

Kali ini pokcik usahakan seorang hamba Allah dari Kuala Lumpur kalau tak salah pokcik. Bukan apa, pokcik jarang bertanya diorang dari mana. Bagi pokcik walau di mana kita berada, rahmat Allah akan sentiasa bersama. In shaa Allah.
Sebenarnya hamba Allah ini pokcik usahakan pada sebelah malam. Dia dikatakan muntah dengan teruk dan keadaannya amat lemah. Apa pun pokcik memintanya memintanya minum banyak air dan berehat secukupnya dengan harapan dia akan kembali pulih seperti biasa keesokan harinya. Namun begitu lebih kurang pukul sebelas pagi dia menghubungi pokcik.


Apa pun, alhamdulillah. Usaha kali ini sekali lagi allah permudahkan. Dia mula muntah dengan tidak berhenti-henti. Terkejut juga gamaknya anaknya itu yang berada bersama hamba Allah ini ketika itu. Nak buat macam mana, kebetulan pula pokcik free ketika itu. Jadinya pokcik usahakan juga sebagai ehsan sesama makhluk.. Anaknya takut, suaranya pun berubah tetapi alhamdulillah tidak kerasukan. Moga dia diberikan kesihatan yang selepas itu.. In shaa Allah.
Moga berjumpa lagi pada waktu yang lain sekiranya diberikan kelapangan dan kesihatan yang baik oleh Allah. Moga kita semua terhindar daripada gangguan jin dan syaitan sehingga terganggu amal dan ibadat. Ujian menguji kesabaran kita tetapi teguran Allah juga kita perlu ambil kira kerana datangnya untuk mengingati kita agar jangan lalai dalam mengingatiNya. Moga kita semua dalam pemuliharaanNya. Aamiin..