Thursday 30 March 2017

SIHIR TAK MENGIRA SIAPA

Image result for assalamualaikum image

Perkongsian kali ni berkisar tentang tempias sihir tanpa mengira bangsa dan agama. Pendek kata sesiapa sahaja yang berkaitan dengan orang atau tempat yang nak disirkan tu memang silap-silap kena. Alkisah, baru tempoh hari pokcik ikhtiarkan dua orang yang kena tempias sihir. Sihir kat kedai, dua orang pekerja perempuan kena dan katanya berpusar di perut dan berat kat belakang. Sebelum tu seorang lelaki pokcik usahakan juga. Sambil minum pokcik  tangkap jin yang dok bergayut di belakang tengkuknya. Alhamdulillah laa Allah permudahkan ketiga-tiga kes tu.


Lepas saja pokcik selesai tangkap di belakang tengkuknya tu, kami dok borak laa. Dia kata, awat sorang pekerja tu tak kena. Pokcik kata nak kena lagu mana. Dah sama-sama geng. Tambahan pula dia beragama lain. Hamba Allah tu orang Myanmar. Lepas tu kami sembang laa santai-santai sambil pokcik menghabiskan minuman kat meja makan tu.

Elok piii makan semalam,sahabat dari Myanmar tu maiii duduk kat pokcik. Hihihihi. Katanya telinganya berdengung. Dia macam melayang saja. Orang bercakap tiga empat kali baru dia faham. Itu pun dia akan tanya lagi ketika mengambil order. Dia kata macam orang high. Nak kata tak cukup tidur, cukup katanya.

Ok laa pokcik kata. Kali ni pokcik ikhtiarkan ambik pulak benda dalam telinga dia tu. Alhamdulillah selesai. Rupa-rupanya tempias sihir ni tak kira siapa. Tak kira bangsa apa. Tak kira agama apa. Jin tu redah semacam. Tak ada pilih kasih langsung. Boleh jugak lagu tu noo.. Hihihi. Wallahua'lam. Salam hormat dan selamat malam.