
Apa khabar semua sahabat? Tidur lena kot no. Semalam pokcik letih sangat. Boleh kata admin lain pun sama demi memastikan group yang disayangi ini aman damai dan sentiasa tenang agar perkongsian para sahabat dapat dibuat dengan baik dan terkawal. Baiklah, seperti dijanjikan pokcik akan menyambung kisah semalam. Ada yang dok tunggu kaa? Hihihihihi.
Pokcik membiarkan tuan rumah masuk ke dalam rumahnya terlebih dahulu. Pokcik tengok keadaan sahabat pokcik agak letih. Keletihan kerana muntah dan dia masih sendawa. Pokcik pun hemboiihh mana patut dan kemudian memagar sahabat pokcik. Alhamdulillah dia pun pulih dan bersemangat kembali. Kami pun masuk ke dalam rumah.
Apabila berada di dalam rumah, isteri tuan rumah iaitu si sakit mula bersuara. Katanya dahulu tiada gangguan di rumahnya. Sejak dibina rumah baru dan beralih tapak dia mula sakit. Kelibat sering kelihatan di rumahnya tu. Boleh kata siang atau malam kelibat sering kelihatan. Dia kini makin sakit dan tidak bermaya. Katanya, hampir kesemua perawat yang diketahui di Pahang telah dia temui.
Katanya disebabkan terlalu sakit dan berharapkan kesembuhan dia sanggup berjumpa dengan bomoh orang asli dan siam. Istighfar panjang pokcik mendengarnya.

Pokcik menjeling pada sahabat pokcik tadi. Menguap pulak tak berhenti. Adoiiiiii. Pokcik tahu ada tak kena dengan rumah tu. Hihihi. Inilah salah satu sebab pokcik membawa sahabat pokcik tu kerana dia dapat mengesan kehadiran entiti di sekitarnya dengan gerak tubuh. Dia mula tunduk dan tersengguk-sengguk. Pokcik faham dah laa. Ada laa tu. Hihihi.
Pokcik tanya pada tuan rumah, pernah tak ada sesuatu berbunyi di situ. Kata tuan rumah, di situlah selalu depa dengar bunyi bising seperti orang berlari dan sebagainya. Tanpa berlengah, pokcik terus cekup benda tu dengan izin Allah. Alhamdulillah keadaan kembali tenang dan aman. Kawan pokcik masih lagi menguap. Adoiiii tak selesai lagi gayanya. Adesss.