
Sahabat yang
dihormati;
Alhamdulillah kerana masih lagi diberikan kesempatan oleh
Allah untuk bernafas. Jadinya marilah kita sama-sama memanfaatkan masa dan
ruang yang diberikan dengan melakukan perkara yang berfaedah. Salah satu hobi
Encik Omar ialah menyertai group Perubatan Islam, Mistik dan Seram dan
seumpamanya. Pokcik berasa seronok membaca perkongsian daripada para penulis.
Ada yang berkongsi pengalaman, adajuga yang kongsikan petua, berkongsi amalan
dan sebagainya. Salah satu topik yang menarik hati pokcik ialah KUNCI. Macam-macam
kelebihan dan ilmu orang kita noo.
Ada sahabat pokcik yang boleh mengunci pergerakan orang lain
dengan cara menepuk paha orang saja. Perkara itu dilakukan sekiranya beliau
berasa bosan dan ingin bersembang dengan seseorang dalam tempoh masa yang lama.
Dengar kata hamba Allah yang ditepuk paha itu tidak dapat bangun selagi tidak
dibuka semula. Kalau tak dibuka, berkulat bersawang laa di situ menurut cerita
salah seorang hamba Allah. Wallahua'lam. Kalau nak cerita bab dia menggunakan
jin atau sebagainya, pokcik tak berani bimbang terjadinya fitnah apabila
bercakap tentang sesuatu yang kita bukan ahlinya.
Perihal arwah bapa mertua pula. Katanya kunci pergerakan.
Pernah ada satu kes, isteri sahabatnya kena culik dan dibawa ke hutan. Biasalah
bini tokey lombong mestilah masyuk. Katanya elok saja dia pergi ke hutan
seorang diri dan mengambil isteri kawannya itu daripada penculik macam tu saja. Penculik tu tidak boleh
mengangkat senjata pun apabila berhadapan dengannya. Agaknya penculik itu makan
penampar saja kot sedas dua daripada
arwah. Macam-macam no kelebihan orang kita.
Haa kali ni perkongsian yang melibatkan pokcik sendiri pula.
Tak tahan juga apabila asyik bercerita tentang orang lain. Kononnya hari ini
bercerita tentang kawan, esok bercerita tentang jiran , lusa bercerita tentang orang
kampung sebelah manakala tulat bercerita tentang anak kawan kepada kawan jiran
sebelah rumah pulak. Kakakkakakakakkaka. Gurau-gurau saja. Jangan marah noo.
Orang tua sajalah suka melawak. Janganlah diambil hati. Nanti dah tak ada hati sebab
selalu sangat ambil hati. Sesekali ambillah pedal ayam pulak. Buat masak kicap.
Hihi.
Kisah pertama adalah tentang seorang hamba Allah yang
dikunci sehinggakan ehem ehemnya tak naik. Kes ini berkaitan dengan seorang
hamba Allah di Kuantan. Elok saja bekas bini keduanya berkata, AKU TAK DAPAT
SEMUA TAK DAPAT. Faham-fahamlah apa maksudnya itu. Takkanlah tak dapat nombor
ekor atau beli loteri pula. Tudia.. Tak
lama selepas itu jadilah tuttnya seperti kepala kura-kura yang asyik berada dalam
cengkerang sahaja dan tak mahu melihat dunia luar. Faham kot Bahasa kiasan
pokcik ini. Huhuhuhu…
Itupun kawannya yang beritahu kisahnya kepada pokcik. Dia
tak kenal pokcik pun. Pokcik hanya kenal sahabatnya tu. Nak dipendekkan cerita,
pergilah pokcik ke rumah kawannya tu pada waktu yang dijanjikan. Huhuhu dah
jumpa pokcik, dia nampaknya malu-malu. Maklumlah kes macam ini. Lainlah kes
sakit pinggang ke, kes lutut beralih kea tau sebagainya. Pendek tengkuk-tengkuk
malu nak cakap. Macam kura-kura jugaklah. Pokcik faham sangat laa sebab perkara
ni melibatkan maruah lelaki. Setelah bercerita walaupun dalam malu-malu itu
pokcik pun terus memulakan langkah.
Hemboiihh piii laa pokcik ni mohong-mohong. Entah malam tu
kaa esoknya pokcik lupa, dia bagitau pokcik dah Alhamdulillah. Suka laa dia..
Namun begitu, lama pokcik tak jumpa dia.. Dalam beberapa bulan. Baru ni kawan
pokcik tu bagitau pulak. Dia kena santau pulak katanya. Muntah darah, batuk
darah. Nak kata hamba Allah itu menghisap rokok, dia tak hisap pun. Dia pergi ke mana untuk berubat
memang pokcik tak tahu . Apabila masalah santau itu sembuh dengan izin-Nya tutttnya
tak berfungsi lagi sekali. Lapaq betoiii gayanya bekas bini dia tu. Huhuhu.
Kunci solex pulak kot kali ni. Pada hari yang dijanjikan berjumpalah kami buat
kali kedua setelah beberapa bulan tak berjumpa. Hemboiihh jugaklah kali ni
sampai keluaq urat-urat tengkuk. Dah ikhtiar tu tak dengar lagi laa bab tu.
Kata kawan pokcik nampak dia ceria semacam jaa. Kalau tak macam ayam berak
kapur. Pokcik faham laa.. Hihihi.
Kes kedua melibatkan seorang perempuan. Namun kes kali ini
agak berbeza. Tapi kali ni ditutupnya pintu perempuan tu pula. Jenuh laa cari
tak jumpa. Orang buta pun jumpa cari katanya.. Huhuhuhu. Maaflah bukan nak
cerita kotor sebab ni benar-benar berlaku. Ni bukan kunci tapi mainan jin
asyik. Bukan kunci nafsu tapi tutup pintu itu. Adoiii macam-macam. Jahat noo
main dengan bab kunci dan tutup ni. Si isteri ditutupnya, si suaminya ditutup
nafsu. Adoiiii jahat tahap apa tah ni. Dah laa tutup pintu tu, kalau jumpa pun
tetiba lembik. Macam mana tu. Hemboihhh piii laa no mohong-mohong. Dalam
mohong-mohong pun keesokannya suaminya bagitau lidah isterinya macam
berbiji-biji seperti melecur. Panas laa kot kalau Allah izin bakar semua yang
ada dalam badannya dan sekitarnya. Apa pun alhamdulillah suaminya kata.
Alhamdulillah suka pokcik dengar.
Kini depa menerima cahaya mata lagi. Alhamdulillah syukur
dengan ehsan Allah. Moga Allah memelihara mereka kerana mereka merupakan insan
yang baik. Ujian ditempuhi dengan sabar. Alhamdulillah moga Allah menaikkan
darjat mereka. Banyak aih kalau pokcik nak cerita bab ni mohong-mohong. Kawan
pokcik yang tepuk paha tadi pun ada juga kes besar di Selangor bab tutup nafsu
ni tapi pokcik tak boleh nak kongsikan. Hihihi.
Sekian saja laa noo bab kunci-kunci ni. Sebelum menutup
cerita, izinkan pokcik mensumbangkan sebuah lagu. Kau kunci cintaku dalam
hatimu.. Kakakkakakakkakkaka. Guarau-gurau saja. Jangan dok stress sangat. Moga
berjumpa lagi. Maaf andai ada salah silap. Perkongsian ni bukan nak menunjukkan
pokcik terer sebab mcm pokcik cakap, hemboiihh pun setakat mohong-mohong saja.
Bimbang jugaklah. Tiba-tiba tak dak hujan tak dak ribut keluar status. JANGAN
RIAK. Adoiiii parah. Wallahua'lam. Salam hormat semua.