Monday 31 July 2017

JIN TERKEJUT BIAWAK

Image result for assalamualaikum image

Haih sibuk sikit hari ini pokcik ni.. Kebetulan petang tadi pun ada dua kes.. Kedua-dua kes berdepan.. Apa pun pokcik hanya akan kongsikan satu sahaja.. Ye laa taip sendiri ye tak.. Kalau copy paste memang laju laa...

Ingat tak kisah sihir yang mana burung berlegar di atas kepalanya tu.. Dua minggu lepas gamaknya sempat usahakan rumah emaknya. Alhamdulillah. Setelah bermacam halangan, hari ini baru emaknya boleh membawa anaknya ke rumah pokcik.

Menurut emaknya tadi, dia tak mahu pergi ke mana-mana untuk berjumpa ustaz atau mana-mana perawat. Gamaknya emaknya cakap nak berjalan ke rumah pokcik bukannya berubat barulah dia mengikut...

Sesampainya tadi, emaknya datang bertiga bersama si sakit dan anak saudaranya. Setelah bersembang sebentar barulah emaknya beritahu agar usahakan anaknya itu dan meminta pokcik doakan air untuk seorang bayi yang menangis tak berhenti-henti sekiranya emaknya letakkannya di bawah... Pokcik hanya doakan air sahaja untuk bayi yang tidak dibawa itu kerana ingin menumpukan perhatian kepada si sakit.

Pokcik lihat dia tenang sahaja. Hantunya pun tenang juga gamaknya sebab mungkin tak menyangka dia datang untuk berubat. Pokcik memintanya duduk berlunjur mengadap kiblat.. Seluruh kaki hingga pahanya pokcik tutup dengan kain. Dia masih tenang tetapi mengambil sikap berdiam diri.

Sebaik sahaja ditutup kain seluruh kakinya itu pokcik terus ikhtiar memagarnya. Maksudnya sekali dengan jin.  Terkejut biawak gamaknya jin tu tapi dah terlambat. Pokcik memulakan proses sambil memejam mata. Terasa ada lintasan berwarna hitam. Wallahua"lam. Pokcik tak tahu makhluk apakah itu sebab sekali imbas sahaja.

Pokcik pun bertanya kepadanya sebelum tindakan selanjutnya. Dia kata berasa sangat sakit pada bahagian lutut dan kepalanya. Kepalanya berasa berat dan terasa dicucuk dengan jarum. Lututnya pula terasa amat sakit. Ketika proses dia mengalihkan sedikit kakinya.

Pokcik memberhentikan proses. Sakit katanya pada bahagian lutut itu. Pokcik teruskan seperti biasa. Pokcik ikhtiar bakar segalanya dan bermohon kepada Allah untuk membunuh makhluk itu. Setelah selesai pokcik bertanya lagi. Katanya kakinya iaitu pada bahagian lutut tadi semakin sakit. Adussss jarang berlalu begini kok... Hihihihihi.

Rupa-rupanya jin itu bukan berada di bahagian luar tetapi bawah kulitnya. Gamaknya apabila lapisan luar dibuka barulah dia terasa kesakitan yang sebenar. Tak apalah. Kali ni usaha menarik dari dalam pula. Tariklah mohong-mohong nampak bersungguh sikit. Hihihihihi....

Alhamdulillah dengan izin Allah dapat juga keluarkan. Hilang serta merta kesakitannya dengan izin Allah. Setelah itu bertumpu pula pada bahagian kepalanya. Alhamdulillah hilang serta merta kesakitannya dengan izin Allah. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan pada petang tadi.

Lebih kurang pukul 5.30 datang pula satu keluarga ke rumah pokcik. Tapi cukuplah kisah ini sahaja pokcik kongsikan nooo.. Moga berjumpa lagi sekiranya diberikan kesihatan yang baik oleh Allah. Lepas ni ada satu lagi. Pokcik hanya doakan air dari jauh sahaja. In shaa Allah. Apa pun moga Allah permudahkan.. Aamiin

Saturday 29 July 2017

PERIOD

Image result for assalamualaikum image


Alhamdulillah diberikan kesihatan yang baik oleh Allah jadinya boleh lagi pokcik dok taip kisah nii.. Dok tunggu sahabat-sahabat ahli group buat perkongsian ramai yang pemalu gamaknya.. Kakakkakakkakakka..

Petang tadi ada dua kes pokcik usahakan satu berdepan dan satu jarak jauh. Buat piii laa noo mohong-mohong puas dok saja. Hihi. Sesampainya pokcik di Tanah Putih tadi sebenarnya tiada niat nak ikhtiar sesiapa pun. Tapinya rupa-rupanya ada dah seminggu orang dok tunggu pokcik..

Elok saja parking kereta datang seorang perempuan tua. Pokcik tak kenal pun tapinya emak mertua pokcik kenal dia sebab dia merupakan pemandi jenazah. Elok dia sampai terus dia maii kat pokcik. Tak sempat nak feel rokok aih.. Baru dia nak cerita masalah, pokcik suruh dia masuk ke dalam rumah. Takkan nak sembang kat luar rumah kot.. Hihihihihi.

Sebaik sahaja dia masuk, dia seperti kalut sangat.  Dia bercerita tergopoh-gapah seperti sedang mengejar sesuatu. Sambil mendengus dia kata saka suaminya nak balik rumah padahal bukan gilirannya. Giliran isteri pertama katanya..

Setiap kali dia nak piii berubat ada saja halangan termasuk kejadian petang tadi. Suaminya juga seorang perawat pusat perubatan Islam di  Kuantan. Tapinya suaminya naik hairan sebab langsung tak dapat hampir dengannya. Entahlah apa halangan pun pokcik tak nak tanya..

Katanya pernah dia berubat, perawat nak potong limau tetapi tak boleh atau tak lut.  Apabila perawat itu kata kita sama-sama keturunan Wan baru limau itu boleh dipotong.  Macam-macam lagi dia cerita dalam dok kalut pun termasuk ketika di berubat di Kelantan.

Tapinya satu sahaja keistimewaan dia sejak kecil. Katanya dia boleh cerita perihal orang yang bercakap dengannya satu persatu terutama perilaku yang buruk.  Boleh kata apa yang diperkatakannya benar.  Sebab itu apabila berubat di rumahnya, suaminya rileks saja.  Dia boleh pulak cerita satu persatu perihal orang yang datang itu..

Alamak berdebar dah pokcik.  Maklumlah ramai anak dara,  janda berhias dan mokcik-mokcik dok tergilakan pokcik.  Kakakkakakkakakka. Tu pokcik tambah saja. Orang tua bangka sapalah dok tergilakan.  Jalan pun semput.  Jalan setapak berhenti tiga minit.. Hihihihihi..

Katanya dah banyak kali dia datang nak jumpa pokcik tapi ada saja halangan. Nak dijadikan cerita, orang yang bawak dia maii ke rumah pun kena juga. Jin padanya terus lepak atas belakang dan bahu orang itu.. Naya betul. Orang tu nak minta nombor telefon pokcik tapi orang rumah pokcik tak bagi. Dia tahu pokcik payah nak angkat panggilan. Tambahan pulak masa tu pokcik demam...

Dipendekkan cerita pokcik tanya dia sempat kaa kalau ikhtiar ni.. Dia kata sempat kalau buat cepat-cepat.  Boleh pokcik kata. Pokcik scan laa mohong-mohong.  Nampaknya ada masalah pada tutttttt, bahu kanannya dan kepala. Rupa-rupanya dia ada masalah darah period tak berhenti dah lima tahun..  Tudia aih...

Kasihan noo.. Doktor pun buntu sebab tak boleh nak bedah dia. Pisau tak lut kaa apa kaa wallahua'lam. Sampaikan doktor minta dia berubat cara kampung. Suami perawat lagi laa senang. Hihihihihi. Tapinya suaminya pun tak boleh nak rapat. Itu tak termasuk ceritanya orang jadi histeria ketika dia pii berubat. Pokcik tak histeria laa sebab kalau muda tu tak payah nampak hantu pun pokcik buat-buat takut.. Tempek rapat sikit... Takutnyaaaa.. Kakakkakakkakakka. Ada laa tu dok kata pokcik gataiii.  Kakakkakakkakakka...

Dah scan lebih kurang pokcik pokcik pun mulalah slow-slow layan. Dia pejam mata. Haih risau juga sebab katanya banyak kali dah dia berlawan dengan seorang perempuan ketika dia berubat. Ini termasuklah ketika dia di hospital. Main tarik-tarik rambut laa tu.. Real katanya dia berlawan dengan perempuan itu.. Terasa rambut dan sebagainya..

Risau juga dia tarik rambut pokcik pastu piii tempek kat dia.. Risau oo pokcik nii pemalu.. Hihihihihi.  Masa pun suntuk, pokcik hemboihh pii laa ludah sikit-sikit gamaknya. Dia pejam mata macam orang tengah tidur.. Tudia aih mujur tak berdengkur.. Tiap kali pokcik hemboihh hanya kaki saja bergerak-gerak..

Dia tetap pejam. Elok saja tak dak mengamuk pun. Haih buat suspens saja. Ingatkan mengamuk bagai. Tarik keluar satu-satu dari bahagian tuttt, bahu kanannya dan kepalanya. Lepas tarik kat  tuttt tu, pokcik ikhtiar hentikan darahnya. Dalam 25 minit lebih kurang pokcik pun selesai..

Alhamdulillah tak ada perkara yang tak diingini berlaku. Perempuan yang selalu datang ganggu dan kata padanya jangan harap nak berubat,  aku akan ganggu kamu sampai mati, pun tak memunculkan diri.. Entahlah noo. Daripada ceritanya sampaikan dia dah putus asa dan tak mahu berubat lagi sebab tiada perubahan.

Kasihan kalau kena pesakit macam nii.. Panas katanya selepas pokcik selesai.. Alaa doa kat Allah agar bakar hangus jadi debu saja kalau Allah izin. Bukan buat apa pun. Hihihihihi. Kalau Allah izin Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat sebab dah memudahkan seorang lagi hamba Allah untuk beribadah..

Apabila dia nak balik dia tanya lagi.. Kena datang lagi ke atau ada susulan..  Pokcik kata tunggulah tengok dua tiga hari lagi.  Yee laa noo, kalau dah kering dan tak keluar lagi darah period nak maiii buat apa lagi.. Tadi kata dah putus asa berubat dan kecewa sebab langsung tak ada perubahan berubat sebelum ini.. Kaaa terpikat dengan ketampanan pokcik tua bangka ganyut ni.. Kakakkakakkakakka. Dok kata pokcik perasan laa tu. Hihihihihi. Tak paaa janji layan. Wassalam.

Sunday 23 July 2017

DOAKAN AIR

Image result for assalamualaikum image

Ini juga merupakan kes yang pokcik usahakan semalam. Oleh sebab sudah lewat dan pokcik berjanji dengan hamba Allah yang menderita sakit 10 tahun dan tidak boleh tidur malam itu terlebih dahulu maka pokcik hanya meminta dia sediakan air dan pokcik doakan dari jauh.

Apapun alhamdulillah Allah permudahkan urusan. In shaa Allah kalau ada kelapangan, pokcik akan updated kisah ini. Sementara itu, sahabat boleh baca kisahnya melalui perbualan pokcik dengan hamba Allah ini di bawah. Wassalam..




10 TAHUN MENDERITA

Image result for assalamualaikum image

Alhamdulillah dipertemukan lagi. Kali ini tentang seorang hamba Allah dari Perak. Apabila mendengar kisahnya yang menderita sekian lama kasihan pula. Tambahan pula dengar katanya sudah dua tahun tidak boleh tidur malam. Lebih kurang pukul empat pagi baru boleh melelapkan mata.

Seperti biasa apabila dihubungi, pokcik akan mengesyorkan dia agar berusaha berdepan dahulu. Bukan apa, ada sesetengah orang yang suka mengambil langkah mudah. Tidak perlu berusaha mencari perawat untuk berikhtiar. Mereka lebih senang duduk di rumah tanpa perlu berbuat apa-apa.

Namun tidak semua begitu. Ada yang telah berpuluh tahun, dan ada berbelas tahun berusaha namun masih tidak diberikan kesembuhan oleh Allah. Insan sebegini selalunya menjadi keutamaan pokcik. Namun begitu, pokcik bukannya arif. Pokcik hanya berusaha dan mengharapkan ehsan Allah semata-mata.

Apabila diceritakan kepada pokcik tentang cerita perawat tentang penyakitnya maka cepat-cepat pokcik pintas. Biarlah kita besederhana dan bukannya menokok tambah cerita bagi melariskan PERNIAGAAN pusat perubatan kita. Kalau cerita kita hebat namun pesakit masih juga seperti itu bolehlah kita masuk pertandingan cerita dongeng peringkat kebangsaan..


Hahahahaha. Jangan marah noo. Nasihat.. Letih pulak pokcik nak berceloteh panjang. Ada masa nanti pokcik updated kisah ini. Nak lebih faham sahabat bacalah dulu snap shot perbualan pokcik dengan si sakit yang pokcik usahakan malam tadi. Wallahua'lam. Salam hormat.









Saturday 22 July 2017

PEDANG GOBLIN

Image result for assalamualaikum image

Alhamdulillah bersua lagi buat sekian kalinya. Kali ni pokcik nak kongsikan rentetan kisah seorang hamba Allah yang pokcik usahakan malam tadi. Pokcik masih tertanya-tanya bagaimana segelintir orang masih suka mewujudkan ilusi sendiri tetapi orang yang benar-benar ada senjata ghoib bagai ini tidak berminat  dan berasa tidak selesa dengan keadaan itu.

Pokcik tidak dapat menunjukkan perbualan kami kerana hamba Allah ini menelefon pokcik selepas pokcik ikhtiarkan semalam. Hanya Allah menjadi saksi apa yang pokcik tulis ini. Hamba Allah ini juga berada dalam group ini. Alkisah asalnya suasana ketika bermulanya dia memperoleh senjata ghoib adalah melalui mimpi.

Dalam mimpi itu dan  seorang hamba Allah yang lain berada di sebatang sungai. Dipendekkan cerita dia menghulurkan tangan ke arah sebatang buluh yang sedang hanyut. Tiba-tiba buluh itu sudah berada dalam genggaman tangannya. Apabila diurut beberapa kali, buluh itu menjadi sebilah pedang. Pedang itu akhirkan disisipkam di belakangnya. Sesiapa yang pernah melihat cerita  Korea  Goblin, dia akan dapat membayangkan keadaan pedang itu. Pedang itu katanya terasa nyata dan dia dapat merasa pedang itu apabila menyentuhnya. Pernah dia pergi ke sebuah rumah. Ketika itu seorang perawat sedang merawat pesakit yang kerasukan.

Naik pening perawat itu berdepan dengan pesakit itu. Setibanya dia, pesakit itu menengoknya membawa  pedang. Pesakit itu menjadi takut dan apabila hamba Allah ini menyuruh jin itu keluar kalau tak mahu dilibas,  senang sahaja jin itu pergi. Terpinga-pinga juga  perawat tu  gamaknya. Maklumlah dia bukan main lagi dok ikhtiarkan tetapi jin tu degil. Hamba Allah ni suruh lembut saja jin tu dah keluar.

Apabila dah lama pedang itu ada padanya maka dia berasa tidak selesa. Merata dia pii untuk buangkan senjata yang ada padanya itu. Kebanyakan perawat yang dia pergi semuanya mengatakan itu miliknya diberi oleh seorang Pak Sheikh ghoib. Tudia aih. Sesiapa yang terpesona pasti akan hanyut dalam permainan jin itu. Yang perawat dok galakkan pesakit menyimpan benda-benda yang bukan-bukan ini pelik juga pokcik. Pokcik mudah saja, tak mampu buang minta pesakit pii cari perawat lain. Bukannya menutup kelemahan diri dengan mengadakan cerita kayangan bagai.

Hinggalah dua malam lepas , hamba Allah ni masih tak putus asa. Kali ini dia berjumpa dengan perawat seramai empat orang. Mungkin dari sebuah pusat perubatan Islam le tu.  Kali ini masalahnya bukan sahaja pedang tetapi lehernya seperti ada rantai, kalung dan seumpamanya. Berat katanya dok bawa benda alah tu di leher. Katanya dia juga dapat merasa seperti ada kerongsang pada bahagian keningnya.

Sesampainya di depan perawat berempat itu, tiba-tiba perawat itu menjadi sedih. Tudia aih, biasanya jin yang sedih. Ni perawat yang sedih. Macam bela jin saja. Kakakkakakkakakka. Katanya mereka memberitahu dia ada rantai, baju perisai, tengkolok dan sebagainya. Lagaknya seperti orang bangsawan zaman dahulu. Katanya keturunan Megat. Maka berlakulah pertempuran gamaknya antara mereka. Empat melawan satu.

Kalah satu laa. Hahahhahahhah. Rantai dicabut oleh empat orang perawat tu. Lega sekejap gamaknya. Berselang lima minit rantai itu datang kembali.  Depa naik buntu dan memberitahu pakaiannya tidak dapat dibuang kerana itu miliknya.

Hamba Allah ini balik ke rumah dan menelefon pokcik menceritakan perkara itu pagi semalam. Dia bertanya adakah itu pergi pemberian keturunannya dan tak boleh ditanggalkan. Jawapan pokcik mudah. Tiada yang mustahil bagi Allah. Kita bermohonlah kepadaNya. Jangan hanyut dengan permainan jin dan syaitan. Pokcik tak menjanjikan apa-apa kepadanya kerana tiada daya upaya pokcik melainkan mengharapkan ehsan daripada Allah. Tak sabar katanya nak tunggu malam. Hihihihihi.

Lebih kurang pukul 9 malam dia menghubungi pokcik tetapi ada sesuatu yang pokcik sedang lakukan. Bukan apa pun, istighfar dan sebagainya sikit-sikit. Maklumlah, nak harapkan redha Allah dan moga Allah permudahkan segala urusan. Dosa banyak juga maka istighfar sajalah moga hilang satu persatu titik hitam di hati. Alhamdulillah lebih kurang pukul 9.45 pokcik pula menghubunginya agar bersedia.

Pokcik mula berdoa dan mula ikhtiarkan hamba Allah ini. Tengkolok kaa, baju besi kaa, rantai kaa, semuanya pokcik mohon pada Allah agar dihancurkan. Jin tiada hak ke atas diri kita. Siapa mereka untuk memberi pakaian dan sebagainya kepada kita. Semuanya pokcik doa agar lebur dan cair. Pakaian baju besinya pokcik lorotkan. Cabut dan memohon agar Allah menghancurkan semuanya.

Perkara terakhir yang pokcik lakukan ialah mencabut pedang yang tertanam di belakangnya. Perlan-lahan pedang itu naik dan keluar dari tubuhnya. Alhamdulillah selesai dan dipermudahkan oleh Allah. Setelah itu pokcik mesejnya semua untuk bertanya apa yang dia rasakan. Dia minta izin untuk menelefon pokcik.

Menurutnya kakinya menggeletar. Seperti ada satu tenaga yang bergerak ke atas dan ke bawah dalam badannya. Setelah itu dia terasa sesuatu direntap keluar.  Sakit sekali dia terasa punggungnya terangkat dan terasa perlahan-lahan pedang di belakangnya keluar seperti dicabut. Alhamdulillah setelah itu dia terasa tenang dan ringan katanya.

Tiada lagi rantai yang membelenggu di lehernya. Nasihat pokcik padanya selepas ini makin dekatkan diri kepada Allah. Jin apa semua dan pakaian besi apa semua itu hanyalah pancingan mereka agar kita hanyut dalam permainan mereka. Pak Sheikh laa sangat. Kakakkakakkakakka. Tiada daya upaya makhluk dan tiada kudrat makhluk. Semuanya ehsan Allah. Sekian. Wallahua"lam. Salam hormat.

Friday 21 July 2017

SAKA VS SIHIR

Image result for assalamualaikum image

Alhamdulillah dipertemukan  lagi sekali oleh Allah.  Kali ini berkisar tentang saka vs sihir. Saka ni kononnya diperturunkan oleh generasi terdahulu untuk menjaga anak cucu. Bukan main  lagi taatnya saka ini kepada tuannya  Kepada Allah sudah tentula mereka tidak taat kerana Allah  tidak membenarkan mereka mencampuri urusan manusia.

Dalam kes kali ini, seorang hamba Allah menghubungi pokcik untuk memberitahu perihalnya yang dikatakan disihir oleh madunya. Rumahnya sering ada gangguan dan dia dikatakan selalu melihat serangga dan binatang bisa di dalam rumahnya. Bayangkan, reriang hutan pun sudah sebesar tapak tangan. Hihihihihi. Katak yang dijumpai agak-agaknya besar mana ye.. Hahahhahhaha.

Tanah kubur katanya antara perkara yang biasa dijumpai dalam rumahnya.  Pelik juga tu macam mana dia tahu.  Mungkin ada perawat yang telah memberitahunya. Banyak juga nama besar yang dia telah pergi.  Macam pokcik selalu cakap. Kesembuhan  bukan kerana namanya tapi atas keizinan dan kehendak Allah.

Hamba Allah ni juga beritahu pokcik dia sering bermimpi berlawan dengan ahli sihir yang menyihirnya. Kebanyakannya dia laa menang katanya. Biasalah hero ngan heroin Tamil dalam filem jarang kalah. Menang diorang terer habis. Pokcik peminat  Rajinikanth. Hihihi.

Yang paling pokcik tertarik ialah dia dikatakan dapat menghidu dan tahu gangguan yang datang. Bagaimana dia rasa dan bagaimana dia tahu ? Ternyata ada SAKA padanya. SAKA ada tetapi tetap disihir.  Macam mana tu?  Katanya nak melindungi anak cucu. Tapinya anak cucu diserang sihir kenapa pula tak protect. Menunjukkan makhluk tiada kudrat dan kuasa melainkan dengan seizin Allah.

Yang makin pelik, dia  seolah-olah dipukau  oleh madunya. Apa tidaknya, nak rambut dia bagi rambut. Entah apa lagi dibaginya. Tak apa laa tu. SAKA yang datang bukan kehendak kita. Yang selalu pokcik tekankan ialah perihal orang yang bangga apabila ada saka padanya.  Macam-macamlah fatwa sendiri yang keluar bagi membolehkan penggunaannya. Diorang tak mengambil ikhtibar dengan peristiwa yang berlaku kepada saudara seagama ketika menghadapi sakaratul maut sebelum kita.

Ada pun jadi dua kerja laa pokcik dalam kes ini. Menguruskan sakanya dan sihir yang dihantar kepadanya. Alhamdulillah muntah bagai dia. Sakit katanya ketika muntah seperti ada memuntahkan sesuatu benda yang besar dari dalam perutnya. Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar. Cuma satu saja ingatan pokcik. Jangan bangga dan bergantung dengan jin saka bagai ini. Jangan mengagumi mereka kerana ini akan membuatkan mereka lebih besar dan sombong. Moga berjumpa lagi.  Wallahua"lam. Salam hormat.




























Thursday 20 July 2017

DISANGKA DILUDAH JIN


Image result for assalamualaikum image



Bagaimana kita nak ubah pandangan atau nasihat agar tidak terlalu taksub?

Asal sakit kepala katanya jin dok bergendang dan main drum dalam kepala padahal kita tahu dia ada darah tinggi.

Asal kereta rosak, jin dok kerkah enjin. Padahal kereta dah 30 tahun. Ada laa rosak sana sini. Suruh baca yaasin sendiri dan spray air kat kereta xnak buat. Minta jugaklah kita doakan air.

Asal meniaga merosot dan tak laku jualan kuih-muih dan makanan kononnya ada orang dengki dan letak barang kat gerai. Biasalah orang tua berniaga. Kalau Limah janda seksi yg jual mesti laku walaupun tak sedap.

Asal angin bertiup kencang atau pokok bergoyang ditiup angin dikatakan jin berebut tempat tinggal. Sekor tak nak tidur kat bawah pokok takut kena kerkah dgn anjing gila... kakakkakakkaka.. Yang ni pokcik saja-saja tambah..

Kes kali ini berkaitan dengan penyakit gatal kulit yang dialami oleh anaknya. Sebenarnya kes ini berlaku malam tadi sahaja. Ketika pokcik sedang bersiap untuk tidur tiba-tiba hamba Allah ini menghubungi pokcik. Menurutnya anaknya tidak dapat tidur kerana gatal. Dia juga kaitkan dengan masalah diludah jin yang pernah pokcik kongsikan dahulu.

Dia dah ke klinik katanya tetapi masalah kegatalan kulit anak anaknya hanya reda sekejap sahaja. Sebaik sahaja sampai di rumah, ia berlaku semula. Ternyata anaknya tiada masalah berkaitan mistik. Namun begitu pokcik usahakan juga berdoa kepada Allah agar diambil kegatalan itu agar anak kecil itu dapat tidur. Tambahan pula pokcik pun dah mengantuk.. Hihihihihi...

Alhamdulillah anak kecil itu dapat tidur. Pagi ini pokcik tanya lagi. Katanya ada tanda akan naik lagi gatal di belakang badan anaknya. Pokcik meminta dia melumurkan kunyit dan garam kasar pada badan anaknya. Alhamdulillah masalah selesai.





Apa

Tuesday 18 July 2017

SANTAU

Image result for assalamualaikum image

Alhamdulillah dipanjangkan usia sedetik lagi oleh Allah. Kali ni pokcik nak berbicara tentang santau. Bahaya mainan santau ini. Ini kali kedua pokcik usahakan dari jauh perihal santau ini. Dahulu pernah pokcik usahakan seorang hamba perempuan beragama Kristian dari Sarawak yang disantau dan di voodoo. Pokcik telah kongsikan kisahnya dahulu.

Kali ini pokcik usahakan seorang hamba Allah dari Kuala Lumpur kalau tak salah pokcik. Bukan apa, pokcik jarang bertanya diorang dari mana. Bagi pokcik walau di mana kita berada, rahmat Allah akan sentiasa bersama. In shaa Allah.

Sebenarnya hamba Allah ini pokcik usahakan pada sebelah malam. Dia dikatakan muntah dengan teruk dan keadaannya amat lemah. Apa pun pokcik memintanya memintanya minum banyak air dan berehat secukupnya dengan harapan dia akan kembali pulih seperti biasa keesokan harinya. Namun begitu lebih kurang pukul sebelas pagi dia menghubungi pokcik.

Ketika itu dia berada dalam kereta kerana menunggu anaknya di sekolah. Ketika menghubungi pokcik dia dikatakan sedang sendawa dengan teruk tetapi tidak muntah. Mungkin masih ada lagi saki baki santau di dalam badannya yang tidak keluar  habis pada malam itu. Nak dijadikan cerita, ketika itu pokcik juga sedang berada di dalam kereta menunggu orang rumah pokcik yang ada temujanji di sebuah klinik di Indera Mahkota.

Boring juga menunggu ni. Nak balut rokok daun nanti tak pasal-pasal pulak kena saman. Maklumlah kawasan larangan merokok. Apabila menerima mesej daripada hamba Allah ini, pokcik pun usahakannya dari dalam kereta pokcik. Kebetulan pula kedudukan kereta pokcik menghala ke arah jalan besar. Sudah tentulah tiada orang yang perasan sekiranya pokcik usahakan hamba Allah ini..

Apa pun, alhamdulillah. Usaha kali ini sekali lagi allah permudahkan. Dia mula muntah dengan tidak berhenti-henti. Terkejut juga gamaknya anaknya itu yang berada bersama hamba Allah ini ketika itu. Nak buat macam mana, kebetulan pula pokcik free ketika itu. Jadinya pokcik usahakan juga sebagai ehsan sesama makhluk.. Anaknya takut, suaranya pun berubah tetapi alhamdulillah tidak kerasukan. Moga dia diberikan kesihatan yang selepas itu.. In shaa Allah.

Moga berjumpa lagi pada waktu yang lain sekiranya diberikan kelapangan dan kesihatan yang baik oleh Allah. Moga kita semua terhindar daripada gangguan jin dan syaitan sehingga terganggu amal dan ibadat. Ujian menguji kesabaran  kita tetapi teguran Allah juga kita perlu ambil kira kerana datangnya untuk mengingati kita agar jangan lalai dalam mengingatiNya. Moga kita semua dalam pemuliharaanNya. Aamiin..












Friday 14 July 2017

JALAN SEPERTI NENEK

Image result for assalamualaikum image

Semalam pokcik dihubungi oleh seorang hamba Allah. Dia menceritakan perihsl keris yang disimpan di rumah seorang ustaz. Katanya dah lama kerisnya itu disimpan iaitu selama tiga tahun. Pelik jugalah apabila sesetengah perawat menyimpan keris pesakit tapi tak berbuat  apa-apa.  Pesakit masih kena ganggu. Simpan buat koleksi kot. Hihihihi..

Katanya juga pelbagai alasan diberikan oleh ustaz itu untuk menyimpan kerisnya. Sibuk  katanya. Tiada di rumah dan sebagainya. Ketika dia tidak menyebut ingin mengambil keris itu, ada pula ustaz itu  di rumah. Katanya kerisnya itu dah bertukar sarung dan ulunya. Haih takkan keris orang disiapkan dan ditukar itu dan ini. Macam nak buat harta sendiri pula gayanya.

Apa yang pokcik hairankan ialah dia tidak berbuat apa-apa tentang saka yang menghuni keris itu. Pelik jugalah sampai tiga tahun tetapi tidak ada sebarang tindakan yang dilakukan oleh ustaz itu. Saka yang menghuni di keris itu masih juga mengganggu pesakit.

Nak dijadikan cerita, ketika menghubungi pokcik, hamba Allah ini sedang sakit kaki. Sudah lima hari katanya. Jalan pun dah seperti seorang nenek. Biasalah kan. Ada sakit fizikal dan ada sakit kerana gangguan. Dia bertanya kepada pokcik bagaimana ingin membezakan sakit fizikal biasa atau akibat gangguan makhluk halus ini.

Kebiasaannya para pesakit perlu diperiksa oleh perawat untuk mendapatkan kepastian. Namun ada satu cara yang mudah dan biasa dilakukan oleh kebanyakan orang lain iaitu dengan cara memasang CD ruqyah. Namun risiko berlaku kerasukan tetap ada dan jangan sesekali mencubanya ketika tinggal seorang.

Katanya dia sudah cuba memasang CD ruqyah dan kakinya terasa seperti diketuk dengan kuat. Gangguan panas laa tu. Elok hentikan dan cuba cari perawat terdekat. Paling elok sekiranya ada dalam kalangan ahli keluarga yang agak mahir dalam pengendalian makhluk halus ini. Apa pun katanya suaminya pandai ruqyah dan dia sendiri pun tahu juga serba serba sedikit. Eloklah macam tu.

Apa pun dengan izin Allah, ketika berbual dengan pokcik gangguan itu sudah kepanasan dan tidak senang duduk. Nak lari gayanya. Eloklah tu. Menyusahkan sahaja hamba Allah  untuk beramal ibadat. Apa pun alhamdulillah, dengan izinNya makhluk itu lari dan dia mula menunjukkan perubahan yang positif.

Kalau dia lari kira ok laa, tidak seperti hamba Allah tempoh hari yang dirasuk dan mencabar pokcik. Bukan main lagi jin ni. Cabar tapi dia tak tunggu pulak. Hahahahahahaha. Macam-macam permainan jin ini. Dia suka mewujudkan suasana yang tegang dan lebih parah lagi ada juga yang hanyut dalam permainan mereka. Dengan ini mmaka timbullah istilah jin atau saka baik dan saka jahat. Hihihihi. Mudah saja. Jin fasik saja yang mengganggu urusan manusia. Selebihnya tepuk dada tanya iman. Nak hebat Allah berikan kehebatan tetapi balasan Allah itu adalah pasti. Sekian. Wallahua'lam.



Monday 10 July 2017

MEROYAN

Image result for assalamualaikum image

Kali ini pokcik ingin kongsikan kisah tentang meroyan. Meroyan biasanya dialami oleh kaum hawa semasa pantang. Ketika ini emosi mereka tidak stabil. Suaminya berperanan untuk menjaga emosi isterinya agar tidak terlalu tertekan. Apabila berlaku tekanan yang melampau, jiwanya mudah diserap dan diambil kesempatan oleh jin.

Seorang hamba Allah telah menceritakan perihal adik ipar sahabatnya di Rantau Panjang Kelantan yang mengalami masalah meroyan. Dia kongsikan dalam group pokcik. Asalnya pokcik ingin meminta sahabat-sahabat yang lain untuk mengusahakan kes ini. Namun begitu setelah berlaku tolak-menolak sesama ahli maka pokcik telah mengambil keputusan untuk pm hamba Allah ini.

Dalam group ini dia telah memberitahu bahawa hamba Allah yang meroyan ini telah diikhtiarkan oleh para perawat yang terdiri daripada bomoh dan ustaz namun masih belum menemui jawapan. Katanya lagi setiap usaha para perawat itu menemui jalan buntu. Dia seolah-olah langsung tidak




terkesan dengan rawatan yang telah dilakukan terhadapnya.

Katanya lagi, kini jumlah perawat yang datang ke rumahnya telah mencecah seramai 26 orang. Parah juga laa. Bukan setakat pesakit, orang yang meminta diusahakan hamba Allah ini juga mengeluarkan belanja yang besar. Pendek kata, sesiapa sahaja menyebut nama perawat maka mereka akan berusaha untuk mendapatkannya. Begitulah usaha bersungguh-sungguh yang dilakukan namun masih belum menemui jawapan.

Pokcik ingin sertakan sekali perbualan dalam group namun terpaksa membatalkannya kerana terdapat nama dan gambar sahabat-sahabat dan hamba Allah yang ingin meminta bantuan daripada ahli group. Pokcik hanya sertakan bersama perkongsiannya dalam group FB, perbualan dengan pokcik melalui messenger dan perbualan hamba Allah ini bersama abang ipar si sakit yang dihantar oleh hamba Allah ini secara snap shot kepada pokcik.

Para perawat buntu kerana dia langsung tidak terkesan. Lebih parah lagi, dia menyikat rambut para perawat yang datang dan sedang melakukan proses merawatnya. Letih juga ye. Hihihihi. Macam mana agaknya keadaan perawat yang bersemuka dengannya ketika itu. Marah, geram, malu dan macam-macam perasaan gamaknya berlegar dalam benak mereka.

Pokcik menghubungi hamba Allah ini melalui messenger untuk bertanyakan lebih lanjut berkaitan dengan pesakit ini. Katanya sehari empat orang perawat akan dipanggil oleh keluarga si sakit untuk ikhtiarkannya. Banyak juga tu. Oleh sebab kasihan akan keadaan hamba Allah itu maka pokcik meminta dia menghantar gambar si sakit. Dia mendapatkan gambar si sakit daripada abang iparnya. Masih muda dan cantik orangnya. Dalam gambar itu dia bersama suami dan tiga orang anaknya. Anak yang baru dilahirkan ini mungkin anaknya yang keempat.

Setelah mendapat gambaran awal maka pokcik dapati ada beberapa bahagian yang terganggu dengan masalah jin iaitu pada bahagian kepala, dada dan alat sulitnya. Mungkin disebabkan jin itu bertapak di tempat alat sulitnya maka para perawat sukar untuk mencapai jin itu. Sebab itulah masalahnya susah ingin diselesaikan. Setelah itu, pokcik pun memberitahu kepada hamba Allah yang meminta ikhtiarkan adik ipar sahabatnya itu bahawa masalah ini biasanya boleh diselesaikan seizin Allah.


Kebiasaannya, bagi gangguan yang biasa mereka akan terkesan dan akan lari sekiranya kehadiran mereka kita sedari. Kebiasaannya mereka akan pergi dari situ seizin Allah apabila pokcik melihatnya. In shaa Allah. Itu apa yang pokcik beritahu kepada sahabat ini. Pokcik meminta dia memberitahu keadaan pesakit itu keesokan harinya. Alhamdulillah, keesokan harinya dia memberitahu hamba Allah itu sudah dapat mengenali anaknya, keluarganya, suaminya dan orang yang datang ke situ. Alhamdulillah.. Dia juga telah menghubungi suaminya yang telah membawa anak-anak mereka ke Johor.

Namun begitu tugas pokcik belum berakhir. Pokcik berjanji akan usahakan dan mengambil saki baki dan rumah jin itu yang terdapat dalam alat sulitnya. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan oleh Allah. Kini dia sudah sedar dan mengenali orang sekeliling. Abang iparnya juga menghubungi sahabat pokcik tadi untuk bertanya adakah dia boleh dan dibenarkan menyusui anaknya. In shaa Allah, memang dia sudah boleh namun perlu pemerhatian kerana bimbang juga keselamatan bayi itu.

Alhamdulillah semuanya Allah permudahkan biarpun pokcik hanya berusaha dan berdoa dari jauh. Moga berjumpa lagi pada lain masa. Kepada hamba Allah yang baru sahaja melahirkan bayi, janganlah terlalu mengikut perasaan. Sentiasalah mengingati Allah. Orang sekeliling juga janganlah terlalu menekan mereka. Moga semuanya selamat dengan mendapat perlindungan daripada Allah. Wallahua'lam. salam hormat.