Friday 14 July 2017

JALAN SEPERTI NENEK

Image result for assalamualaikum image

Semalam pokcik dihubungi oleh seorang hamba Allah. Dia menceritakan perihsl keris yang disimpan di rumah seorang ustaz. Katanya dah lama kerisnya itu disimpan iaitu selama tiga tahun. Pelik jugalah apabila sesetengah perawat menyimpan keris pesakit tapi tak berbuat  apa-apa.  Pesakit masih kena ganggu. Simpan buat koleksi kot. Hihihihi..

Katanya juga pelbagai alasan diberikan oleh ustaz itu untuk menyimpan kerisnya. Sibuk  katanya. Tiada di rumah dan sebagainya. Ketika dia tidak menyebut ingin mengambil keris itu, ada pula ustaz itu  di rumah. Katanya kerisnya itu dah bertukar sarung dan ulunya. Haih takkan keris orang disiapkan dan ditukar itu dan ini. Macam nak buat harta sendiri pula gayanya.

Apa yang pokcik hairankan ialah dia tidak berbuat apa-apa tentang saka yang menghuni keris itu. Pelik jugalah sampai tiga tahun tetapi tidak ada sebarang tindakan yang dilakukan oleh ustaz itu. Saka yang menghuni di keris itu masih juga mengganggu pesakit.

Nak dijadikan cerita, ketika menghubungi pokcik, hamba Allah ini sedang sakit kaki. Sudah lima hari katanya. Jalan pun dah seperti seorang nenek. Biasalah kan. Ada sakit fizikal dan ada sakit kerana gangguan. Dia bertanya kepada pokcik bagaimana ingin membezakan sakit fizikal biasa atau akibat gangguan makhluk halus ini.

Kebiasaannya para pesakit perlu diperiksa oleh perawat untuk mendapatkan kepastian. Namun ada satu cara yang mudah dan biasa dilakukan oleh kebanyakan orang lain iaitu dengan cara memasang CD ruqyah. Namun risiko berlaku kerasukan tetap ada dan jangan sesekali mencubanya ketika tinggal seorang.

Katanya dia sudah cuba memasang CD ruqyah dan kakinya terasa seperti diketuk dengan kuat. Gangguan panas laa tu. Elok hentikan dan cuba cari perawat terdekat. Paling elok sekiranya ada dalam kalangan ahli keluarga yang agak mahir dalam pengendalian makhluk halus ini. Apa pun katanya suaminya pandai ruqyah dan dia sendiri pun tahu juga serba serba sedikit. Eloklah macam tu.

Apa pun dengan izin Allah, ketika berbual dengan pokcik gangguan itu sudah kepanasan dan tidak senang duduk. Nak lari gayanya. Eloklah tu. Menyusahkan sahaja hamba Allah  untuk beramal ibadat. Apa pun alhamdulillah, dengan izinNya makhluk itu lari dan dia mula menunjukkan perubahan yang positif.

Kalau dia lari kira ok laa, tidak seperti hamba Allah tempoh hari yang dirasuk dan mencabar pokcik. Bukan main lagi jin ni. Cabar tapi dia tak tunggu pulak. Hahahahahahaha. Macam-macam permainan jin ini. Dia suka mewujudkan suasana yang tegang dan lebih parah lagi ada juga yang hanyut dalam permainan mereka. Dengan ini mmaka timbullah istilah jin atau saka baik dan saka jahat. Hihihihi. Mudah saja. Jin fasik saja yang mengganggu urusan manusia. Selebihnya tepuk dada tanya iman. Nak hebat Allah berikan kehebatan tetapi balasan Allah itu adalah pasti. Sekian. Wallahua'lam.