

Sebelum ini dia menghadapi masalah kerana pintu sliding rumahnya sering diketuk oleh sesuatu. Alhamdulillah setelah pokcik ikhtiarkan mengubah laluan jalan jin itu maka rumah adik iparnya itu kembali tenang. Namun begitu sebaik sahaja masalah pintu rumahnya berhenti diketuk kini timbul pula masalah baru.
Adik ipar lelakinya kini mendengar pula tapak kaki orang berjalan di tangga di dalam rumahnya. Kerusi dalam rumahnya pula sering ditolak oleh sesuatu. Sebaik sahaja pokcik mendengarnya pokcik meminta dia menghantar gambar adik ipar perempuannya itu. Daripada pemerhatian pokcik, dia ada mengamalkan sesuatu. Tidak hairanlah dia tidak mahu berikhtiar apabila dibawa berjumpa dengan ustaz perawat.

Seperti biasa, pokcik pagarkan dia bersama dengan makhluk yang mendampinginya itu. Ketika itu, pokcik terbayang wajah sesuatu dari dalam cermin. Tak lama kemudian, pokcik nampak bayangan keluar dari dalam cermin almari itu. Pokcik malas nak layan kerana itu mungkin perangkap jin bagi melalaikan pokcik. Pokcik teruskan usaha bagi menangkap makhluk itu. Rupanya seperti pontianak. Berbaju putih dan melayang. Apa pun gambaran yang kelihatan, pokcik tak mahu melayan.

Namun begitu, adik iparnya juga mengadu dia letih dalam dua hingga tiga hari dan berasa tidak selesa untuk tidur. Kebiasaannya begitulah keadaan apabila tiada lagi makhluk yang mendampingi seseorang. Alhamdulillah. Pokcik berharap dia kembali insaf dan tidak lagi mengamalkan sesuatu yang bercanggah dengan syariat. Entahlah, sampai bila kita nak berwajah cantik. Sampai masanya ke dalam tanah juga. Serikanlah wajah dengan air wudhuk. In shaa Allah.

