
Alhamdulillah dipanjangkan usia sehari lagi oleh Allah. Kali ini pokcik nak kongsikan satu lagi kisah. Peristiwa ini berlaku pada petang tadi sahaja. Ketika sedang santai sementara nak mengerjakan solat Asar, pokcik dihubungi oleh seorang hamba Allah. Biasalah kalau dia menggunakan aplikasi whatsapps sudah tentu dia ada nombor pokcik. Kebiasaannya ada laa dalam kalangan sahabat pokcik yang beri kepadanya.

Kemungkinan juga ada jin yang mengikutnya. Biasalah, kadang kala kita pergi ke mana-mana dan kita tidak sedar ada makhluk yang mengekori kita. Kebiasaannya macam itulah terutama sekali apabila kita masuk ke dalam rumah tanpa memberi salam. Jin yang memang sedia menunggu peluang akan turut masuk bersama-sama dengan kita.
Ayat pertama dia ialah badannya berasa tidak selesa dan dia mudah marah apabila ada kerja lebih sikit daripada biasa. Emaknya yang berada seminggu di rumahnya juga selalu bermimpi yang bukan-bukan di rumahnya. Apa perkaitan dia dan emaknya memang pada awalnya pokcik tidak dapat menduga. Oleh sebab pokcik ketika itu masih lagi belum solat Asar maka pokcik pun ingin ikhtiarkannya cepat-cepat.

Tanpa berlengah lagi pokcik usahakan pula pada bahagian kakinya. Setelah selesai pokcik bertanya lagi. Katanya kini tangannya pula sakit. Haih... Banyak betul kata pokcik di dalam hati. Oleh sebab masalah masih belum selesai, pokcik usahakan pula bahagian tangan kanannya.Alhamdulillah, selesai bahagian tangan kanannya. Kini mukanya pula terasa tegang dan sakit di situ. Herot gamaknya mulutnya.. Huhuhuhuhu. Yang tu pokcik tak tahu tetapi pokcik agak daripada ayatnya itu.
Kini pokcik usahakan pada bahagian mukanya pula. Setelah selesai, pokcik baru check semula untuk memastikan semua gangguan telah selesai. Terkejut pokcik apabila, pokcik dapat rasakan ada lagi beberapa lapisan. Kepala pokcik mula memikirkan pesakit-pesakit yang pernah alami perkara seumpama ini. Masalahnya ialah penyakit yang dicari sendiri iaitu mengamalkan ayat-ayat khusus yang terputus sanad dan tidak berguru.

Sudah tentulah masalah ini akan menjadi rumit. Baiklah, pokcik teruskan. Kali ini pokcik ikhtiarkan menyelak satu lapisan demi satu lapisan untuk menyelesaikan masalah ini. Alhamdulillah setelah 20 minit kemudian semuanya selesai dengan izin Allah. Sebaik sahaja selesai, pokcik pun memberitahu dapatan pokcik sepanjang proses dilakukan. Pokcik beritahunya hanya ada dua kemungkinan yang memungkinkan jin-jin bersarang dan membuat kampung dalam tubuhnya..

Apabila ingin mengamalkan amalan khusus kita perlulah berguru dan tidak putus sanadnya. Amalan dari internet dan sebagainya boleh mengundang padah. Tambahan pula kita tidak tahu siapa yang kongsikan amalan itu dan dari mana sumber dia peroleh amalan itu. Tak apa laa, apa pun semua berjalan dengan lancar sungguhpun kali ini pokcik anggarkan usaha memakan masa sejam lebih sehingga hampir pukul 5.40 petang. Ini pengajaran yang amat bernilai buatnya. Pokcik berharap dia akan lebih berhati-hati ketika mengambil apa-apa sahaja amalan.
Sekian sahaja perkongsian pada kali ini. Moga semua sahabat memperoleh sedikit sebanyak pengajaran daripada kisah pada kali ini. Tiada jalan mudah untuk menjadi perawat dan seumpamanya. Amalan khusus jangan diamalkan sekiranya tanpa berguru dan tidak jelas sanadnya. Amalkan amalan yang disyorkan dan menjadi amalan Rasulullah s.a.w. Baginda akan membaca tiga Qul iaitu surah Al Ikhlas, Al Falaq dan surah An Nas sebelum tidur. Setelah itu ditiupkan pada tapak tangan dan disapukan pada semua bahagian anggota sebagai pendinding diri. In shaa Allah. Moga berjumpa lagi pada lain masa. Wallahua'lam. Salam hormat.