Saturday 13 May 2017

SAKA HARIMAU

Image result for assalamualaikum image

Alhamdulillah dapat lagi kita bertemu lagi buat sekelian kalinya. Terima kasih atas doa sahabat-sahabat, moga malaikat pun berdoa untuk kesejahteraan dan kesihatan sahabat semua. Pokcik masih lagi selsema. Demam dah kebah dan kini pokcik di tempat kerja.

Pada dok saja, maiii pokcik nak kongsikan satu lagi kisah. Kisah ni berlaku lebih kurang dua minggu lepas. Masa kejadian pokcik masih di tempat kerja. Biasalah kalau tak kerja nak makan apa kot no. Huhuhu. Teringat pulak apa yang diceritakan oleh sahabat kita Wak Lie. Seorang pesakit siap marah kat dia pastu tanya soalan cepu emas. Perawat pun kerja kaa, tanya pesakit tu.. Huhuhuhu.

Baik, pokcik teruskan cerita. Ketika sedang dok kalut kerja pokcik dapat panggilan telefon daripada bos sahabat kita dalam group ni. Katanya beliau dah hantar gambar seorang ustazah ke whatsapps pokcik. Disebabkan kerja maka pokcik pun macam tengok tak tengoklah mesej tu. Dihantarnya gambar sekolahnya dan gambar ustazah tu sekali. Mungkin dia beranggapan kejadian terhadap ustazah tu ada kena-mengena dengan tempat kerja.

Ketika itu ustazah tu terketar-ketar katanya dan hampir kerasukan. Kesian pulak dengar. Pengetua tu mintak tolong pokcik hemboiihh pii laa mohong-mohong sementara menunggu perawat yang dipanggil oleh pihak sekolah sampai. Alhamdulillah laa pokcik dengar macam tu sebabnya kalau kat tempat kerja nak proses kat mana. Tukang angkat simen macam pokcik ni sempat buatkan dalam stor saja laa.

Apabila pokcik check, ternyata saka. Pokcik pun telefon pengetua tu semula. Pengetua tu kebetulan berada di hadapan ustazah tu. Ustazah tu pulak tengah dipegang oleh dua orang perempuan. Biasalah mana ada orang nak mengaku ada saka. Hihihihi. Pokcik suruh pengetua tu tanya dia ada saka atau tidak. Haih tak mengaku ada. Xpaa laa pokcik kata. Dalam dok telefon tu pokcik ikhtiarkan hemboiihh ustazah tu.

Aummmmmm terdengar ngauman. Hihihi. Tadi nak sorok. Pandai sungguh berlakon noo. Pengetua dah gelabah. Katanya ustazah tu dah merangkak. Adoiii live pulak kali ni. Dia merangkak sambil mengaum. Ngauman tu memang jelas laa sebab pengetua tu pasang loud speaker. Hihihi. Aku kuat katanya. Aku hebat katanya. Tak mau dia meninggalkan tuannya tu. Bukan main lagi no. Dejaiiii punya saka. Hihihi.

Pokcik pun ikhtiarkan putuskan mereka masa tu jugak. Alhamdulillah berhenti merangkak dan mengaum dah. Kini dia menangis teresak-esak. Sedih laa tu sebab dah terpisah. Dah pisah tu senang laa sikit kot no sebab dah jadi gangguan. Tak lama perawat berhampiran pun sampai. Pokcik biarkan depa pulak handle yang selanjutnya. Lebih kurang dua jam kemudian pokcik pun telefon sahabat pokcik tu yang juga ahli group.

Alhamdulillah dah katanya. Alhamdulillah laa sebab Allah.permudahkan segala urusan. Urusan ustazah tu, pokcik, pihak sekolah dan perawat yang datang selepas pokcik tu. Menurut sahabat pokcik, ustazah tu mengaku dia ada saka belah neneknya. Haih, tadi tak mengaku. Ataupun... Mungkin kata-kata yang keluar dari mulut ustazah tu sebelum ni atas pengaruh saka tu. Wallahua'lam.

Sekian saja perkongsian pada kali ni. Maaf andai ada salah dan silap. Moga berjumpa lagi pada lain masa. Doakan juga kesihatan pokcik. Hihihihi. Akhir kata, moga kita semua terselamat daripada hasutan iblis laknatullah. Wallahua'lam. Salam hormat.