi. Nasihat pokcik, usaha mestilah seiring antara moden dan tradisional. Dah selesai isu mistik, perubatan moden jangan ditinggalkan.

Sekian sahaja buat kali ini. Moga ada iktibar yang boleh para sahabat dan pembaca peroleh. Maaf andai ada kata-kata yang kurang menyenangkan. Semua itu kelemahan daripada pokcik. Moga berjumpa lagi pada lain kali jika diizinkan oleh Allah dan diberikan kesihatan yang baik olehNya. Wallahua'lam. Salam hormat semua.