Saturday 6 May 2017

TER

Image result for assalamualaikum image

Alhamdulillah dipertemukan dan dipanjangkan usia dan ukhwah sehari lagi buat masa ni. Kali ni kita bukak topik bab termakan. Apabaila sebut TER maka kita tahu perbuatan yang tidak sengaja. Takkan dah tahu ada racun kita nak telan jugak. Membunuh diri namanya tu. Lagi satu nak test power.

Kasihan juga hamba Allah yang terkena ni. Apa tak kasihan, makanan tersebut menjadi darah daging. Dah jadi darah daging, tak kan pulak nak dedeh isi guna pisau nak buang bahagian tersebut. Itu pun kalau tahu bahagian mana yang dah jadi darah daging tu. Macam-macam cara kalau nak kena ni. Yang parahnya, kalau orang rumah sendiri yang buat. Hihihi.

Keluarlah istilah nasi kangkang dan diletakkan barang bagi menundukkan suami. Kononnya takut suami kahwin lagi atau sebagainya. Seronok gamaknya tengok suami jadi pak turut setiap kata-katanya. Lagi parah, suami dibodohkan kerana si isteri ada hubungan dengan orang lain. Kalau suami bodoh maka bolehlah dia buat sesuka hati. Lagi sadis, si isteri berani pulak bawa lelaki masuk ke dalam rumah depan suami sendiri.



Kalau di rumah pun tak selamat, di luar apatah lagi. Pergi pulak ke kedai yang menggunakan ibu santau sebagai pelaris. Biasalah setan ni, syaratnya nak makan orang pada setiap tahun. Kena pulak kebetulan kita yang masuk ke kedai tu masa dilepaskan ibu santau. Dah tak pasal-pasal jadi mangsa. Ni kiranya kes naya laa. Bukannya kita ada masalah dengan dia pun.

Tu kiranya tak sengaja. Orang yang berniat nak nayakan kita dari awal pun ada. Tengok ada peluang maka dimasukkan santau atau benda kotor dalam makanan kita. Kalau tu tak cukup angker, ada juga dihantar melalui angin. Pernah pokcik jumpa dan lihat sendiri di sebuah kedai tapi kes lain. Kedai tertutup, semua berkunci tetapi minyak disimbah ke setiap penjuru. Habis motosikalnya pun kena simbah dengan minyak. Masuk ikut mana? Jin.. Selagi ada ruang udara selagi tu laa depa masuk. Wallahua'lam.

Kasihan juga sesiapa yang kena. Kalau termuntah tu biasanya macam-macam yang keluar dan baunya sangat busuk. Warna pulak hitam. Tengok pun geli. Ada juga yang keluar seperti ketulan daging bersama darah. Kita boleh kata kasihan sajalah kalau kita tidak kena. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sekian, saja buat kali ni. Wallahua'lam. Salam hormat.