Saturday 22 July 2017

PEDANG GOBLIN

Image result for assalamualaikum image

Alhamdulillah bersua lagi buat sekian kalinya. Kali ni pokcik nak kongsikan rentetan kisah seorang hamba Allah yang pokcik usahakan malam tadi. Pokcik masih tertanya-tanya bagaimana segelintir orang masih suka mewujudkan ilusi sendiri tetapi orang yang benar-benar ada senjata ghoib bagai ini tidak berminat  dan berasa tidak selesa dengan keadaan itu.

Pokcik tidak dapat menunjukkan perbualan kami kerana hamba Allah ini menelefon pokcik selepas pokcik ikhtiarkan semalam. Hanya Allah menjadi saksi apa yang pokcik tulis ini. Hamba Allah ini juga berada dalam group ini. Alkisah asalnya suasana ketika bermulanya dia memperoleh senjata ghoib adalah melalui mimpi.

Dalam mimpi itu dan  seorang hamba Allah yang lain berada di sebatang sungai. Dipendekkan cerita dia menghulurkan tangan ke arah sebatang buluh yang sedang hanyut. Tiba-tiba buluh itu sudah berada dalam genggaman tangannya. Apabila diurut beberapa kali, buluh itu menjadi sebilah pedang. Pedang itu akhirkan disisipkam di belakangnya. Sesiapa yang pernah melihat cerita  Korea  Goblin, dia akan dapat membayangkan keadaan pedang itu. Pedang itu katanya terasa nyata dan dia dapat merasa pedang itu apabila menyentuhnya. Pernah dia pergi ke sebuah rumah. Ketika itu seorang perawat sedang merawat pesakit yang kerasukan.

Naik pening perawat itu berdepan dengan pesakit itu. Setibanya dia, pesakit itu menengoknya membawa  pedang. Pesakit itu menjadi takut dan apabila hamba Allah ini menyuruh jin itu keluar kalau tak mahu dilibas,  senang sahaja jin itu pergi. Terpinga-pinga juga  perawat tu  gamaknya. Maklumlah dia bukan main lagi dok ikhtiarkan tetapi jin tu degil. Hamba Allah ni suruh lembut saja jin tu dah keluar.

Apabila dah lama pedang itu ada padanya maka dia berasa tidak selesa. Merata dia pii untuk buangkan senjata yang ada padanya itu. Kebanyakan perawat yang dia pergi semuanya mengatakan itu miliknya diberi oleh seorang Pak Sheikh ghoib. Tudia aih. Sesiapa yang terpesona pasti akan hanyut dalam permainan jin itu. Yang perawat dok galakkan pesakit menyimpan benda-benda yang bukan-bukan ini pelik juga pokcik. Pokcik mudah saja, tak mampu buang minta pesakit pii cari perawat lain. Bukannya menutup kelemahan diri dengan mengadakan cerita kayangan bagai.

Hinggalah dua malam lepas , hamba Allah ni masih tak putus asa. Kali ini dia berjumpa dengan perawat seramai empat orang. Mungkin dari sebuah pusat perubatan Islam le tu.  Kali ini masalahnya bukan sahaja pedang tetapi lehernya seperti ada rantai, kalung dan seumpamanya. Berat katanya dok bawa benda alah tu di leher. Katanya dia juga dapat merasa seperti ada kerongsang pada bahagian keningnya.

Sesampainya di depan perawat berempat itu, tiba-tiba perawat itu menjadi sedih. Tudia aih, biasanya jin yang sedih. Ni perawat yang sedih. Macam bela jin saja. Kakakkakakkakakka. Katanya mereka memberitahu dia ada rantai, baju perisai, tengkolok dan sebagainya. Lagaknya seperti orang bangsawan zaman dahulu. Katanya keturunan Megat. Maka berlakulah pertempuran gamaknya antara mereka. Empat melawan satu.

Kalah satu laa. Hahahhahahhah. Rantai dicabut oleh empat orang perawat tu. Lega sekejap gamaknya. Berselang lima minit rantai itu datang kembali.  Depa naik buntu dan memberitahu pakaiannya tidak dapat dibuang kerana itu miliknya.

Hamba Allah ini balik ke rumah dan menelefon pokcik menceritakan perkara itu pagi semalam. Dia bertanya adakah itu pergi pemberian keturunannya dan tak boleh ditanggalkan. Jawapan pokcik mudah. Tiada yang mustahil bagi Allah. Kita bermohonlah kepadaNya. Jangan hanyut dengan permainan jin dan syaitan. Pokcik tak menjanjikan apa-apa kepadanya kerana tiada daya upaya pokcik melainkan mengharapkan ehsan daripada Allah. Tak sabar katanya nak tunggu malam. Hihihihihi.

Lebih kurang pukul 9 malam dia menghubungi pokcik tetapi ada sesuatu yang pokcik sedang lakukan. Bukan apa pun, istighfar dan sebagainya sikit-sikit. Maklumlah, nak harapkan redha Allah dan moga Allah permudahkan segala urusan. Dosa banyak juga maka istighfar sajalah moga hilang satu persatu titik hitam di hati. Alhamdulillah lebih kurang pukul 9.45 pokcik pula menghubunginya agar bersedia.

Pokcik mula berdoa dan mula ikhtiarkan hamba Allah ini. Tengkolok kaa, baju besi kaa, rantai kaa, semuanya pokcik mohon pada Allah agar dihancurkan. Jin tiada hak ke atas diri kita. Siapa mereka untuk memberi pakaian dan sebagainya kepada kita. Semuanya pokcik doa agar lebur dan cair. Pakaian baju besinya pokcik lorotkan. Cabut dan memohon agar Allah menghancurkan semuanya.

Perkara terakhir yang pokcik lakukan ialah mencabut pedang yang tertanam di belakangnya. Perlan-lahan pedang itu naik dan keluar dari tubuhnya. Alhamdulillah selesai dan dipermudahkan oleh Allah. Setelah itu pokcik mesejnya semua untuk bertanya apa yang dia rasakan. Dia minta izin untuk menelefon pokcik.

Menurutnya kakinya menggeletar. Seperti ada satu tenaga yang bergerak ke atas dan ke bawah dalam badannya. Setelah itu dia terasa sesuatu direntap keluar.  Sakit sekali dia terasa punggungnya terangkat dan terasa perlahan-lahan pedang di belakangnya keluar seperti dicabut. Alhamdulillah setelah itu dia terasa tenang dan ringan katanya.

Tiada lagi rantai yang membelenggu di lehernya. Nasihat pokcik padanya selepas ini makin dekatkan diri kepada Allah. Jin apa semua dan pakaian besi apa semua itu hanyalah pancingan mereka agar kita hanyut dalam permainan mereka. Pak Sheikh laa sangat. Kakakkakakkakakka. Tiada daya upaya makhluk dan tiada kudrat makhluk. Semuanya ehsan Allah. Sekian. Wallahua"lam. Salam hormat.