
Alhamdulillah dipertemukan lagi. Baik, kali ni teringat pula pokcik pengalaman balik ke Johor tempoh hari. Alkisahnya pokcik menerima panggilan dari Johor dan diberitahu tentang kesihatan nenek orang rumah yang tidak begitu mengizinkan. Alhamdulillah setibanya di sana pokcik pun mengadapnya. Dia sudah tidak sihat dan tidak boleh bercakap. Dia juga sudah tidak mengenali orang di sekelilingnya. Apa yang boleh pokcik lakukan hanya berdoa agar Allah permudahkan perjalanannya. Tidak lama kemudian nenek meninggal dunia. AlFatihah.

Khabarnya kakaknya itu baru balik dari Australia. Dia juga memberitahu emaknya sudah membuat kenduri kesyukuran atas kesembuhan abangnya. Khabarnya abangnya sudah tidak waras dari umur 19 tahun sehinggalah Allah beri kesembuhan pada umur 42 tahun lebih kurang. Alhamdulillah. Berbalik kepada kakaknya tadi. Katanya kakaknya itu tiba-tiba pandai mengurut dan berbidankan orang. Mmmmmm. Khabarnya semasa kecil dia selalu mengikut neneknya pergi bidankan orang.
Sejak kebelakangan ni dia rasa lain macam katanya. Apa pun dia minta pokcik usahakan kakaknya itu. Alhamdulillah sejak hari itu sehinggalah hari ni Allah beri kesembuhan kepadanya dan tidak ada lagi perkara pelik yang berlaku kepadanya. Perkara pelik tu pokcik tak berapa ingat, jadi kalau pokcik taip maksudnya pokcik berhohong kepada diri sendiri semata-mata kerana ingin menyedapkan cerita.
Selesai hamba Allah itu, ada pula sepasang suami isteri. Yang ni dua-dua bermasalah. Suaminya berkaitan dengan mimpi dan isterinya berkaitan dengan saka. Panas katanya mereka suami isteri. Dipendekkan cerita, pokcik usahakan suaminya terlebih dahulu. Tak ada perkara yang pelik berlaku cuma katanya badannya menjadi ringan. Entah betul entah tidak hanya Allah yang tahu. Apa pun Alhamdulillah sehingga ke masa pokcik taip ni dah tak ada mimpi pelik-pelik berlaku.
Berita pun pokcik peroleh daripada adik ipar pokcik yang berada di Johor. Alhamdulillah. Selesai sahaja suaminya, Kini tiba pulak giliran isterinya. Angker katanya si isteri tu. Kata suaminya dia baru sahaja berubat di salah sebuah pusat perubatan Islam di Johor. Katanya habis ustaz kena dengan dia. Ganas katanya. Main lambung-lambung. Macam Mail Lambung je gayanya. Mmmmmm.
Risau jugak pokcik dibuatnya. Maklumlah pokcik ni dah tua, rabun pulak tu. Sekali dia lambung pokcik gamaknya lepas atas atap. Hihihihi. Disebabkan ganas, pokcik minta dengan Allah untuk pagarkannya dulu. Selepas pagar pokcik tanya dia bagaimana rasanya sekarang. Berat katanya pada bahagian kaki. Fuhhhh Alhamdulillah lega pokcik. Kurang-kurang dia tak boleh mengamuk dan lempar pokcik ke dinding. Kakakakkakakkakka.
Sebaik sahaja bermula, dia mula bersilat sambil duduk. Alhamdulillah laa dia tak boleh bangun. Matanya menjeling tajam pada pokcik. Lantaklah, dia nak jeling ke apa ke. Pokcik teruskan lagi meruqyah dia. Gerakkannya menjadi semakin perlahan. Suaminya yang berada di tepinya macam bersedia nak lari je. Hihihihi. Mungkin dia ingat isterinya nak bangun gamaknya tu.
Alhamdulillah keadaan mereka kembali normal dengan izin Allah sehingga ke hari ini. Apa pun macam pokcik selalu cakap, pokcik bukanlah orang yang arif tetapi kesungguhan pockik untuk berusaha dan melihat mereka senang beribadah Alhamdulillah Allah permudahkan urusan. Pokcik juga menyerahkan keyakinan dan memohon bulat-bulat kepada Allah agar menyembuhkan mereka. Alhamdulillah Allah perkenankan urusan pada kali itu.
Sekian sahaja perkongsian pada kali ni. Moga mendapat manfaat dan sedikit sebanyak pengajaran daripada perkongsian pokcik ini. Maaf juga andai ada terkasar bahasa dan terlanjur bicara. Sesungguhnya pokcik bukanlah orang yang amat arif dalam berkata-kata. Apa yang baik itu daripada Allah sahaja. Moga berjumpa lagi pada lain masa. Wallahua'lam. Salam hormat.