Friday 10 March 2017

Amalan Diri Episod 4

Image result for assalamualaikum image

Pokcik akan sambung kisah sebelum ini. Buat seketika pokcik lupakan perihal mimpi hamba Allah ini. Seperti dijanjikan pokcik meminta hamba Allah bersedia pada pukul 5.30 petang. Disebabkan ada perkara yang terpaksa pokcik utamakan maka pada pukul 5.45 petang pokcik menghubunginya. Dia sudah bersedia. Kali ini hamba Allah ini terus menghantar gambarnya dari bahagian tepi. Cukuplah sekadar tu kerana bukan pokcik nak tengok rupa pesakit pun sebenarnya. Kali ni pokcik cuba dapatkan gambaran secara lebih terperinci.

Apabila melihat secara lebih serius maka pokcik pun dapat juga gambaran secara tidak langsung. Tiba-tiba pokcik teringat akan mimpi sahabat ini. Katanya dalam mimpnya itu, dia dikatakan duduk di atas rumah. Dia boleh nampak ada ular di bawah rumah. Ular itu mengacau orang di situ.
Tiba-tiba, ada seseorang mengambil ular itu lalu diletakkan di hadapan pintu rumahnya. Ketika itu dia cepat-cepat menutup pintu rumahnya tetapi ular itu masih berjaya meloloskan diri dan masuk juga ke dalam rumahnya. Dia mengambil penyapu lidi lalu menghalau ular itu. Ular itu kemudiannya hilang entah ke mana.

Bagi pokcik, rumah itu melambangkan kehidupannya. Ular itu pula merupakan jin yang mengganggu. Lelaki yang meletakkan ular itu pula merupakan punca gamgguan itu. Dia menutup pintu tetapi ular itu masuk juga menunjukkan ada amalan diri yang diamalkannya yang mengundang jin untuk masuk ke dalam dirinya tanpa dia sedari.

Dia cuba menghalau ular itu dengan penyapu tetapi ular itu hilang, menunjukkan usaha yang dilakukan untuk menghentikan gangguan itu tetapi gagal kerana ia berpunca dari diri sendiri kerana mengamlkan sesuatu amalan tanpa menyedari bahaya kepada diri sendiri. Wallahua'lam.
Patutlah pokcik hairan kenapa setelah menghancurkan dan memusnahkan kediaman jin di dalam dirinya namun ada lagi yang mudah masuk. Ketika di scan ternyata terdapat jin dan gangguan pada keseluruhan tubuhnya kecuali bahagian lutut ke bawah.

Datang dari mana banyak-banyak macam tu padahal malam sebelum itu pokcik telah usahakan dan berjaya mengaut sebanyak mana jin dalam badannya dengan seizin Allah. Rupa-rupanya pokcik terlepas pandang perihal amalannya kerana tidak melihat secara keseluruhannya.

Setelah mendapat kesimpulan itu barulah pokcik tanya apakah amalan yang dibuatnya. Asalnya dia seperti berat hati untuk membertahu kepada pokcik. Biasalah, pokcik faham sangat. Mungkin dia tidak menyangka pokcik akan bertanya soalan sebegini. Namun begitu, setelah pokcik menekan akhirnya dia memberitahu apakah amalan yang dibuatnya. Katanya dia mengamalkan LAM. Adakah amalan LAM mengundang jin?