Saturday 6 May 2017

KARAK HIGHWAY

Image result for assalamualaikum image

Tertarik pokcik dengan perkongsian sahabat, Al Nizam Hat​ perihal kemalangan yang berlaku. Memang tidak dapat disangkal semuanya ketentuan Allah tetapi asbab daripada kejadian itu juga kita tidak boleh sangkal. Mungkin pernah pokcik kongsikan dahulu kejadian ini sebelum akaun fb pokcik kena hack.

Alkisah pokcik nak kongsikan perihal lebuhraya karak. Teringat pulak masa pokcik menyambung pelajaran dahulu. Maklumlah sebulan sekali ke KL. Habis tu kelas bermula seawal 8 pagi, pukul berapa agaknya nak bertolak. Huhuhu. Kebiasaannya pokcik akan bergerak dari Kuantan pukul 2 pagi. Biasalah, suasana sejuk dan nyaman masa tu. Best laa nak drive.

Nak dijadikan cerita, pada suatu hari bergeraklah pokcik memandu sensorang sambil layan kepala dan mata yang tak berapa nak boleh bukak lagi. Maklumlah mata pun dok terbayang bantal je. Hahahahahha. Apabila sampai sahaja di suatu selekoh berhampiran dengan Genting Sempah seingat pokcik tiba-tiba alarm berbunyi seperti passenger sebelah pokcik tak pakai sit belt.

Haih ada pulak nak menumpang. Tak kisah laa nak tumpang kalau duduk elok-elok. Apa pun tak selesa laa pokcik nak drive jadi pokcik suruh dia turun elok-elok. Maka senyaplah. Terus tak bunyi alarm sit belt tu. Rimas jugak laa noo. Maklumlah bingit telinga oo dok bunyi macam tu. Habis cerita tu. Alhamdulillah tiada lagi perkara yang tidak diingini berlaku.

Kali kedua berlaku pula kejadian lain. Kali ni seperti bunyi bom dan amat kuat. Terasa bergegar jugak laa kereta. Pokcik sampai turun kereta untuk memeriksa keadaan tayar. Manalah tahu tayar kereta meletup. Alhamdulillah tiada tayar yang pecah. Kemungkinan besar sesuatu menuju ke arah kereta pokcik dan meletup sebelum sampai ke kereta pokcik. Alhamdulillah, Allah masih menolong pokcik.

Kali ketiga memang agak mengerikan. Kali ni berlaku pada waktu remang senja. Ketika kejadian, kereta pokcik dipenuhi dengan isteri, mak pok cik, mak saudara dan adik pokcik kalau tak salah pokcik. Pokcik nak menghantar mak saudara pokcik itu ke Port Klang. Kali ni pokcik memandu laju. Pokcik berada di lane bagi kereta yang memandu laju.


Hampir juga sampai ke Genting Sempah ketika kejadian ini berlaku. Hujan tiada ketika sampai ke situ tetapi kereta pokcik tiba-tiba berasa seolah-olah masuk ke dalam sungai. Ngeri jugak laa ketika itu. Nak ke tepi tetapi kereta sedang meluncur laju. Nak ke kanan bimbang tetlanggar bukit. Nak ke lana tengah bimbang dirempuh kereta dari belakang. Nak tepi lagi bimbang jatuh ke dalam gaung.

Nak tak nak pokcik teruskan memandu dalam keadaan kereta yang sudah diliputi air. Tebalnya air tu memang tak dapat digambarkan kerana viper pun tak boleh bergerak. Nak pandang kiri air, kanan air ,depan air dan belakang juga air. Nak tak nak teruskan memandu. Mak pokcik dah laungkan azan. Pokcik concentrate memandu. Tawakkal aja laa. Nak buat macam mana lagi. Hihihi.

Entah berapa saat pokcik teruskan memandu. Ibarat orang buta memandu. Alhamdulillah tak lama kemudian air mula menipis dan viper sudah boleh bergerak. Alhamdulillah juga ketika itu kereta pokcik tidak tersasar ke kiri dan kanan lebuh raya. Memang peristiwa itu menjadi kenangan pokcik dan masih lagi Allah beri peluang untuk hidup. Sekian sahaja perkongsian pada kali ni. Seandainya pokcik tiada asbab kejadian itu maka cerita pokcik ni juga akan terkubur bersama tanpa orang mengetahui puncanya. Moga berjumpa lagi. Wallahua'lam. Salam hormat.