Wednesday 17 May 2017

JUMAAT

Image result for assalamualaikum image

Alhamdulillah, Allah masih lagi memanjangkan usia kita sehingga ke saat ini. Pada kesempatan ini pokcik ingin berkongsi satu lagi kisah. Cerita tentang peristiwa pada hari Jumaat pula.Alkisah, jiran kepada emak mertua pokcik maiii ke rumah. Agak dah laa ada laa tu yang nak disampaikan. Pertama sekali perihal saka anaknya. Memang pokcik tak sempat ikhtiarkan lagi.

Dulu sempat bercakap saja tentang tentang sakanya dengan anaknya sendiri yang berada di Tumpat Kelantan. Elok saja dok bincang dengan pokcik, malam tu sakanya maiii dalam mimpi jerkah kat dia.. Ermmmmmmm katanya dengan kuat. Keesokannya dia telefon laa emaknya di Kuantan. Dia tanya, pokcik dah ikhtiarkan kaa. Tadi baru emaknya jumpa pokcik. Jawapannya, pokcik belum sempat ikhtiarkan.

Baru telefon bercakap, sakanya dah mengamuk. Sakan sungguh, saka apa entah. Ikut suka dia laa. Ingatkan malam ni nak usahakan dia laa tapi ada cerita lagi katanya. Saudaranya yang lain pulak dimasukkan ke hospital kerana busung air. Laa tambah lagi laa.. Kes saka anaknya pun tak sempat lagi pokcik usahakan.

Tak paa laa pokcik kata, kita ikut keperluan. Katanya saudaranya tu dah teruk. Doktor baru saja operate buang air dalam perutnya tu tapi esoknya lebih kurang, penuh balik dan membesar semula perutnya itu. In shaa Allah laa, pokcik kata. Apa pun pokcik tak janjikan apa-apa. Sekadar ikhtiar sahaja. Dia berpuas hati dengan jawapan pokcik.

Kebetulan, datang pulak seorang lagi jiran. Katanya tentang perniagaannya yang semakin merosot dan perihal anaknya yang semakin malas untuk bekerja. Adusss. Buat masa ni memang pokcik tak ambik sangat kes remeh-temeh dan tidak terlalu serius. Maklumlah umur pun makin meningkat. Tenaga pun makin kurang. Mata pun makin rabun.

Alhamdulillah laa, nak masuk dah waktu solat Jumaat. Jadinya pokcik kata pokcik nak pii solat. Kebetulan, masjid di depan rumah sahaja. Dalam perjalanan nak melangkah, pokcik jumpa pulak saudara pokcik. Baru balik kursus katanya. Alhamdulillah laa makin banyak pengalaman dan peluang kenaikan pangkat makin laa cerah. Sebelum sampai ke masjid dia sempat pulak ceritakan perihal dirinya.

Katanya, kawan kepada sahabatnya bagitahu ada benda dok kat dia. Katanya kawan tu boleh tengok dan ruqyah tapinya apabila diminta ikhtiarkan dia macam menolak kot sefaham pokcik. Katanya dia rasa berat di belakang dan tak boleh berdiri lama. Lutut menggeletar dan bergoyang. Ada terasa pergerakan di bawah kulit. Kami berdiri laa sat di tepi masjid dan pokcik scan laa mohong-mohong.

Memang terasa ada gangguan pada dirinya. Pokcik ajak saudara pokcik ni piii ke rumah emak mertua pokcik apabila selesai solat Jumaat. Dia setuju. Selepas tu pokcik pun ambik wudhuk dan duduk di atas tangga batu masjid. Nak masuk, masjid dah penuh. Elok saja duduk di tangga batu tu tiba-tiba datang pulak seorang lelaki tua bersalaman dengan pokcik dan memberi salam. Salam bersambutlah walaupun pokcik tak kenal dia.

Haih tiba-tiba dia dok cerita perihal sakitnya. Khutbah tengah dibacakan dia dok ajak pokcik borak pulak. Habislah pahala khutbah pokcik, kata pokcik dalam hati. Dia dok tanya tapi pokcik jawab Wallahua'lam saja. Perihal sakit hospital, perihal sakitnya tak boleh tidur dan sebagainya. Dia tengok pokcik dok jawab Wallahua'lam saja dia faham kot. Last sekali dia diam. Huhuhuhu.

Selesai solat Jumaat barulah pokcik usahakan saudara pokcik ni. Alhamdulillah Allah permudahkan. Ingatkan jiran yang maiii sebelum solat Jumaat tadi balik dah. Rupanya dia tunggu pulak pokcik balik dari solat Jumaat. Hemboihhh piii laa mohong-mohong. Alhamdulillah selesai. Pokcik juga cakap kat dia lain kali kalau pokcik maiii, sediakan air pulak. Nak hemboiihh piii laa cara tak reti. Pokcik nak mintak dia spray kat tapak niaga dia. In shaa Allah.


Panjang noo kali ni, dalam satu cerita ada pelbagai cerita. Hihihi sesekali kot no.. Maaf andai ada terkasar bahasa dalam perkongsian kali ni. Moga berjumpa lagi. Moga Allah permudahkan segala urusan kita. Moga kita semua mendapat keredhaanNya. Moga Allah memanjangkan lagi usia kita agar kita dapat lagi beribadah dan berbuat kebajikan. Aamin