Wednesday 2 August 2017

MENAMBAH ATAU MENGURANG JIN?

Image result for assalamualaikum image

Sunyi noo, perawat pun tak mau kongsi pengalaman. Maiii pokcik nak kongsikan.

Kongsikan buat cara bukan perawat laa noo.. Terbang ke langit kaa syurga kaa tak dak laa.. Semalam pokcik niat nak rehat sehari..

Nak hemboihh mohong-mohong kaa ludah mohong-mohong kaa tak mau semalam. Badan tua, nak juga rehat sekali sekali.. Jadinya pokcik piii laa menziarah sahabat pokcik.


Maklumlah dengar kata baru keluar hospital sebab operate kakinya sebab kencing manis. Sesampainya di rumah dia, orang rumahnya saja yang ada sebab sahabat pokcik tak balik lagi dari masjid..

Orang rumah pokcik saja masuk. Pokcik lepak hisap rokok kat luar rumahnya. Habis dua batang baru dia balik. Kami masuk ke dalam rumah dan sembang santai..

Dia mula menceritakan masalahnya. Haih laki bini sakit. Tak boleh kata apa laa ujian Allah. Selang lima minit gamaknya pokcik bosan. Pokcik ajak dia sembang di luar. Bagilah peluang orang perempuan sembang dengan perempuan....

Sambil lepak di luar rumah dia menyambung ceritanya perihal dirinya yang sudah lama sakit. Berbelas tahun juga gamaknya. Pokcik diam mendengar. Katanya dia berubat dengan seorang ustaz sebab kawannya yang bawa.

Katanya dia kena pergi selalu ke sana. Kalau tak pergi dia akan sakit. Hahahhahhaha macam tu pulak. Dia akhirnya berpindah mencari ustaz lain pula. Sampailah ustaz tu seperti melarikan diri atau katanya dah tak sanggup...

Dia mintak pokcik tengokkan dia. Alamak. Pokcik kata pokcik nak rehat sehari.. Hihihihihi tak sayang kawan laa tu katanya. Kakakkakakkakakka pokcik gelak besar. Nak tak nak kena ayat tu letih pokcik. Kena jugak laa...

Kat luar tu jugak pokcik imbas dia. Alamak banyaknya. Patutlah dia cakap pinggang selalu dicucuk. Selepas diimbas dia kata jarinya kelas. Belakang tumitnya terasa ditarik.

Nampak dia bersungguh pokcik pun kasihan. Pokcik cakap kalau betul-betul nak ikhtiar jom buat dalam biliknya. Pokcik tak mahu orang rumahnya yang sakit itu berada bersama. Dia setuju.

Masuklah kami ke dalam bilik belakangnya. Pokcik suruh dia baring sebab nampak banyak sangat masalah. Selepas pokcik ikhtiar pagarnya pokcik tanya apa yang dia rasa. Katanya dia terasa berdenyut di beberapa bahagian tubuh.

Pokcik bagitau, di situlah tempat depa bertapak. Pokcik pun baca laa sikit-sikit ayat yang tahu. Dia terlelap. Merdu gamaknya suara pokcik. Hihi. Gangguan lebih kepada bahagian hujung jari tangan, bahu, pinggang, paha, kepala dan tuttt dia..

Pendek kata, kalau melibatkan sihir sebahagian besar anggota tubuh terlibat. Buatlah pokcik ni satu demi satu. Slow and steady. Hihihihihi. Last sekali kasi belah  sikit pinggang hamba Allah tu. Akhirnya barulah tutup semua bahagian dengan berdoa kepada Allah.

Alhamdulillah selesai. Ringan katanya tubuh dia. Sebelum ni badannya rasa berat beratus kilo. Alhamdulillah dia. Dia juga kata pokcik seperti menggunting sesuatu. Gunting apa aih ludah mohong-mohong saja. Hihihihihi.

Setiap yang bergerak keluar boleh kata dia dapat rasa. Wallahua"lam. Pokcik cuma kongsikan katanya sahaja. Mungkin dia dapat rasa pergerakan terlalu kuat sebab makhluk-makhluk itu dah mendiami badannya terlalu lama.

Akhir sekali dia kata badannya perit seperti luka dibelah. Hahahhahhaha tak belah mana aih. Buat pun mohong-mohong saja. Apa pun Alhamdulillah Allah permudahkan. Sebelum balik dia minta pokcik usahakan orang rumahnya pulak.  Pokcik kata tak boleh laa sebab hari semalam niat pokcik memang nak rehatkan badan  .

Tak paaa katanya. Lain kali pulak dia minta pokcik maiii  rumahnya lagi dan usahakan orang rumahnya pula..  Erkkkkk.  In shaa Allah.  Sekiranya diberikan kesihatan yang baik dan ada kelapangan pokcik akan cuba usahakan orang rumahnya pula..  Doakan nooo sahahat. Moga segalanya berjalan dengan lancar. Moga berjumpa lagi. Wallahua"lam. Salam hormat.