Thursday 6 July 2017

BIDAN TUJUH

Image result for assalamualaikum image

Alhamdulillah dipertemukan kembali buat sekian kalinya. Kali ini pokcik akan kongsikan satu lagi kisah iaitu bidan tujuh. Apabila disebut bidan tujuh bermaksud ada mengamalkan bidan tujuh beradik. Daripada apa yang pernah pokcik dengar, setiap tujuh-tujuh orang beradik itu mempunyai kelebihan yang berbeza-beza. Dalam kalangan mereka, bidan yang ketujuh dikatakan paling handal..

Alkisah, hamba Allah ini ada mengambil ilmu bidan tujuh ini. Dia menggunakan ilmu ini untuk merawat pesakit. Kebiasaannya dia akan mula tidak sedarkan diri dan merawat pesakit apabila dimasuki oleh makhluk itu. Dalam macam itu pun ramai yang datang berubat dengannya. Sepanjang rawatan, dia akan ditemani oleh suaminya dan seorang pembantunya. Pembantunya inilah yang berikhtiar dengan pokcik ketika kedainya disihir dan dia, anaknya serta menantunya terkena tempias sihir itu.


Menurut pembantunya yang pokcik ikhtiarkan itu, dia akan menyediakan kunyit, garam dan minyak kelapa dan diletakkan di hadapan perawat itu sebelum dia memulakan rawatan. Apabila kesarupan, perawat itu akan memakan hidangan yang telah disediakan untuknya. Ketika ini, suami dan pembantunya hanya melihat perbuatannya itu tanpa melakukan apa-apa.

Dia akan menjilat pesakit untuk mengeluarkan penyakit. Pernah juga si pembantu itu terkejut apabila perawat yang kerasukan itu memanjat belakangnya. Apabila selesai upacara, suaminya akan menyedarkannya kembali. Mungkin caranya diberitahu oleh perawat itu sebelum memulakan upacara. Kalau suaminya tak ada, kena tunggu dia sedar kembali laa. Hihihi. Dia pernah kerasukan ketika berjalan dengan pembantunya di Taman Gelora Kuantan. Jenuh pulak laa tunggu dia sedar katanya. Hihihi. Gamaknya ketika itu mungkin ada hantu lain berdekatan dengan mereka, jadinya cepat-cepat dia merasuk untuk mempertahankan perawat itu. Agaknya laa...

Nak dijadikan cerita, pembantunya datang berjumpa pokcik. Mungkin dia telah pun ikhtiar dengan perawat itu namun tiada rezeki lagi untuk sembuh. Ada hikmah disebalik kejadian itu. Kalau tidak, pokcik tidak dapat menitipkan kisah ini. Kedatangannya bersama dengan perawat itu dan seorang anak perempuannya. Dia ajak pokcik berjumpa di rumah anaknya di Taman Padang Permai Kuantan. Setelah berjanji, pokcik terus pergi ke rumah anaknya itu.

Sebaik sahaja sampai, mereka sudah sedia menunggu. Sebaik sahaja pokcik sampai, perawat itu terus ke dapur. Haih bukan rumah dia. Suka-suka hati sahaja dia nak ke dapur di rumah orang. Tak apa laa, mungkin dia dah biasa di rumah itu. Berbaik sangka katanya. Hihihi. Setelah berbual sebentar, pokcik pun diberitahu tentang masalah yang mereka hadapi. Si ibu tidak dapat mengangkat tangan, si anak perempuannya selalu menyendiri manakala menantunya pula sakit pada bahagian kaki. Lebih tepat pada bahagian ketingnya.

Setelah, bersetuju pokcik pun mula ikhtiarkan emaknya dulu iaitu pembantu perawat itu tadi. Ketika ikhtiarkan si ibu, anak perempuannya mula gelisah dan tidak tentu arah. Mungkin dia dah dapat merasakan kepanasan dalam dirinya. Mungkin makhluk yang menumpang itu yang kepanasan. Pokcik abaikan apa yang berlaku di sekeliling. Ketika ini, perawat di dapur juga keresahan. Kedengaran dia sendawa berulang-ulang kali. Tak lama kemudian dia masuk ke dalam tandas dan muntah.

Pokcik abaikan dan terus ikhtiarkan pembantunya itu. Entah berapa kali pokcik tak mengira. Perawat di dapur keluar masuk ke dalam tandas untuk muntah. Akhir sekali degangggggg. Bunyi rak pinggan di dapur terjatuh. Mungkin perawat itu terhoyong-hayang untuk jatuh tetapi dia sempat mencapai rak pinggan di dapur. Kelihatan semua yang berada di situ memandang sesama sendiri dan memandang ke arah dapur. Semua terkejut.. Selesai ikhtiarkan si ibu. Alhamdulillah tangannya sudah boleh diangkat.

Si perawat itu tadi masih belum kelihatan. Dia masih di dapur. Apa dibuat di situ entahlah. Kini pokcik usahakan anak perempuannya pula. Dia kelihatan gelisah. Berdebar katanya. Pokcik abaikan. Pokcik teruskan melihat apa yang tak kena padanya. Rupanya ada gangguan yang sudah lama bertapak dengannya sejak sekian lama. Pokcik malas nak layan. Mata tua pun dah mengantuk. Pokcik memulakan tugas. Dalam lebih kurang 10 minit kemudian dia mula menunjukkan reaksi. Akhirnya dia menangis dengan satu tangisan yang amat sayu.

Biasalah, nak perdaya pokcik laa tu. Nak goda pokcik, dia pun tak selera. Tua bangka katanya. Tinggal gusi saja. Abe encem Aria Zainal ada laa juga dua batang gigi. Pokcik teruskan dan akhirnya tangisannya mula reda. Selesai ikhtiarkan anak perempuannya. Alhamdulillah tiada apa yang pelik berlaku kecuali si perawat di dapur yang sudah senyap dan masih tidak kelihatan. Biarkan.. Takkan nak pii heret suruh datang ke depan pulak. Tuan rumah pun tak cakap apa takkan pokcik pulak nak lebih-lebih.

Akhir sekali pokcik usahakan pula menantunya. Dia dimasukkan besi di kaki kanan akibat kemalangan. Akan tetapi, bukan bahagian itu yang sakit. Dia sakit di kaki yang satu lagi. Mula-mula ingatkan tiada apa-apa dan dijangka kakinya sakit kerana terpaksa menampung kaki yang sebelah lagi. Namun apabila pokcik tengok, ternyata ada gangguan. Alhamdulillah urusan pokcik dan pesakit dipermudahkan oleh Allah. Hilang kesakitannya diambil oleh Allah. Allah memberikannya kesembuhan.

Setelah semua selesai, tuan rumah ke dapur untuk menyediakan makanan dan minuman. Setelah selesai, tuan rumah membawanya ke ruang tamu rumahnya. Minuman dan makanan telah dihidang namun si perawat tadi masih juga tidak memunculkan diri. Bagi menjaga air mukanya, pokcik ke luar rumah dengan alasan ingin membalut rokok daun. Sebaik sahaja pokcik keluar dia pun memunculkan diri dan minum bersama-sama mereka yang lain. Selesai sahaja minum, mereka terus pulang. Si sakit dan anaknya datang berjumpa pokcik untuk mengucapkan terima kasih.

Bagaimana dengan perawat itu? Hihihi. Dia terus masuk ke dalam kereta tanpa menoleh ke arah pokcik.. Kenapa agaknya? Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Sekian sahaja perkongsian pada kali ini. Sebarang kesilapan dan kurang manis tutur kata moga dimaafi. In shaa Allah, andai diberikan kesihatan yang baik oleh Allah, kita akan berjumpa lagi. Wallahua'lam. Salam hormat.