Sunday 7 May 2017

ARTRITIS

Image result for assalamualaikum image

Alhamdulillah kerana masih lagi Allah panjangkan usia bagi pokcik menulis satu lagi perkongsian. Kali ni nak kongsikan perihal hantu yang raya sepanjang tahun iaitu hantu raya. Ada yang tahu depa memiliki hantu tu sebab depa terpaksa ambil apabila tuan asal sudah nazak dan sukar Menghembuskan nafas yang terakhir. Ada juga yang tak sedar depa dah pun didampingi oleh hantu ni sebab depa pilihan utama selepas tuan asal meninggal dunia. Yang ni memang kesian laa. Terutama apabila hantu raya tu dah menunjukkan belangnya.

Alkisah pada suatu petang, pokcik santai sambil dok melayan kucing pokcik yang seramai 16 ekor. Pokcik memang suka membela kucing. Pendek kata kalau pokcik baring saja, ada laa dua tiga ekor akan landing jugak. Bukan landing sebelah pokcik tapi kat atas belakang pokcik. Ada sekor ni suka jilat muka dan kepala pokcik. Macam-macam gelagat depa. Sedang dok leka bermain kucing tiba-tiba pokcik dengar suara perempuan memberi salam. Elok pokcik jenguk kepala, rupa-rupanya jiran sebelah rumah pokcik saja. Apahal pulak. Pokcik tengok tangan dia kot-kot ada makanan tetapi pokcik kecewa. Manalah tahu kan, perut tengah lapar ni kalau orang hulur sikit makanan syok juga. Boleh layan sambil baca perkongsian di fb.

Pokcik pun tanya laa tujuan dia. Ehhh tiba-tiba dia bagitau nak sembang di dalam. Tudia aih. Setahu pokcik pokcik takdak masalah dengannya. Pokcik menjemput dia masuk. Dia mula bercerita perihal penyakitnya dan tempat-tempat yang dia pergi untuk merawat penyakitnya. Dia pun menunjukkan tangannya. Kelihatan jarinya membengkok. Dia juga memberitahu tangannya sudah tak kuat untuk memegang sesuatu barang. Sering terlepas tanpa sengaja katanya.

Bab arthritis ni bukan bidang pokcik sebab pokcik bab hemboiihh mohong-mohong saja. Kakakkakakkakkaka. Namun begitu dia menambah lagi pulak perihal suaminya. Suaminya sangat aneh. Pernah anaknya kerasukan dan dia kata anaknya hanya tekanan. Disebabkan marah dia suruh hantu tu pulak serang suaminya tapi apa yang mengejutkan ialah jawapan hantu yang merasuk itu.


Hantu tu bagitau macam mana nak kacau dia sebab aku datang dari dia. Mau kaa tak terkejut mendengar jawapan hantu tu. Pernah juga hantu tu memeluk dia dari belakang masa di dalam bilik tetapi apabila dia lihat suaminya tiada. Suaminya elok saja tengah hisap rokok di luar rumah. Anaknya juga sering melihat pelbagai kelibat di dalam rumahnya. Isterinya syak semua tu kepunyaan suaminya.

Mendengar ceritanya maka pokcik pun usahakan dia. Ingatkan malas nak berurusan dengan penduduk setaman tetapi entah macam mana dia tahu daripada orang Batu 3 Kuantan. Pokcik tanya siapa tetapi sampai ke sudah dia tak bagitau. Macam-macam. Baiklah pokcik teruskan. Pokcik mula ruqyah dan hemboih tangannya. Alhamdulillah jarinya mula boleh diluruskan dan kembali seperti biasa. Alhamdulillah Allah nak menolongnya. Setelah selesai dia minta pula ikhtiarkan dua orang anak perempuannya. Tu lain kali laa pokcik kongsikan kalau ada kelapangan. Apa pun dia minta pokcik ambik apa sahaja yang ada pada suaminya. Buat laa pokcik pada malam itu. Kesian juga dia. Tambahan pulak jiran sebelah. Bimbang pulak hantu raya tu sesat maii ke rumah pokcik. Kakakakkakkaka.

Alhamdulillah usaha malam tu pun Allah permudahkan. Suami dia jadi pendiam dan murung saja lebih kurang dua minggu. Elok sangat laa dia kata. Bekeng tak tentu hala. Ooooo rupanya jadi garang kot noo kalau ada benda-benda tak elok ni. Dalam kes ni pokcik rasa dia pun tak tahu dia ada pendamping. Dengarnya emak dia sedang sakit sekarang ni. Kemungkinan besar benda tu dah pelan-pelan cari pewaris yang sesuai. Dia saja pewaris yang sesuai gamaknya nooo. Hihihi. Sekian sahaja perkongsian pada kali ni. Moga mendapat manfaat. Moga berjumpa lagi dan sekali lagi pokcik minta maaf andai ada tersalah kata. Wallahua'lam. Salam hormat.