Wednesday 5 July 2017

KASYAF ATAU PANDANGAN MATA JIN?

Image result for assalamualaikum image
Alhamdulillah dipertemukan lagi kerana dipanjangkan usia sedetik lagi oleh Allah. Dalam bulan puasa tempoh hari pokcik ke rumah mak menakan pokcik di Taman Datuk Rasyid Kuantan.. Pergi bukannya ada apa sangat. Nak hantar ikan pekasam kiriman orang Perlis yang diorder oleh para sahabat mak menakan pokcik ini.. Jenuh jugaklah dok tunggu ketibaan bas yang bertolak dari Perlis ke Kuantan tu. Dalam pukul 10.30 malam jugaklah bas tiba.

Sebaik sahaja bas tiba, pokcik terus mengambil kotak yang dikirim dan bergegas ke rumah mak menakan pokcik ni. Lebih kurang pukul 11 malam pokcik pun sampai di rumahnya. Berborak laa kami di rumahnya ditemani dua orang sepupu ( anak mak menakan ). Tiba-tiba sepupu pokcik maiii duduk sebelah.. Haih lain macam saja.. Tiba-tiba saja choihh dok sebelah.

Dia pun menceritakan perihal dirinya yang selalu nampak makhluk ghoib di sekolah tahfiznya. Nampak penampakan, makhluk yang bergerak dengan pantas dan juga cahaya terang di dalam biliknya. Katanya lagi seketika tadi ada orang berserban dan berjubah putih berada betul-betul di sebelahnya. Duduk sambil tangannya seperti menongkat dagu pada bahagian pemegang tangan sofa yang dia duduk.. Hihihihi.. Tok syeikh mana pulak ni...



Emaknya juga bercerita sejak kecil lagi dia sudah nampak entiti.. Keadaan itu seperti ada orang sebelah ingin mendampinginya atau nak berkawan dengannya. Namun begitu emaknya tidak mahu anaknya berkawan dengan makhluk ghaib itu dan meminta anaknya menafikan kewujudan makhluk itu.. Hihihi. Seorang ibu yang bijak..

Apa pun, walaupun kita cuba dari segi psikologi bagi pihak kita namun pihak satu lagi pun ada juga kehendak yang ingin dicapai oleh mereka. Pernah katanya ketika masih kecil, anaknya itu telah terjatuh ke dalam longkang. Pengsan gamaknya dalam longkang tu.. Entah macam mana tiba-tiba anaknya diangkat ke atas. Dia berasa lain macam dan berpesan kepada makhluk itu agar jangan berkawan dengan anaknya..

Baru-baru ini anaknya ditindih oleh suatu makhluk dan sejak itu dia sering demam. Namun begitu, si ibu masih berusaha agar anaknya menafikan kewujudan makhluk itu dan meminta anaknya menganggap kejadian itu berlaku kerana kekejangan otot.. Namun dalam hati ibu, pokcik faham. Sebab itulah ketika anaknya sedang nyenyak tidur dia berpesan lagi kepada makhluk itu agar menjauhi anaknya.. Mau tak pesan katanya, dia rasa lain macam ketika berada di dalam bilik bersama anaknya yang demam itu.

Dipendekkan cerita, pokcik meminta si anak duduk di kerusi berhadapan dengan pokcik. Pokcik check dari jauh, tak ada pulak kesan gangguan. Lain macam ni. Adakah entiti menyorok atau sudah lari? Ataupun si anak ada kelebihan dari kecil.. Pokcik tak mahu membuat kesimpulan awal. Kali ni pokcik memintanya duduk di hadapan pokcik pula.

Pokcik cuba psiko entiti tu.. Tak ada rupanya pada dia.. Pokcik bercakap dengan tujuan makhluk yang berada dengannya leka sekiranya ada. Dalam diam pokcik pagarkan dia bersama makhluk itu. Hihihi.. Kali ini pokcik berjaya mengesan dua ekor makhluk yang mengganggu. Seekor di bahagian atas cuping telinga berhampiran kepala dan seekor lagi pada bahagian lutut kirinya.

Pokcik bertanya kepadanya apa rasa sekarang. Dia kata berdebar-debar dan takut.. Pokcik lanjutkan lagi pertanyaan, di mana terasa ada anggota menekan, bersenyut atau sebagainya. Dia diam seketika. Pokcik kata di belakang kepala bahagian kiri ada tak rasa.. Dia kata tak ada apa rasa di situ. Pokcik senyum sebab benda tu berjaya duduk dengan diam dan berjaya menyembunyikan kewujudannya.

Pokcik bertanya lagi, apa rasa pada bahagian lutut kiri. Ada rasa katnya. Maksudnya yang bahagian berhampiran kepala tu lagi terer laa sebab berjaya menyembunyikan diri tanpa dikesan. Tanpa cakap banyak, pokcik terus ikhtiar menarik keluar makhluk di kepalanya. Terasa ada benda keluar katanya. Hihihi.. Pokcik senyum je laa.. Makhluk itu yang selama ini mempengaruhi pemikiran dan dia melihat dari pandangan mata jin.

Selepas itu pokcik beralih ke bahagian lututnya pulak. Pokcik berdoa agar Allah membakar makhluk itu.. Terasa lututnya kembang katanya. Lepas itu pokcik tarik keluar dengan seizin Allah. Alhamdulillah, terasa selepas kembang itu ada benda meluncur laju keluar katanya. Alhamdulillah selesai urusan, pokcik ikhtiarkan tutup pintu ghoib pada badannya.. In shaa Allah moga selepas ini tiada lagi penampakan.

Dalam dok berborak selepas itu, menunjukkan pukul 3 pagi. Pokcik mengajak orang rumah balik. Sesampai di rumah, buat laa apa yang patut sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini. Gamaknya dalam pukul 4.30 baru pokcik masuk tidur dan minum segelas air untuk bersahur. Hihihi.. Jaga-jaga dah 6.10 pagi. Selesaikan kewajipan kepada Allah dan haih tidur semula. Maklumlah cuti.. Hihihi...Sekian perkongsian pada kali ni. Moga peroleh manfaat.. Maaf andai ada salah silap. Moga berjumpa lagi dan diberikan kesempatan lagi oleh Allah untuk menambah bekalan di sana.. Semua yang baik datang daripada Allah..Salam hormat semua.. Wassalam.