Saturday 6 May 2017

HIGHWAY DI ATAS ATAP

Image result for assalamualaikum image

Perkongsian pendek saja kali ni. Baru ni pokcik pergi ke sebuah kedai. Kata bosnya pekerjanya selalu ditindih dan pintu bilik air selalu diketuk dan sebagainya. Apabila pokcik naik ke tingkat atas kedai itu iaitu tempat kediaman pekerja, memang agak angker. Sebaik sahaja naik bos kedai itu memberitahu bahawa dia mula meremang bulu roma. Biasanya kalau meremang atau berdiri bulu tengkuk tu bermakna ada entiti berdekatan dengan kita.

Pokcik tak mahu melengahkan masa jadi terus membuat persiapan apa yang patut bagi menghadapi segala kemungkinan. Pokcik masuk ke bilik pertama namun tiada apa di situ. Apabila masuk ke bilik kedua, memang ada sesuatu di dalam bilik itu. Tambahan pop pula pekerja yang tidur di bilik itu sering kena tindih walaupun pada waktu siang hari. Alhamdulillah pokcik selesaikan kerja di dalam bilik itu.


Namun begitu apabila pokcik keluar semula pokcik dapat rasakan terlalu banyak entiti yang berkeliaran di situ. Mungkinkah itu laluan atau highway mereka? Setelah menyelesaikan kesemua entiti di luar itu pokcik cuba mengubah laluan mereka. Dapatlah haighway baru dan kediaman pekerja di bawah laluan mereka. Nasiblah kalau dengar ada orang berjalan di atas atap. Hihihi.

Tapi sebelum itu pokcik tanya dulu bos mereka perihal hujan. Katanya hujan pun tak kedengaran di tingkat atas tu. Alhamdulillah laa kalau begitu, kalau hujan pun tak boleh nak dengar maka sudah tentu pergerakan yang sedikit pun pekerja tak dapat dengar. Sebelum balik sempat lagi pokcik ambil seekor hantu yang bertenggek di atas tengkok pekerja di situ.
Dia yang mengadu sakit dan lenguh tengkuk sudah hampir seminggu. Kesian juga.

Alhamdulillah selesai semua kerja dan dipermudahkan semua urusan oleh Allah. Alhamdulillah juga tiada lagi pekerjanya yang ditindih dan kediaman mereka diganggu. Apa pun pokcik tak berani nak janji pada mereka highway tu dapat bertahan lama mana. Mana laa tahu tiba-tiba highway runtuh sebab angin kencang atau hujan lebat.. Kakakakkakakkaka.

Apa pun alhamdulillah, sampai ketika pokcik membuat perkongsian ini, penghuni atau pekerja di kedai itu masih selamat dan tidak lagi diganggu. Apa pun pokcik memang tak tahu dan dapat menjangka bila highway itu akan runtuh. Moga ia tetap kukuh dengan izin Allah. Aamiin.
Wallahua'lam. Salam hormat.