Wednesday 5 July 2017

NAMA ALAM SEBELAH

Image result for assalamualaikum image
Senang nak buat bisnes sekarang ni.. Ada sahaja yang boleh dijadikan modal untuk membuat duit.
Bagi nama batu cincin dengan nama yang hebat-hebat dan pemberian orang sebelah maka batu tepi sungai pun laku.. Boleh pulak batu sungai dijual dengan harga ratusan ringgit hingga ribuan ringgit. Itu tak termasuk lagi batu di ebay dan sebagainya. Kawan pokcik pernah jual batu kepada peniaga batu ni...

Katanya dia berjumpa dengan seketul batu berhampiran dengan pasu bunganya. Batu itu dijual kepada penjual batu inI. Apabila dapat kepada si penjual batu ini maka keluarlah cerita kayangan. Batu penarikan dari alam sebelah katanya. Batu pemberian puteri, putera, panglima alam sebelah katanya. Penarikan dari gunung itu ini katanya..

Maka, batu yang dibeli dari hamba Allah tadi berharga seketul besar RM50 lebih kurang dicanai pula hingga beberapa belas hingga puluhan dan dijual setiap satu dengan harga sekurang-kurangnya RM250 atau lebih. Bagi penggemar cerita kayangan dan alam sebelah yang digembar gemburkan maka mereka akan membeli batu pasu bunga ini dengan penuh bangga.. Cerita ini diceritakan sendiri oleh hamba Allah yang jumpa batu tepi pasu itu kepada pokcik sendiri. Bukan dengar dari mana-mana sumber yang tidak soheh..

Berbalik kepada cerita hari ini, nama di alam sebelah. Pokcik ada satu kisah bersangkut paut dengan kisah ini. Alkisah, suatu masa dahulu pokcik amat berminat dan boleh dikatakan agak taksub dengan pesona mistik ini. Sebab itulah sampai sekarang pokcik dapat mengenali orang yang taksub dengan pesona mistik ini. Ini kerana pokcik sendiri telah mengalaminya sendiri...

Pokcik pernah ke Johor berjumpa dengan bekas guru pokcik kerana berminat dengan alam mistik ini terutamanya berkaitan dengan bunian. Apabila mendengar sendiri kisah para sahabat yang pergi ke kem mistik maka pokcik menjadi amat tertarik. Katanya banyak pengalaman yang mereka lalui. Antaranya seorang peserta dirasuk oleh pontianak, seorang peserta ditarik jauh dan diseret oleh nenek kebayan, penampakan pocong ketika berseorangan dan paling menarik ialah terlihatnya pintu gerba ghoib terbuka.

Pintu gerbang ghoib yang terbuka ini dilihat sendiri oleh sahabat pokcik. Sahabat pokcik ini berada dalam group ini juga. Katanya pintu itu berbentuk bulat, warna cahaya kebiruan dan bersinar dengan terang. Pintu itu tertutup sendiri lebih kurang pukul 4.30 pagi. Katanya selain itu ada aktiviti sampingan yang dilakukan. Antaranya membakar sate ikan kepada jin. Menurutnya seorang perawat dari Sabah yang melakukannya bersama rakannya lari lintang pukang apabila pocong yang datang.

Jadinya pokcik mengajak sahabat pokcik ini pergi ke tempat itu sekali lagi. Destinasinya ialah di Hutan Linggiu Johor. Apabila telah ditetapkan masa pokcik pun bertolak ke sana. Kali ini sahabat dari Negeri Sembilan yang menceritakan perihal batu yang dijualnya itu kepada penjual batu permata itu turut serta. Kami akhirnya tiba di destinasi yang dirancang.

Sesampainya di sana pokcik ditunjukkan antara tempat-tempat berlakunya peristiwa yang berlaku pokcik ceritakan di atas tadi.. Kami berkumpul di tempat pintu gerbang ghoib terbuka. Setelah dibakarkan ikan tetapi bayangan jin hutan langsung tidak nampak maka sahabat pokcik pun mencabar semua penghuni hutan agar datang mengadap. Mungkin dia sengaja nak bikin panas memandangkan jam pada waktu itu sudah melepasi pukul 3.30 pagi..

Yang jauh datang rapat katanya. Yang berlindung di belakang pokok sila tampilkan diri. Yang terbang turun ke bawah. Yang di air sila naik ke darat. Yang di atas pokok sila turun ke tanah. Sila mengadap katanya. Lebih kurang macam tu laa panggilannya memanggil semua hantu hutan tu supaya datang mengadap. Suasana sunyi saja dan akhirnya selepas pukul 4.30 pagi kami semua berkemas pulang. Kerja sia-sia menghilangkan boring boleh laa kot no.

Tak lama kemudian pokcik berjumpa lagi dengan seorang sahabat pokcik. Kali ini sahabat pokcik di Damansara Perdana datang mengambil pokcik dan membawa pokcik ke Sunway untuk berjumpa dengan seorang lagi sahabat pokcik. Sahabat pokcik pula menceritakan pengalamannya ketika beraksi di Gunung Angsi seingat pokcik. Katanya di sana dia dan rakan-rakan mendapat gelaran dari Raja alam sebelah. Entah raja apa pokcik pun tak tahu...

Alkisah, suatu malam mereka berkumpul beramai-ramai. Tiba-tiba salah seorang rakan telah dirasuk. Katanya dia raja alam sebelah. Cara bercakap dan duduk dah tentu macam raja gamaknya. Mereka berkumpul di hadapan sahabat yang dirasuk itu. Sahabat yang dirasuk itu telah menunjukkan seorang demi seorang rakan yang berada di hadapannya.. Kawan pokcik yang bercerita ini kononnya dilantik menjadi raja atau panglima bagi tentera bunian di Langkasuka. Tentera di bawahnya serbanyak billion juga gamaknya..

Kawan pokcik yang berada dalam group ini mendapat tanah jajahan bunian di USA dengan bala tentera berjuta juga.. Tudia depa ni seronok bukan main. Dah laa dapat nama gelaran di alam sana, dapat pulak bala tentera sendiri. Semua orang yang mendapat nama gelaran tu siap cium tangan raja yang merasuk tu.. Hahahahhahahhaha. Tak apa laa.. Nak buat macam mana.. TAKSUB..

Cerita dipanjangkan lagi oleh kami. Sahabat menceritakan pula perihal tasik di tempatnya itu. Katanya tasik di situ berhantu dan sesiapa yang berjoging di situ selalu diusik. Ini termasuklah sahabat pokcik yang ada tentera berbillion itu.. Kakakakakakakkakkaa. Pokcik gelak pada sahabat pokcik tadi.. Haih ada tentera berbillion pun hanti usik juga..

Apa gunanya depa tu kalau tak dapat nak lindung raja atau panglimanya daripada diusik oleh hantu. Pokcik tanya lagi, dapat apa pulak dengan adanya gelaran tu. Kaya kaa sebab boleh dapat emas dari alam sana? Dia diam saja. Pokcik lanjutkan.. Hangpa TAKSUB sebab tu jadi macam tu. Entah SETAN mana yang merasuk hangpa percaya. Siap sorang-sorang pii cium tangannya..

Kakakkakakkakkaa. Kali ini dia menjawab, orang lain semua cium tangan apabila dapat nama gelaran tapi dia tak cium tangan.. Kakkakaakkakakaka.. Pokcik tak mahu komen bab tu sebab pokcik tak ada di situ ketika kejadian hahahhahhahaha. Kesimpulan daripada cerita pokcik, bersederhanalah dalam semua perkara kecuali dalam amal ibadat. Berhati-hati dengan pesona mistik sebab ia melalaikan. Kebanyakannya hanya indah khabar daripada rupa.. KITA TAKSUB KITA HANYUT. Sekian.. Wassalam..