
Kali ni nak ceritakan sihir pulak noo. Ingat lama dah dulu pokcik pernah kongsikan bab dia piii ke hospital untuk pemeriksaan. Doktor kata ada najis dalam rahimnya. Adoiiii pelik jugaklah pasaiii hamba Allah ni bukan mengandung. Alhamdulillah laa tak sempat nak operation. Pasaiiinya kalau tak salah pokcik lagi tiga hari dia nak kena operate. Alhamdulillah laa Allah bagi kesembuhan. Lama dah kira-kira tiga atau empat bulan lepas kiranya. Senyap laa kisahnya. Kiranya lama dah dia dok santai laa. Senang hati laa dan bersyukur sebab belum sempat kena bedah.

Alhamdulillah selesai sahaja urusan dengannya dia dan isterinya mula bercerita. Dia pernah juga berubat di rumahnya di Neram dulu. Katanya dengan seorang perempuan. Yang tak syoknya dia ditipu. Aih gitu pulak. Pokcik tanya awatnya. Dia kata perempuan tu piii ambik barang di bawah rumahnya. Entah macam mana dia dapat tahu perempuan tu sendiri letakkan barang tu. Adoiiii kantoi pulak. Dah kantoi pun kena jugak RM 800 katanya. Hihi.
Macam-macam noo. Ingatkan perempuan tak reti mohong sangat. Parah jugak. Kakakkakkaka. Dia kata dah mohong satu hal, dia dok lagu tu jugak. Tak dak sikit pun perubahan. Xpaa laa, dah biasa buat kerja lagu tu kot noo. Ok habis saja usahakan suaminya pokcik usahakan isterinya pulak. Haih ni kes lain pulak. Katanya nak lena tak boleh. Awat pulak. Huhuhuhuhu.
Isterinya bagitau, tiap-tiap malam sebelum tidur dia akan berasa lengan bahunya dipulas. Sakit oo kena pulas lengan ni. Lain laa ahli gusti. Depa biasa dah. Latihan pun cukup. Usaha jugaklah pokcik ni. Tapi seperti biasalah pokcik berpesan. Pokcik setakat ikhtiar sahaja. Bukannya gerenti boleh elok pun kalau pokcik usahakan. Pegang satu sahaja. Usaha dah buat.
Baru maiii penyerahan dan tawakkal kepada Allah. Semalam pokcik telefon dia kot. Semalam ke hari ni tak ingat dah pokcik. Maklumlah usia makin meningkat maka ingatan pun pelan lama pelan slow. Alhamdulillah dah katanya tidur. Tak dak dah pulas-pulas. Suami dia pun dah boleh bangun dan semakin pulih. Alhamdulillah moga dia pulih seperti biasa. Moga keluarga mereka terselamat daripada sihir dan sebagainya. Sekian sahaja perkongsian pada kali ni. Mohon maaf andai ada sebarang salah dan silap. Moga kita semua sentiasa dilindungi oleh Allah dari khianat manusia dan makhluk halus. Harap dapat bertemu lagi pada lain masa. Wallahua'lam. Salam hormat.