
Sambil pokcik piii ke Pekan dulu, untuk melihat tok tiri orang rumah sempat lagi laa dok sembang dengan menantunya. Khabarnya menantunya itu bekas perawat juga. Dia kata mertuanya itu masih ada gangguan. Pokcik senyum sajalah sebab dari awaiii lagi pokcik tengok mohong-mohong. Memang ada lagi laa gangguan padanya. Akan tetapi pokcik diamkan saja sebabnya dia masih lagi dalam rawatan dengan seorang ustaz. Bagoihh laa ikhtiar daripada dok biar hamba Allah tu terbaring saja kat tilamnya.
Dah dikatakan bekas perawat, pokcik pun tanyalah caranya masa merawat dulu. Pokcik sebut dulu, sebab laa ni dia tak merawat dah. Katanya dia dah buang semasa piii ke Mekah. Teruk jugaklah keadaan dia semasa buang tu. Sakit, demam dan sebagainya. Alhamdulillah laa apa pun dah selesai dengan izin Allah.
Menurutnya, dia gunakan bertih dan ayam kampung seekor. Caranya dia akan offer saka kaa apa kaa yang mengganggu pesakit untuk pii ke mana-mana depa mau. Kalau dia nak rumah besar katanya, dia akan dihantar ke sebatang pokok besar. Tudia aih. Pernah satu kes, dah ramai bomoh atau ustaz usahakan tetapi tak berjaya. Last sekali orang mintak dia usahakan. Katanya walaupun adik beradik atau sanak saudara sakit, dia tak akan sekali-kali tawarkan diri. Itu caranya.
Dia pun deal dgn hantu kera tu. Hantu kera tu pun dihantar ke sebatang pokok. Ayam diletakkan di bawah pokok itu. Yang hairannya ayam tu tak akan pergi ke mana-mana pun. Ayam tu akan tegak duduk di situ seolah-olah menunggu hantu kera tu. Padahal ayam tu tak ditambat kakinya. Pelik jugaklah cara dia tu. Tapi alhamdulillah sedar hamba Allah yang koma itu. Fungsi ayam tu pun pokcik tak tahu. Hihihi.

Ataupun cara komunikasi ini menunjukkan kelemahan kita sebab terpaksa bersetuju dengan syarat depa dan kita tak boleh mengeluarkan depa secara paksa. Ataupun dengan cara komunikasi ni jin akan berasa bangga dan bongkak kerana kita mendengar cakap depa. Jangan dok kata pendapat kita saja betoiiii. Hormati pandangan orang lain dan kita berikan sahaja pendapat kita. Boleh kot noo? Santaiiiii. Wallahua'lam. Salam hormat.