Sunday 7 May 2017

ILMU WALI

Image result for assalamualaikum image

Cerita pulak bab ilmu para wali. Syok dengaq no. Kalau kita tanya aliran mana, pusat perubatan mana, jawapannya dapat ilham dari Allah, ilmu warisan para wali.. Memang ganaih laa jawapan. Terkedu, terkesima, terkujat, terpana, terpesona, terkaku lidah nak bersuara dan last sekali terkeluar kentut barulah tersedar dan terjaga.

Pokcik kagum laa dengan sesiapa yang dapat ilmu ilham ni dan sebagainya. Bila ditanya belajar dari mana gamaknya dah tentu jawapannya tidak belajar tapi dianugerahkan. Hebat laa kita kiranya insan terpilih. Alhamdulillah. Pokcik akan tanya hanya apabila pokcik tengok dan perhatikan lain macam saja setiap komen.

Tiba-tiba, keluar status seorang hamba Allah menceritakan perihal yang dapat ilmu para wali ni. Katanya perawat tu demam. Haih, sebelum ni ilmu para wali laa ilham laa, awat pulak dok cerita pasaiii perawat demam. Selama ni pokcik tengok penampilannya memang ok laa sampaikan kebanyakan sahabat dalam ni gelarkan dirinya ustaz. Baguslah. Biarpun kita tak tahu apa pengkhususan dia. Hihihi..

Apabila dengar pulak perihal seorang sahabat dalam ni pernah bertanya untuk berubat dengannya, scan saja RM1500 kena tambah pulak dengan kambing atau lain-lain binatang bersesuaian dengan kekuatan jin. Kalau afrit gamaknya kena sembelih bapak gajah kot no baru besaq sikit nak lawan dengan afrit. Hihihi. Kalah Darul apatah haritu yang kawan tu kena. Di situ, scan baru RM300. Ni kira lima kali ganda dah. Hihihihi.

Entahlah... Ada kaa wali maiii nak ajar kita dalam mimpi. Kalau tak pun, dalam kes ni wali tu suruh kenakan mahar macam tu kaa? Wali apa lagu tu. Ilmu anugerah Allah kaa lagu tu, main dengan kambing bagai. Macam-macam kalau orang nak cari makan ni. Pokcik cakap sebagai orang tua yang tak dak ilmu. Tapi boleh lagi fikir betoiiii kaa dak.


Dari perwatakan dan pertuturan lemah-lembut dan berunsur keislaman kadang kala terselit suatu tujuan. Maiii laa bincang, ilmu dapat dari wali dalam mimpi laa anugerah Allah laa tanpa belajaq dan sebagainya. Maiii sentap sama-sama sambil muhasabah diri. Pokcik tak mahu lagi bukak bab seorang hamba Allah menceritakan perihal silat geraknya yang jenuh nak dibuang. Memudaratkan diri baru kita cerminkan diri. Bagoihhh laa jugak daripada dok cerita orang sihir kita sana sini tanpa merujuk kepada amalan diri. Wallahua'lam. Salam hormat.