Sunday 9 July 2017

LEMBAGA HITAM MENUNGGU

Image result for assalamualaikum image
Semalam pokcik letih sangat sebab ada kejohanan boling. Hari ni pokcik ada lagi kejohanan ni sebab kami layak ke peringkat separuh akhir kejohanan. Dalam rabun pun hawing laa mohong-mohong. Alhamdulillah dapat jugak tempat ketujuh daripada 80 orang peserta agaknya sebab semalam lebih kurang 20 lanes jalan serentak. Hahahahhhahhhahaa. Nasib sajalah sebab pokcik pun baru tiga kali main. Tu pun setahun sekali sajalah.

Baiklah, rentetan kisah baru ini. Sebelum ini pokcik dah bagitau emaknya yang anaknya diganggu seekor burung sebelum merasuk itu ialah kes sihir. Namun begitu dia pada awalnya agak sangsi jugak. Siapa nak sihirkan pulak katanya. Biarpun alhamdulillah anaknya itu namun persoalan demi persoalan tersimpan dalam kepalanya.

Sehinggalah dua hari lepas dia dan dua orang adiknya datang mengambil pokcik datang ke rumahnya. Sesampainya kami, pokcik terus diminta melihat keadaan rumahnya. Dia membuka kesemua pintu bilik di rumahnya. Pokcik hanya melihat perlakuannya saja. Pokcik menghampiri sofa di rumahnya. Ketika  hendak duduk pokcik terasa ada satu aura yang agak lemah di situ. Takkan lemah sangat gangguan ataupun kesannya sahaja sebab dah lari. Pokcik bagitau perihal itu kepada mereka.

Mereka hanya mendiamkan diri. Entah apa dalam kepala pun tak tahu laa. Entah-entah depa dok kata dalam kepala, betoiii tak orang tua bangka ni. Hihihi. Dia minta pokcik masuk ke tiap-tiap bilik terutama bilik anak perempuannya. Pokcik dapati tiada tanda kehadiran makhluk yang mengganggu disetiap bilik. Diorang makin hairan. Betoiii kaa tidak orang tua ni. Kakakkakakkaakakkaka.

Pokcik pun melangkah di lorong menuju ke ruangan dapur rumahnya. Hiiiiiii ada sesuatu memang sedia menunggu. Garang sangat kononnya. Pokcik abaikan dulu. Mungkin jenis jin kena paksa rela. Nak tak nak memang kena tunggu. Pokcik pergi ke ruang tamu rumahnya semula dan meminta sejag air. Pokcik dapat rasakan ini bukan gangguan biasa dan pokcik doakan air itu dan minta tuan rumah spray dan niatkan pagar rumahnya. Sihir katanya. Hahaaa.

Setelah selesai doa pokcik minta dia spraykan rumah. Sementara itu pokcik kembali semula ke tempat tadi.. Pokcik cuba pejamkan mata. Alamak besaqnya. Cenge kononnya. Hahahahahhahahha. Cenge laa sangat. Boleh kata pokcik boleh rasa dia memenuhi ruangan ke dapur tu. Ikut suka hang laa hantu. kakakakakakakkakaka. Kali ni pokcik pagar diri dulu sebab nampaknya dia seperti nak menyerang pokcik. Alhamdulillah pokcik makin fokus dan lebih
bersedia kali ni. Tuan rumah masih spray air seperti yang pokcik ajarkan tadi.

Pokcik mula niatkan rantaikan dia. Tak nak bagi lari ke mana. Garang sangat katanya. Hahahahahahahhaha. Selesai sahaja pokcik berdoa kepada Allah agar dibakarkan hangus makhluk itu. Allah berdoa juga akan dipanah dengan panah berapi bagi menghancurkan terus makhluk itu. Selesai itu, pokcik cuba ambik dan simpan semua debu atau cebisan yang tinggal dengan izin Allah. Setelah selesai pokcik pun ajak depa lepak santai sekejap di sofa. Suasana menjadi sunyi dan hening. Ini diakui sendiri oleh tuan rumah. Alhamdulilah.  Lebih kurang 15 minit, pokcik pun ajak depa keluar rumah itu. Depa bersetuju. Mengeteh laa kami.

Semalam pokcik diberitahu perihal telefon daripada tuan rumah kepada orang rumah pokcik. Katanya dia kebetulan menelefon anak saudaranya di Johor. Katanya anak saudaranya itu kasyaf. Entahlah, pokcik tak kira laa hang kasyaf kaa apa. Apa yang kita tengok belum tentu betul. Janji kalau semuanya dipermudahkan dan diberikan kesembuhan oleh Allah akan pesakit, itu dah alhamdulillah. Menurut adiknya, rumahnya itu ada dihantar seekor makhluk yang sangat besar dan berbulu. Badannya hitam berkilat. Duduknya betul-betul di laluan yang pokcik buat itu. Dia bagitau pada adiknya dia dah minta pokcik pii ke rumah itu dan uruskan.

Alhamdulillah laa. Kebetulan kot. Pokcik tak tau sangat. Lepas tu dia telefon lagi. Kali ini pokcik bercakap sendiri dengannya. Pokcik tanya duu kat dia. Dia ada cerita tak perihal pokcik ikhtiar di situ kepada anak saudaranya. Kadang kala orang suka cerita semula apa yang kita bagitau kepadanya. Tak katanya. Bukan itu sahaja, anak saudaranya bagitahu kantin kepunyaannya juga disihir. Panjang pulak cerita kali ni. Dia juga meminta pokcik ikhtiarkan kantinnya itu selepas ini. Bukan itu sahaja, kawannya juga kini sakit kali. Menurutnya rumah kawannya itu juga telah dihantar sihir kerana menumpangkan anaknya di situ.

Tudia aih. Makin panjang cerita. Tak puas hati sungguh. In shaa Allah lepas usahakan kantinnya, pokcik akan usahakan pula kawannya itu dan rumahnya pula. Moga Allah permudahkan. Kali ni kira minta doa kepada Allah agar dipulangkan balik sihir itu kepadanya. Bukan apa, biar dia tahu perbuatan sihir itu syirik dan dimurkai Allah. Boleh kot noo... Wassalam...