Monday 8 May 2017

APA AMALAN MEREKA

Image result for assalamualaikum image

Selamat petang semua. Dok dalam kereta buruk pokcik ni sempat lagi laa dok taip cerita. Agak-agak kali ni dok tunggu mokcik buat apa pulak kot noo. Tadi dok check duit orang kat bank. Ni dok kat kedai kucing pulak. Satgi habis cerita ni pokcik dok kat rumah pulak kot noo. Nak cerita bab amalan pulak kot noo hari ni.

Dok cerita bab perubatan biasa dah, sihir biasa dah, saka pun dok selalu cerita dah. Bab amalan ni jarang-jarang dok cerita. Kalau nak cerita laa macam-macam amalan pelik-pelik orang Melayu kita ni. Tapi heran jugak noo, sapa yang dok amal benda pelik-pelik ni tak mau bertentang mata kalau dok bercakap dengan kita.

Kalau sembang ngan awek kaa mau jugak malu. Tu kalau pokcik laa, sahabat pokcik tak tau. Hihi. Ni mokcik tu. Tak mau bertentang mata dengan kita kalau dok sembang. Berasa lagu dia tanya soalan kat dinding ooo. Habis kita dok tepi atau depan dia saja, haih piii tanya kat kerusi laa, meja laa, kucing laa, awatnya? Tak tau laa kalau pokcik tua ni encem bergaya. Kakakakkakakkakkaka. Parah.

Ni bukan cerita mohong-mohong. Ni betoiii-betoiii bukan cobaaaan. Hihihi. Banyak kepelikan depa ni no. Antara yang pokcik jumpa ialah depa ni tak piii ke rumah orang sakit atau menziarahi orang meninggal dunia. Ni yang pokcik pernah jumpa laa. Pengalaman sahabat lain pokcik tak tau pulak lagu mana.

Apa pun antara tanda orang bersaka tapi depa tak tau ialah dok saja-saja pii kepak ibu jari tangan. Alaaa lagu orang perempuan pemalu dan bersopan genggam penumbuk. Ibu jari tangan mesti ke dalam punya. Hihihi. Ada satu hamba Allah ni lagi angker. Sampaiii laa ni panjang umurnya. Alhamdulillah.



Tapi yang peliknya dia ni nazak dah banyak kali kata anaknya. Panjang umur..Lebih tujuh kali nazak kalau tak silap pokcik. Bukan anak-anak nak suruh mak depa piii cepat-cepat tapi timbul kepelikan setiap kali dia nazak. Dah nazak maka dia akan mengadap cermin. Haih sebaik sahaja mengadap cermin sihat terus. Pada masa pokcik taip ni hamba Allah ni masih hidup lagi. Bukan bongkok tiga lagi dah. Entah bongkok enam dah kot. Hihihi.


Entah apa amalan depa kot no. Sekian sahaja perkongsian pada kali ni. Moga peroleh manfaat daripada perkongsian pada kali ni. Maaf andai ada terkasar bahasa dan sebagainya. Moga kita dapat berjumpa lagi pada lain masa. Doa-doalah noo moga semua ahli group diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa di bawah lindungan Allah. Aamin. Wallahua'lam. Salam hormat.