Wednesday 5 July 2017

BERBUAL DENGAN SAKA


Image result for assalamualaikum image
Alhamdulillah dipertemukan sekali lagi. Kisah ini berlaku pada hari pertama Hari Raya Eidulfitri. Alkisah, pokcik dihubungi oleh seorang hamba Allah untuk menceritakan perihal sakanya. Katanya dia bermimpi didatangi oleh arwah neneknya dan memintanya agar menerima dia.
Bukan nak kata apa. Saka seboleh-bolehnya tidak mahu berpisah dengan keturunannya. Entah apa perjanjian orang terdahulu gamaknya. Datang pulak dalam rupa orang yang kita sayangi. Dalam kes ini saka menyerupai neneknya.
Ketika sedang mengadu masalahnya, tiba-tiba hamba Allah ini menangis. Hahahahahaha. Bukan mengadu perasaan yaa. Jangan salah faham pulak. Menangis kira ok lagi. Tiba-tiba dia mula merasuk dan tidak sedarkan diri. Ni kebiasaannya berlaku kepada saka yang agak ganas dan bertindak untuk melindungi keturunannya. Keturunan apa entahlah. Hahahahahahaha.
Kebiasaannya kalau berdepan memang pokcik tak suka sangat melayan karenah saka ni. Disebabkan kami sedang bermesej maka pokcik terpaksa juga melayan. Bukan apa, saka atau jin ini penuh dengan tipu daya. Setiap patah perkataannya memang tidak boleh dipercayai. Sedangkan manusia yang nampak pada zahirnya pun boleh menipu apatah lagi jin yang ghoib pada pandangan mata.

Bukan main lagi dia mencabar pokcik. Psiko jin sebenarnya bagi menguji kita. Kononnya berani sangat laa. Hahahahahahaha. Jelas dia rasa terancam apabila hamba Allah ini menghubungi pokcik. Namun begitu bagi menutup kelemahan dan ketakutannya maka dia cuba provoke pokcik. Macam-macam karenah jin. Dahulu pernah pokcik kongsikan. Elok sahaja seorang hamba Allah datang berjumpa pokcik, dia terus mengilai. Hihihihi. Katanya sebelum berjumpa pokcik dia dah berubat. Entahlah.

Apa pun, nampak garang sangat pokcik cabar dia suruh tunggu. Orang Kelantan cakap bekeng. Hihihi. Bekeng sangat kononnya. Tak tunggu pulak tu. Nak lari katanya dan si hamba Allah ni terus sedarkan diri. Naklari ke mana agaknya. Semua dunia milik Allah. In shaa Allah, tak dapat lari ke mana pun dia apabila kita memohon padaNya untuk menangkap saka itu. Alhamdulillah semuanya berakhir dengan baik dengan izin Allah. Sekian sahaja perkongsian pada kali ini. Kesimpulannya, jangan terpedaya dengan tipu daya jin dan syaitan. Aamiin...