Monday 10 July 2017

MINYAK PENGASIH

Image result for assalamualaikum image

Boring dok saja buat pii laa perkongsian . Kali ni kisah minyak pengasih angker.. Hihihi. Suatu hari pokcik dihubungi oleh seorang hamba Allah. Ketika itu dia dan bekas suaminya dalam proses untuk bercerai. Kebetulan pulak ayah angkat hamba Allah ni seorang perawat. Jadinya suatu hari dia membawa sebotol minyak yang dijumpai dalam biliknya kepada ayah angkatnya itu.

Ayah angkatnya mengesahkan itu minyak pengasih. Minyak itu kemudiannya dibuang ke dalam sungai. Rupa-rupanya suaminya itu dikatakan menggunakan minyak pengasih itu untuk memikatnya. Gamaknya minyak pengasih tu ada tarikh luput gamaknya. Hihihihi. Kalau tak ada tarikh luput takkan depa nak bergaduh dan bercerai berai. Apapun soal jodoh keketapan Allah.

Selepas membuang minyak itu dia selalu sakit. Suatu hari dia menghubungi pokcik. Sakit sini sana katanya. Berat sini sana gamaknya. Entah kenapa dia tak hubungi ayah amgkatnya pokcik tak tahu laa. Ataupun dia dah pun ikhtiar dengan ayah angkatnya pun pokcik tak tahu laa. Takkan nak tanya pulak.

Mula-mula pokcik tak berapa nak ikhtiarkan kes ni sebabnya elok dia ikhtiar berdepan berbanding dengan pokcik yang jauh daripada dia. Dah dua tiga kali mintak pokcik ikhtiarkan maka pokcik buat jugak laa sebab nampak kesungguhannya di situ. Tambahan pula apabila dia menceritakan kepelikan tentang suaminya.

Suaminya dikatakan suka bangun pada waktu tengah malam. Pagi laa kot no kalau pukul dua atau pun tiga. Dah bangun tu pulak, duduk dalam gelap. Bukannya dalam bilik tetapi di koridor rumahnya. Seingat pokcik, dia dikatakan seolah-olah bersembang dengan seseorang dalam gelap itu. Lain macam pulak. Kalau dok sembang atas tikar sejadah tu dalam gelap biasalah. Mengadu kat Allah laa tu. Ni dok kat koridor. Sembang dengan siapa?

Jadinya sebabkan sakit hamba Allah ni berzikir. Ketika berzikir inilah dia nampak kelibat suaminya mencangkung depan dia. Dah jadi lagu tu dia pm pokcik. Betoiii laa jugak, takkan nak mengagau piii rumah ayah angkat tengah-tengah malam. Hihihi. Hemboiihh piii laa lebih kurang cara tak tau sangat kelibat suaminya hilang. Alhamdulillah dia pun lega sakit badan dan sebagainya seizin Allah.

Macam-macam laa orang laa ni. Tak boleh dapatkan cara baik dibuatnya cara halus. Hati-hatilah kaum wanita. Kita dah pun bincang bab cara penyihir gunakan bahan pada badan dan pakaian kita. Apapun semua yang terjadi seizin Allah juga. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya. Apa pun bak kata orang mencegah lebih baik daripada mengubati. Moga berjumpa lagi. Mohon maaf andai ada salah dan silap. Wallahua'lam. Salam hormat