Saturday 6 May 2017

MEMBEZAKAN SIHIR DAN SAKA

Image result for assalamualaikum image


Sekadar perkongsian.. Ini antara kes SAKA.. Pokcik pun bukan arif sangat tetapi apabila tidak dapat membezakan saka atau gangguan maka akan timbul masalah. Ni orang kampung seberang bagitau pokcik... Pokcik sampaikan sahaja.....






Saka ni jenis jin yang bijak... Nak piii pusat perubatan saja tiba-tiba jadi elok.. Hihihihi... Elok sekejap saja maksudnya.. Pastu maiii lagi yang lebih teruk. Kita kena lebih bijak daripada jin.. Jin selangkah kita kena dua langkah kerana kejadian kita lebih mulia daripada depa.. Depa terbang kita doa laa.. Tu kan senjata orang mukmin.. Depa nak lari mana.. Kakakkakakkaa.

Apabaila tak nak terima dia, jin ni akan cuba membuat seolah-olah seseorang itu terkena sihir... Santau atau sebagainya.. Maka kalau kita tak dapat mengesan ia angkara sihir atau saka maka kita akan beranggapan ia merupakan perbuatan sihir... Jenuh berubat laa....

Dalam kes ni, selain dia bermimpi menyusukan bayi, dia juga sering berbau bunga yang wangi di dalam rumahnya.. Kita kadang kala naik syok apabila bau bunga ni sebab dok beranggapan apabila bau bunga maka ia jin baik... Selalunya itulah anggapan kita walaupun kita tetap akan menidakkan....


Paling parah, hubungan suami isteri menjadi panas.. Cepat baran terutama dengan pasangan. Dengan suami pun baran apatah lagi dengan orang lain ye tak. Hihihihi.... Perkongsian pokcik ni bukan nak menidakkan pegangan mana-mana perguruan.. Akan tetapi, sekadar berkongsi sebagai suatu perkongsian ilmu.. Itu pun orang yang bagitau.. Pokcik sampaikan jaa.. Bukan reti sangat pun.. Maaf andai ada yang tersinggung.. Moga bermanfaat. Wallahua'lam.. Salam hormat...