

Alkisah pada suatu hari pokcik dihubungi oleh seorang rakan perawat. Menurutnya ada seorang hamba Allah yang tinggal berhampiran dengan pokcik iaitu di Indera Mahkota yang dirasuk Poltergeist. Menurut perawat berkenaan hantu tu bercakap dalam bahasa Inggeris. Hantu tersebut mengaku datang dari Timur London. Kebetulan pula pesakit baru saja balik dari melancong di England.
Menurut perawat berkenaan, pesakit ni ada rekod saka. Nama sakanya ialah Nia. Kemungkinan besar si perawat berkenaan merawat masalah saka pesakit ni. Menurutnya,semasa merawat tiba-tiba Si John ni muncul. Lepas diazab katanya Si John ni cabut lari.
Selepas John lari Nia muncul kembali. Menurut saka yang bernama Nia tu, John sudah lari dan masuk ke dalam seekor kucing hitam.
Menurutnya sekarang Hantu John telah pergi ke belakang rumah. Disebabkan inginkan kepastian maka si perawat memanggil anak pesakit untuk membuat kembara batin. Si perawat mengIkat mata anak pesakit dan membimbingnya membuat kembara batin itu. Anak si pesakit memberitahu memang ada kucing hitam yang diberitahu oleh Nia. Si perawat membuat kembara batin dan menangkap kucing hitam itu lalu menghumban John secara batin ke Darul Islah. (Penjara jin bagi perguruannya).
Setelah 4 bulan berlalu tiba-tiba anak pesakit menghubungi perawat ini. Katanya John muncul kembali. Ketika inilah sahabat perawat ini menghubungi pokcik kerana katanya kes ini terlalu rumit. Sebelum kemunculan John si pesakit akan menulis pada kertas "We will back soon". Sebelum sahabat ini menghubungi pokcik dia telah membawa pesakit ini ke Kemaman di salah sebuah pusat perubatan terkemuka di sana.

Perawat: Who are u?
John :Im poltergeist
Perawat: Why u here?
John: She kill my mother.
Disebabkan banyak sangat lapisan, si John laa, Nia laa, saka yang nak datang dari Singapura laa maka sahabat perawat tarik diri. Kes ni diserahkan kepada pokcik. Pokcik nak piii rumah dia segan pulak sebab satgi merasuk cakap Inggeris, jenuh pulak pokcik nak cari kamus. Kakakakakakkakakaka. Dapat kat pokcik macam biasalah. Si John ngan si Nia ni pokcik hemboihhh elok-elok dengan penuh kasih sayang. Hihihi.
