Friday 5 May 2017

ILMU TANPA SEMPADAN

Image result for assalamualaikum image

Bercerita bab ilmu tanpa sempadan yang diijazahkan tak kira berdepan ataupun jauh. Ada amalan yang kita tak sedar memudaratkan diri. Ada kes dimana, khadam yang berdamping daripada amalan itu mengganggu isteri si pengalamal. Ni kes benar yang diberitahu oleh pengamalnya kepada pokcik.. Bukan kes semalam ye.. Posting ni tiada kena mengena dgn posting pokcik semalam.



Apa pun bukan kes di atas yang pokcik ingin ketengahkan. Alkisah, pada suatu malam pokcik dihubungi oleh seorang wanita. Katanya dia tak boleh berada berdekatan dengan suaminya. Seingat pokcik, suaminya akan merasuk apabila berdekatan dengannya sehinggakan mereka terpaksa hidup berasingan sungguhpun suami isteri.

Yang lagi parah, ketika dia menghubungi pokcik dia dalam keadaan mengandung dan risau akan kandungan dalam perutnya. Katanya, dia berdarah lebih kurang pukul 5 pagi pada tiap-tiap hari dan ada lembaga yang datang untuk menghisap darah yang keluar itu. Apabila dia ceritakan perihal dia mengamalkan sesuatu keilmuan dan disebutkan nama keilmuan itu maka pokcik pun minta dia agar memikirkan akibat daripada amalan itu.

Apapun dia bersetuju dan pokcik pun bersetuju untuk usahakannya. Kadang kala bukan salah pengamal kerana mereka tidak mengetahui akan kesan atau akibat amalan mereka. Alhamdulillah Allah masih memeliharanya dan dan kandungannya. Makhluk itu juga tiada lagi mengganggunya. Ini cebisan kisah untuk renungan bersama. Apa pun, berhati-hatilah. Wallahua'lam. Salam hormat..