Monday 10 July 2017

MEROYAN

Image result for assalamualaikum image

Kali ini pokcik ingin kongsikan kisah tentang meroyan. Meroyan biasanya dialami oleh kaum hawa semasa pantang. Ketika ini emosi mereka tidak stabil. Suaminya berperanan untuk menjaga emosi isterinya agar tidak terlalu tertekan. Apabila berlaku tekanan yang melampau, jiwanya mudah diserap dan diambil kesempatan oleh jin.

Seorang hamba Allah telah menceritakan perihal adik ipar sahabatnya di Rantau Panjang Kelantan yang mengalami masalah meroyan. Dia kongsikan dalam group pokcik. Asalnya pokcik ingin meminta sahabat-sahabat yang lain untuk mengusahakan kes ini. Namun begitu setelah berlaku tolak-menolak sesama ahli maka pokcik telah mengambil keputusan untuk pm hamba Allah ini.

Dalam group ini dia telah memberitahu bahawa hamba Allah yang meroyan ini telah diikhtiarkan oleh para perawat yang terdiri daripada bomoh dan ustaz namun masih belum menemui jawapan. Katanya lagi setiap usaha para perawat itu menemui jalan buntu. Dia seolah-olah langsung tidak




terkesan dengan rawatan yang telah dilakukan terhadapnya.

Katanya lagi, kini jumlah perawat yang datang ke rumahnya telah mencecah seramai 26 orang. Parah juga laa. Bukan setakat pesakit, orang yang meminta diusahakan hamba Allah ini juga mengeluarkan belanja yang besar. Pendek kata, sesiapa sahaja menyebut nama perawat maka mereka akan berusaha untuk mendapatkannya. Begitulah usaha bersungguh-sungguh yang dilakukan namun masih belum menemui jawapan.

Pokcik ingin sertakan sekali perbualan dalam group namun terpaksa membatalkannya kerana terdapat nama dan gambar sahabat-sahabat dan hamba Allah yang ingin meminta bantuan daripada ahli group. Pokcik hanya sertakan bersama perkongsiannya dalam group FB, perbualan dengan pokcik melalui messenger dan perbualan hamba Allah ini bersama abang ipar si sakit yang dihantar oleh hamba Allah ini secara snap shot kepada pokcik.

Para perawat buntu kerana dia langsung tidak terkesan. Lebih parah lagi, dia menyikat rambut para perawat yang datang dan sedang melakukan proses merawatnya. Letih juga ye. Hihihihi. Macam mana agaknya keadaan perawat yang bersemuka dengannya ketika itu. Marah, geram, malu dan macam-macam perasaan gamaknya berlegar dalam benak mereka.

Pokcik menghubungi hamba Allah ini melalui messenger untuk bertanyakan lebih lanjut berkaitan dengan pesakit ini. Katanya sehari empat orang perawat akan dipanggil oleh keluarga si sakit untuk ikhtiarkannya. Banyak juga tu. Oleh sebab kasihan akan keadaan hamba Allah itu maka pokcik meminta dia menghantar gambar si sakit. Dia mendapatkan gambar si sakit daripada abang iparnya. Masih muda dan cantik orangnya. Dalam gambar itu dia bersama suami dan tiga orang anaknya. Anak yang baru dilahirkan ini mungkin anaknya yang keempat.

Setelah mendapat gambaran awal maka pokcik dapati ada beberapa bahagian yang terganggu dengan masalah jin iaitu pada bahagian kepala, dada dan alat sulitnya. Mungkin disebabkan jin itu bertapak di tempat alat sulitnya maka para perawat sukar untuk mencapai jin itu. Sebab itulah masalahnya susah ingin diselesaikan. Setelah itu, pokcik pun memberitahu kepada hamba Allah yang meminta ikhtiarkan adik ipar sahabatnya itu bahawa masalah ini biasanya boleh diselesaikan seizin Allah.


Kebiasaannya, bagi gangguan yang biasa mereka akan terkesan dan akan lari sekiranya kehadiran mereka kita sedari. Kebiasaannya mereka akan pergi dari situ seizin Allah apabila pokcik melihatnya. In shaa Allah. Itu apa yang pokcik beritahu kepada sahabat ini. Pokcik meminta dia memberitahu keadaan pesakit itu keesokan harinya. Alhamdulillah, keesokan harinya dia memberitahu hamba Allah itu sudah dapat mengenali anaknya, keluarganya, suaminya dan orang yang datang ke situ. Alhamdulillah.. Dia juga telah menghubungi suaminya yang telah membawa anak-anak mereka ke Johor.

Namun begitu tugas pokcik belum berakhir. Pokcik berjanji akan usahakan dan mengambil saki baki dan rumah jin itu yang terdapat dalam alat sulitnya. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan oleh Allah. Kini dia sudah sedar dan mengenali orang sekeliling. Abang iparnya juga menghubungi sahabat pokcik tadi untuk bertanya adakah dia boleh dan dibenarkan menyusui anaknya. In shaa Allah, memang dia sudah boleh namun perlu pemerhatian kerana bimbang juga keselamatan bayi itu.

Alhamdulillah semuanya Allah permudahkan biarpun pokcik hanya berusaha dan berdoa dari jauh. Moga berjumpa lagi pada lain masa. Kepada hamba Allah yang baru sahaja melahirkan bayi, janganlah terlalu mengikut perasaan. Sentiasalah mengingati Allah. Orang sekeliling juga janganlah terlalu menekan mereka. Moga semuanya selamat dengan mendapat perlindungan daripada Allah. Wallahua'lam. salam hormat.