Tuesday 9 May 2017

KENAPA ILMU MENJADI TAWAR?

Image result for assalamualaikum image

Boring ni jadi pokcik taip jugak laa bagi hilangkan puas. Alkisah suatu hari seorang hamba Allah datang ke rumah pokcik. Tahu dah, kalau tak bersebab jarang nak maiii saja-saja. Nak ajak ngeteh sibuk biasanya depa ni. Dah maiii tu pokcik tanya laa sebab apa dia maiii. Tengok sihat walafiat saja. Pokcik pun selalu merahsiakan perihal pokcik ni hemboiihh mohong-mohong. Hanya orang tertentu sahaja tahu. Tu pun orang tempat lain yang bagitau.

Katanya seorang bomoh bagitau dia. Ooo baru pokcik ingat. Ada seorang bomoh yang datang baru ni ke rumah pokcik. Tu pun dua kali dia pusing kat area rumah pokcik sebab tak berjumpa katanya seolah-olah ditutup pandangan. Sampailah dia terpaksa menelefon pokcik dan pokcik tunggu di hadapan rumah. Haih.. Lain kali laa kot noo pokcik kongsikan perihal bomoh tu. Ni nak kongsikan perihal hamba Allah yang datang tu.

Katanya anak dia sakit. Bukan budak kecik tapi dah sekolah menengah dan tinggal di asrama. Pernah juga berubat katanya tapi perawat tak tahan sebab dia dok bersilat dan dok bercerita salasilah perawat pulak. Pernah katanya dia berkelahi dengan isterinya. Tiba-tiba, anaknya tu jadi tak sedar diri. Kalau setakat tu tak apa laa. Ni siap dok cerita perihal ayahnya di luar. Tebal jugak muka sebab anaknya kata harapkan pakai kupiah je ke surau tapi perangai tak boleh blah. Siap cerita satu-satu katanya. Hihihi. Malu ooo.

Kalau dia tengah tak sedar diri, hantu pun dia kejar. Sampai ke pokok besar depan rumahnya dia kejar sambil sumpah seranah. Dia juga katanya tak boleh bertentang mata dengan ayahnya. Ada saja tak kena dan dia akan meninggikan suara. Emaknya pun kena juga tapi dengan ayahnya lebih lagi laa. Dipendekkan cerita, anak dia tidak balik pada minggu tu tapi dia nak minta juga usahakan anaknya tu sebab katanya perangainya makin menjadi-jadi.

Dia bagi gambar anaknya dan persekitaran rumahnya. Malam tu jugak pokcik usahakan. Mulanya pokcik ikhtiarkan ambik makhluk kat atas pokok besar depan rumahnya. Selesai tu pokcik tengok anaknya pulak. Rupanya saka. Harimau seingat pokcik. Patutlah pun garang sangat. Pokcik pun ikhtiarkan laa cara tak berapa reti sangat pun. Selesai tu pokcik call ayahnya suruh tanya perkembangan anaknya masa tu.

Bukan apa, bimbang juga sebab ayahnya kata dia akan merasuk ketika dirawat. Kena pulak merasuk di asrama kacau bilau jadinya. Alhamdulillah anaknya kata dia cuma rasa macam nak demam. Seram sejuk dan dia makan panadol. Alhamdulillah tak ada apa berlaku pada malam tu. Hairan juga anaknya sebab ayahnya tiba-tiba saja call. Hihihi. Sampai ke hari ni dia tak tahu pokcik telah usahakannya pada malam tu.


Alhamdulillah juga selepas malam tu barannya dah beransur elok dan tidak lagi meninggikan suara kepada kedua-dua ibu bapanya. Apa pun satu soalan pokcik telah tanya kepada ayahnya sebelum usahakan anaknya tu dan rumahnya. Pokcik tanya, Awat tak piii kat ustaz yang femes tu. Dia kata dulu memang dia selalu pii sana. Laa ni ramai dah mengadu tak begitu mujarab dan tak menjadi. Sebab apa agaknya perkara tu berlaku? Pokcik buka persoalan ni kepada sahabat semua. Wallahua'lam. Salam hormat.