
Alhamdulillah dipertemukan lagi sekali oleh Allah. Kali ini berkisar tentang saka vs sihir. Saka ni kononnya diperturunkan oleh generasi terdahulu untuk menjaga anak cucu. Bukan main lagi taatnya saka ini kepada tuannya Kepada Allah sudah tentula mereka tidak taat kerana Allah tidak membenarkan mereka mencampuri urusan manusia.
Dalam kes kali ini, seorang hamba Allah menghubungi pokcik untuk memberitahu perihalnya yang dikatakan disihir oleh madunya. Rumahnya sering ada gangguan dan dia dikatakan selalu melihat serangga dan binatang bisa di dalam rumahnya. Bayangkan, reriang hutan pun sudah sebesar tapak tangan. Hihihihihi. Katak yang dijumpai agak-agaknya besar mana ye.. Hahahhahhaha.
Tanah kubur katanya antara perkara yang biasa dijumpai dalam rumahnya. Pelik juga tu macam mana dia tahu. Mungkin ada perawat yang telah memberitahunya. Banyak juga nama besar yang dia telah pergi. Macam pokcik selalu cakap. Kesembuhan bukan kerana namanya tapi atas keizinan dan kehendak Allah.
Hamba Allah ni juga beritahu pokcik dia sering bermimpi berlawan dengan ahli sihir yang menyihirnya. Kebanyakannya dia laa menang katanya. Biasalah hero ngan heroin Tamil dalam filem jarang kalah. Menang diorang terer habis. Pokcik peminat Rajinikanth. Hihihi.
Yang paling pokcik tertarik ialah dia dikatakan dapat menghidu dan tahu gangguan yang datang. Bagaimana dia rasa dan bagaimana dia tahu ? Ternyata ada SAKA padanya. SAKA ada tetapi tetap disihir. Macam mana tu? Katanya nak melindungi anak cucu. Tapinya anak cucu diserang sihir kenapa pula tak protect. Menunjukkan makhluk tiada kudrat dan kuasa melainkan dengan seizin Allah.


