Monday 26 June 2017

SAKA PESAKIT JANTUNG

Image result for assalamualaikum image
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia oleh Allah. Dapatlah kita melihat sedetik lagi keindahan alam maya ini. Kali ini pokcik ingin kongsikan satu lagi kisah. Suatu hari emak pokcik memberitahu sahabat pokcik di kampung telah dimasukkan ke hospital kerana serangan jantung. Kejadian ini berlaku dalam bulan Ramadan juga.

Biasanya serangan jantung ini berlaku kepada orang-orang kaya sahaja. Maklumlah kurang melakukan senaman dan kandungan kolesterol dalam badan tinggi. Agaknya laa. Pokcik bukan doktor. Hihihihihi. Namun begitu, sahabat pokcik ini meupakan seorang peneroka dan mengambil upah menyabit buah kelapa sawit.

Menurut sahabat pokcik ini, yang pokcik temui setelah dia sudah sembuh dan dibenarkan pulang, dia terkena ketika berada di ladang kelapa sawit. Ketika serangan berlaku dia menjangkakan serangan angin sahaja kerana perut kosong. Maklumlah bulan puasa. Pokcik tak tanya pulak dia puasa ataupun tidak. Hahahahahahaha.

Menurutnya lagi, dia terus menghidupkan enjin motosikalnya dan pulang ke rumah. Beberapa kali juga katanya dia terpaksa memberhentikan motosikalnya kerana terlalu sakit dan tidak mampu untuk meneruskan perjalanan. Dia gagahi juga dan akhirnya sampai juga ke rumah. Sesampai di rumah, orang rumahnya ingin membawanya ke hospital namun dia berkeras kerana hanya menjangkakan serangan angin akibat perut kosong.

Namun begitu, akhirnya dia bersetuju juga untuk ke hospital kerana tidak tahan dengan kesakitan itu. Dia dikejarkan ke Hospital Besar Bandar Pusat Jengka sebelum dikejarkan ke Hospital Besar Temerloh. Mungkin kurang kepakaran di sana, dia dikejarkan ke Hospital Besar Kuantan. Dia dimasukkan alat dan alhamdulillah jantungnya kembali stabil. Namun begitu, timbul pula masalah baru. Dia mula mengalami demam yang kuat.

Demamnya bermula dari waktu Asar hingga ke malam. Pada pagi esoknya demamnya kebah seperti tidak mengalami demam sebelumya. Setelah berehat selama dua hari di Hospital Besar Kuantan, dia dipindahkan pula ke Hospital Besar Temerloh. Ini bagi memudahkan orang rumahnya berulang-alik dari rumah mereka di Jengka ke situ. Walaupun sudah seminggu di hospital namun demamnya masih berlaku. Doktor pun naik hairan dan tidak membenarkan dia dibawa pulang.

Apa tidaknya, siang hari sihat seperti biasa dan suhu badannya normal. Menjelang Asar ke malam badannya mula kesejukan dan katanya dia terpaksa berkelumbung litup bagi menahan kesejukan, Memandangkan pokcik tidak sempat menziarahinya di Kuantan maka pokcik tela pun pergi ke Temerloh untuk melihat keadaannya. Kelihatan dia ceria menyambut kehadiran pokcik sekeluarga. Dia mengadu masalahnya kepada pokcik.

Ketika sedang berbua itulah, pokcik dalam diam cuba melihat apa yang ada pada dirinya. Ternyata masalah SAKA. Namun begitu pokcik tidak memberitahunya akan masalahnya itu. Tambahan pula ketika berbual di luang legar di Hospital Besar Temerloh itu kami dikelilingi oleh beberapa orang sahabatnya yang turut menziarahinya. Lebih kurang pukul 6.20 petang pokcik beredar pulang tanpa sepatah pun memberitahu dirinya akan masalahnya itu.

Namun begitu, lebih kurang pukul 9.30 malam orang rumahnya datang ke rumah emak pokcik. Katanya Keri ( suaminya ) demam dengan kuat ketika itu. Dia datang membawa sebotol air mineral dan meminta pokcik mendoakan air itu. Rupa-rupanya, ada dalam kalangan ahli keluarga pokcik yang memberitahunya agar meminta pokcik ikhtiarkan. Sememangnya pokcik tidak pernah mengaku boleh ikhtiarkan sebarang penyakit mistik di kampung. Sememangnya itu rahsia pokcik dan memang pokcik tak mahu dikenali. Oleh sebab pokcik telah pun melihat gambaran secara kasar tentang masalah suaminya itu maka pokcik pun meminta nama penuh suaminya.

Pada malam itu juga, pokcik usahakan masalah SAKA suaminya itu. Setelah semuanya selesai dengan izin Allah, pokcik pun mendoakan air yang dibawanya pula. Dia berjanji akan membawa air itu ke hospital keesokan harinya. Setelah selesai semua urusan, pada malam itu juga pokcik telah bertolak pulang ke Kuantan. Alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkan oleh Allah. Keesokan harinya, isterinya telah membawa air yang didoakan itu ke hospital. Sehari selepas itu pokcik mendapat perkhabaran daripada kakaknya, adiknya itu telah dibenarkan keluar dari hospital.

Doktor telah berpuas hati kerana suhu badannya kembali normal pada sebelah siang dan malam. Dengan izin Allah dia tidak lagi demam. Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dia kembali sembuh seperti sedia kala. Moga bertambah keimanan dan keyakinan kita semua kepada Allah dan kebesaran mukjizat AlQuran. Sekian sahaja perkongsian pada kali ini. Maaf andai ada tersilap kata dan sebagainya. Untuk makluman semua sahabat, kakak sahabat tadi juga memberitahu masalahnya dengan suaminya tetapi soal jodoh ini pokcik suka serahkan bulat-bulat kepada Allah. Sekian dan salam hormat. Wallahua'lam.