Monday 31 July 2017

JIN TERKEJUT BIAWAK

Image result for assalamualaikum image

Haih sibuk sikit hari ini pokcik ni.. Kebetulan petang tadi pun ada dua kes.. Kedua-dua kes berdepan.. Apa pun pokcik hanya akan kongsikan satu sahaja.. Ye laa taip sendiri ye tak.. Kalau copy paste memang laju laa...

Ingat tak kisah sihir yang mana burung berlegar di atas kepalanya tu.. Dua minggu lepas gamaknya sempat usahakan rumah emaknya. Alhamdulillah. Setelah bermacam halangan, hari ini baru emaknya boleh membawa anaknya ke rumah pokcik.

Menurut emaknya tadi, dia tak mahu pergi ke mana-mana untuk berjumpa ustaz atau mana-mana perawat. Gamaknya emaknya cakap nak berjalan ke rumah pokcik bukannya berubat barulah dia mengikut...

Sesampainya tadi, emaknya datang bertiga bersama si sakit dan anak saudaranya. Setelah bersembang sebentar barulah emaknya beritahu agar usahakan anaknya itu dan meminta pokcik doakan air untuk seorang bayi yang menangis tak berhenti-henti sekiranya emaknya letakkannya di bawah... Pokcik hanya doakan air sahaja untuk bayi yang tidak dibawa itu kerana ingin menumpukan perhatian kepada si sakit.

Pokcik lihat dia tenang sahaja. Hantunya pun tenang juga gamaknya sebab mungkin tak menyangka dia datang untuk berubat. Pokcik memintanya duduk berlunjur mengadap kiblat.. Seluruh kaki hingga pahanya pokcik tutup dengan kain. Dia masih tenang tetapi mengambil sikap berdiam diri.

Sebaik sahaja ditutup kain seluruh kakinya itu pokcik terus ikhtiar memagarnya. Maksudnya sekali dengan jin.  Terkejut biawak gamaknya jin tu tapi dah terlambat. Pokcik memulakan proses sambil memejam mata. Terasa ada lintasan berwarna hitam. Wallahua"lam. Pokcik tak tahu makhluk apakah itu sebab sekali imbas sahaja.

Pokcik pun bertanya kepadanya sebelum tindakan selanjutnya. Dia kata berasa sangat sakit pada bahagian lutut dan kepalanya. Kepalanya berasa berat dan terasa dicucuk dengan jarum. Lututnya pula terasa amat sakit. Ketika proses dia mengalihkan sedikit kakinya.

Pokcik memberhentikan proses. Sakit katanya pada bahagian lutut itu. Pokcik teruskan seperti biasa. Pokcik ikhtiar bakar segalanya dan bermohon kepada Allah untuk membunuh makhluk itu. Setelah selesai pokcik bertanya lagi. Katanya kakinya iaitu pada bahagian lutut tadi semakin sakit. Adussss jarang berlalu begini kok... Hihihihihi.

Rupa-rupanya jin itu bukan berada di bahagian luar tetapi bawah kulitnya. Gamaknya apabila lapisan luar dibuka barulah dia terasa kesakitan yang sebenar. Tak apalah. Kali ni usaha menarik dari dalam pula. Tariklah mohong-mohong nampak bersungguh sikit. Hihihihihi....

Alhamdulillah dengan izin Allah dapat juga keluarkan. Hilang serta merta kesakitannya dengan izin Allah. Setelah itu bertumpu pula pada bahagian kepalanya. Alhamdulillah hilang serta merta kesakitannya dengan izin Allah. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan pada petang tadi.

Lebih kurang pukul 5.30 datang pula satu keluarga ke rumah pokcik. Tapi cukuplah kisah ini sahaja pokcik kongsikan nooo.. Moga berjumpa lagi sekiranya diberikan kesihatan yang baik oleh Allah. Lepas ni ada satu lagi. Pokcik hanya doakan air dari jauh sahaja. In shaa Allah. Apa pun moga Allah permudahkan.. Aamiin