Thursday 6 July 2017

PAKAIAN DIRI

Image result for assalamualaikum image

Salam sejahtera semua. Perihal pakaian diri pulak kali ni. Sebut bab pakaian diri ni ramai yang amalkan. Yaa laa tok bomo kalau tak dak pakaian tebal sikit memang bahaya laa. Kalau perawat akan diuji atau ditest power oleh penyihir. Itu kebiasaannya.

Itu pun pokcik dengaq orang cerita saja laa. Pokcik bukan tau sangat pun. Perempuan suka dipuji, dipuja dan katanya orang ikut. Tak payah laa nak geleng-geleng kepala kata pokcik mohong. Pakai gelang atau cincin kejap-kejap angkat tinggi sikit masa bersembang. Dalam hati dok menyumpah, awatlah depa tak puji. Takkan tak perasan kot aku pakai cincin baru. Kakakakkakakakkakakakaka.

Itu bab luaran atau fizikalnya sahaja. Tapi bukan bab mistik lagi. Nak cantik atau nak penyeri maka macam-macam amalan yang diambil. Yang paling femes dulu-dulu ialah susuk dan ilmu syarat tubuh. Susuk muka sajalah maksud pokcik sebab apabila sebut susuk, ada tukang urut pun guna susuk untuk mengurut. Letakkan di mana-mana pun boleh mengikut tujuan susuk itu digunakan.

Orang dok nampak kalau bela pelesit ni tujuannya nak ganggu orang. Apabila orang kena rasuk maka si pembela ni akan datang dan ikhtiarkan. Namun begitu, pernah pokcik dengar bahawa pelesit dibela untuk mengekalkan kejelitaan. Wallahua'lam. Sapa bela, tau laa kot noo..

Kalau nak cerita bab pakaian diri ni tiga hari tiga malam pun tak habis kot no. Sebabnya pokcik cakap lagu tu sebab banyak sangat kaedah atau amalan yang digunakan. Ini termasuklah penggunaan tangkal, azimat, penggunaan batu cincin dan amalan sikir yang tertentu. Adakah aura yang terhasil dari zikir dan amalan juga kita panggil pakaian diri? Maiii laa bincang santai kot-kot ada sesiapa yang tahu.

Ada yang kata penggunaan bahan seperti kayu dan batu sebagai pakaian diri boleh digunakan sebagai asbab sesuatu kelebihan selagi tidak bergantung harap pada benda alah tu. Sejauh mana agaknya kita boleh menjaga hati. Ada juga kalau tertinggal cincin semasa nak piii kerja sanggup pusing balik kereta. Hihihihi.

Perawat mungkin dah jumpa macam-macam kes berkaitan dengan pakaian diri ni. Ada guna puteri kebaya laa ,.cik hijau laa, cik molek laa untuk kejelitaan. Ni pokcik sendiri pernah jumpa. Hihihi dok cerita bab perempuan saja satgi depa marah pulak sebab tak sebut pasaii orang lelaki. Hihihihi. Pokcik pernah dengar penggunaan jenglot digunakan utk dengkikan orang, pengasihan dan kekebalan pada pemiliknya. Entah pokcik pun tak tahu sejauh mana kebenarannya.

Maiii laa kita borak santai bab pakaian diri ni. Pokcik pun bukan tahu sangat. Dok kutip dan baca pengalaman sahabat lain sebagai panduan dan pengajaran. Manalah tahu sahabat-sahabat pernah jumpa kes pakaian diri ni. Setahu pokcik, bab amalan yang bertentangan dan mensyirikkan Allah antara kes yang susah untuk diselesaikan selagi depa tak buang sendiri.Tambahan pula dah jadi darah daging. Lagi parah kalau dah tak sedarkan diri dengan kata lain nyanyuk. Entahlah noo. Moga berjumpa lagi. Wallahua'lam. Salam hormat.