Monday 10 July 2017

SEMBELIH JIN

Image result for assalamualaikum image

Tengok suasana dah tenang maiii pokcik nak kisahkan satu lagi cerita kot no. Sambil makan kuaci tu boleh baca. Yang dok dalam bas nak piii mana-mana tu bolehlah baca bagi menghilangkan ngantuk. Kalau awek dok sebelah memang buat-buat ngantuk. Sat kepala jatuh atas bahu dia. Kalau kena jantan dok sebelah pastu dok kentut saja tak mau pulak mengantuk kot no.

Kali ni nak cerita laa pasaiii seorang hamba Allah ni. Pokcik pelik jugaklah pasaiii dia ni dalam tak sedar pun boleh bawak kereta. Lagu mana tu? Kalau dia kena di rumah dan tak sedar boleh pulak dia drive. Anak bini ada sekali dia bawak. Tak tau laa kalau orang rumah dia tolong pegang steering. Manalah tahu kan. Pelik-pelik kejadian.

Kejadian kat rumah dia pun macam-macam dah. Ada bomoh yang dijemput hanya sampai pintu pagar luar rumahnya saja. Pastu depa pusing balik sebab tak sanggup katanya. Apa tidaknya sampaikan kat bawah rumah dia ditanam dengan jari manusia. Amalan apa gamaknya. Upah laa tu suruh jin tu dok situ. Mahaiii harganya nak bersyirik kpd Allah.

Ada juga bomoh yang lihat mayat di atas tilam dalam bilik hamba Allah ni. Pendek kata macam-macam laa dok ada. Ada satu hari dia panggil orang maiii pagar ke rumahnya. Dia pagar sungguh-sungguh. Hantu dok biarkan kat dalam tu. Habih laa pinggan mangkuk kena lempar. Bunyi orang berlari dalam rumah seolah-olah mencari pintu keluar pun ada.

Pokcik piii laa kat rumah dia tu. Ada sekali saja bunyi masa tu pastu senyap dah. Kena karate gamaknya. Manalah pokcik tahu pasaiii pokcik pun setakat hemboiihh mohong-mohong saja tahu. Nak lebih-lebih tak reti. Ok berbalik kepada cerita tadi. Suatu hari pokcik dok santai laa kat rumah. Sambil tu tengok cerita Tamil. Best ooo cerita Tamil. Sapa peminat filem Tamil dalam ni angkat tangan. Kakakakkakkaka.

Tengah dok santai tu tiba-tiba terdengar orang memberi salam. Suara perempuan dan diikuti oleh anak lelakinya. Pastu dengar pulak suara tengah sendawa dengan kuat. Hampir termuntah gaya sendawa tu. Elok saja pokcik bukak pintu rumah dia pun rebah lalu pengsan. Tudia aih nak maiii pengsan kat rumah pokcik. Kalau perempuan tu laju jaa pokcik buat cpr. Kakakakkakaka. Melawak saja. Bini dok jeling sambil pegang lesung batu. Berani kaa pokcik? Bukan takut bini tapi hormatkan bini. Kakakaka.

Elok dia jatuh gedebuk tu, pokcik lekas-lekas tutup pintu. Malu komram laa satgi jiran ingat apa pulak. Badan dia pulak tu besaq. Nak angkat memang tak larat laa. Nak pii ruqyah kat dia satgi pokcik pulak kena karate. Patah tengkuk pokcik sekali kena hawing ngan dia. Kakakakakakakka. Jalan selamat pokcik pun panggil anak lelaki dia maiii dekat pokcik. Tudia aih org rumah dia buat video pulak. Kakakakkakakakkakaka.

Elok saja pokcik jamah anak lelaki dia terus dia bangun duduk. Suara pun dah berubah. Kasar suaranya. Nak bunyikan dalam ni tak boleh pulak. Faham-faham laa noo. Pokcik terus ruqyah anaknya tanpa mempedulikan dia. Dia mula bersuara. Dia kata maiii dari Sabah. Ikut suka laa maiii mana pun. Bukan boleh percaya sangat jin ni. Kebetulan memang ada adik beradik depa di sana. Mudah cakap bab harta laa. Mmmmm.. Tapi pokcik no komen laa bab tu.

Dia kata dia dihantar oleh maknya utk memusnahkan satu keluarga. Haritu dia maii rumah nak kenakan si lelaki ni tapi si lelaki ni dok dalam bilik jadi terkena pada anaknya. Haa yang ni pun pokcik usahakan juga. Maksudnya anaknya tu. Kali ni dia letakkan barang dalam baldi agar satu keluarga kena. Nak bunuh satu keluarga katanya. Dah laa sebelum tu letakkan abu mayat kat dalam laci biliknya. Lagu mana dia masuk bilik dan letak? Jin tu laa yg letak. Takkan orang nak masuk bilik. Berani betoii. Hihihi.

Pokcik cuba laa komunikasi seperti yang selalu disyorkan. Kena belai dan berkasih sayang. Sambil belai tu sesekali cium pipi. Kakakkakakkakaka. Ehhh tak mau dia kita suruh balik dan keluar elok-elok. Dia pulak cakap letih laa maiii jauh-jauh nak keluar macam tu saja. Dia kuat katanya. Ramai dah dia jumpa perawat. Dia tak heran langsung. Sembang saja jin ni. Nak psiko orang tua. Tah-tah perawat pun dia tak pernah jumpa sebab dok kepit cium ketiak busuk tuan dia saja.

Pokcik kata tak mau piii tak paa laa. Jenis kamikaze ni. Rela apa saja janji tak kena marah dengan tuannya. Pokcik teruskan baca apa yang tahu. Muka buat-buat laa konfiden baru orang percaya. Pastu geleng kepala sesekali buat-buat mengeluh. Boleh charge lebih sikit sebab berat katanya gangguan. Kakakakakka. Bab tu pokcik mohong. Jangan caya. Baik pokcik sambung lagi kisah ni. Hihihi.

Dah dia tak mau piii pokcik tak layan dah laa. Pokcik buat-buat karate kat anak dia tu yang mewakili dia. Kelupur laa dia. Kepala dia mula geleng-geleng. Ketar habis dah. Tak tahan katanya. Dia merayu nak balik. Kali ni pokcik pulak tak bagi dia balik. Buruk perangai pokcik nooo. Kakaakkaa. Pokcik kata hang tunggu situ. Jangan piii mana-mana. Dia merayu-rayu kata panas. Pokcik tak layan. Boleh kaa layan jin ni. Hihihihi.

Malas nak layan dah pokcik sembelih anaknya. Sembelih mohong-mohong saja. Pokcik bukan tau pun. Haih gedebuk dia jatuh pengsan. Pokcik check lagi dah tak dak dah dajaiii tu. Pokcik biar dia baring di situ. Selang seminit dua dia pun bangun. Dia istighfar dan bertanya macam mana dia boleh ada di rumah pokcik. Hihihi. Macam tu pun ada. Baiklah sekian sahaja buat kali ni. Salah silap tu maafkan laa. Orang tua bukannya reti sangat nak berbahasa romantik ni. In shaa Allah berjumpa lagi kalau dipanjangkan usia. Wallahua'lam. Salam hormat.