Monday 15 May 2017

PENGALAMAN DI TERENGGANU

Image result for assalamualaikum image

Santaiii pagi... Syok baca perkongsian sahabat. Antara yang mencuit hati pokcik ialah etika berpakaian ketika piii berubat. Takkan laa nak pakai skirt pendek. Tak tau laa kalau niat dari rumah dah nak bagi perawat tengok free. Alang-alang lagu tu niat, jangan pakai seluar dalam sekali noo. Parah. Cakap elok-elok kadang-kadang orang tak faham. Ni pun ada yang tak faham. Piii buat jugak. Bila perawat tanya, dia kata pokcik GM kata boleh buat lagu tu. Adoooiiiii.

Tak mau laa bercakap panjang bab tu. Kali ni nak sambung bab pengalaman pokcik piii melawat ke Terengganu. Seronok ooo piii jalan sambil merehatkan minda. Dok rumah saja tak jadi apa jugak. Sesekali elok juga berubah angin. Piii ke Geliga Terengganu pekena sata atau keropok lekor apa nak kata. Sambil makan tu kebetulan pulak minah salleh dok kat depan. Tudia. Makan pelan laju. Silap-silap daun pisang pun sumbat dalam mulut. Kakakkakakka.

Seingat pokcik kami pergi berempat. Sambil dok berjalan pokcik ternampak pulak sign board tentang sebuah pusat perubatan Islam. Nin dia. Pokcik pun cakap kat orang rumah pokcik dan.adik ipar pokcik untuk piii ke situ. Pokcik ni suka tengok kepelbagaian rawatan. Nak jadi cerita pulak adik ipar baru sahaja mimpi pelik-pelik malam sebelum itu seingat pokcik laa. Jadi kesempatan tu pokcik tak sia-siakan. Kena guna sepenuhnya ni. Hihihihi.

Sampai di situ kena daftar di kaunter dan menunggu giliran dipanggil. Kira canggih jugak laa pusat rawatan ni. Siap dengan penyambut tetamu gayanya. Tak lama kemudian tiba giliran kami. Kami pun masuk. Tak dan apa lagi dah, ustaz tu pun mula bercerita dia dah merawat beribu-ribu orang dah. Merata depa maiii. Singapura laa Brunei laa. Tak paa laa. Bagoihh laa maju pusat rawatan Islam laa ni. Alhamdulillah.

Dia pun tanya masalah kami. Adik ipar pun cerita laa bab mimpi dia. Dia dengar laa dengan teliti. Muka konfiden. Sesekali kerutkan dahi. Pastu angguk-angguk kepala. Haaa tu tips mengkonfidenkan pesakit. Boleh try sapa nak cuba. Ingat tu. Muka kena konfiden. Garu kepala sesekali. Tangan usap dagu atau janggut juga kalau ada. Hihihihihi.

Selesai sahaja dia pun mulakan tugasnya. Dia mula meruqyah. Sejuk hati dengar. Adik ipar biasa sahaja. Tak ada apa-apa pelik yang berlaku. Tak merasuk, tak sendawa, tak menari, tak bersilat dan tak juga terkentut. Melihat keadaan tu perawat tu mengubah tekniknya. Bagoihhh. Pelbagai teknik digunakan. Tadi ruqyah sekarang ni teknik picit pulak. Dia pegang tapak kaki adik ipar.

Dia pun mula picit kaki. Adik ipar rileks saja. Lama-lama makin kuat picitannya. Adik ipar rileks lagi. Haih tercabar pulak rasannya dia. Dia mula perbetulkan duduk. Dipicitnya sekuat hati gamaknya. Keluar habis urat tengkuk dan urat dahi. Tudia.. Jin menjerit dah katanya apabila adik ipar mengaduh. Haaaa lari dah jin sebab sakit. Huhuhuhuhu.

Mana boleh adik ipar saja kena. Mana adil. Saya pun nak cuba laa. Manalah tahu adik ipar buat-buat saja untuk memburukkan perawat tu. Tak baik ooo buat lagu tu kat perawat. Pokcik pun kata kat dia check pulak pokcik ni. Pokcik cakap kat dia pokcik ni orang kata ada saka. Yaaa dia kata pokcik ada saka. Sekali lagi dia mengkonfidenkan muka. Urut pulak dah dagu. Sesekali usap janggut. Muka dipejamkan sat. Pastu angguk-anggukkan kepala. Hihihi.

Ok dah ada saka maka pokcik minta dia ikhtiarkan. Dia mula ruqyah. Pokcik macam adik ipar tadi laa. Tak terganggu dengan ruqyahnya. Sesekali pokcik ikut dalam hati. Takkan fatihah pun tak tau nak baca. Hihihi. Sama jugaklah dengan adik ipar tadi. Apabila tak dak perubahan apa dia mengubah teknik. Hihihi faham laa noo teknik apa. Teknik picit jurus urat tengkuk dahi terbonjol. Hahahahhahahhaha.

Memang mula-mula slow. Makin lama makin kuat. Last sekali tengok dia dah berpeluh jugak lah dok layan saka pokcik katanya. Picitannya dikuatkan. Last sekali pokcik pun nyaris nak terangkat kaki sebelah lagi. Adooiiii. Kalau tak tak pasaiiii si saka tersepak muka dia. Hihihi. Sette saka lepas dah mengaduh. Bayarlah kami. Sekali ngan air ruqyah laa tu. Katanya air telaga yang ditapis. Entahlah.

Haih panjang pulak cerita. Ingatkan nak sambung lagi sebuah cerita. Cukuplah dulu kot noo pengalaman pokcik di Terengganu. Macam-macam cara rawatan noo. Bagoihh laa. Apa pun itu cara depa. Jangan laa pertikai pulak. Pokcik bukan nak pertikai tapi menceritakan sahaja pengalaman pokcik. Buat laa pertimbangan sendiri. Hihihi. Sekian sahaja noo. Maaf laa kalau cerita pokcik ni kebetulan pulak ngan cara sahabat perawat. Jumpa lagi. Wallahua'lam. Salam hormat.