Assalamualaikum. Alhamdulillah dipertemukan lagi buat sekian kalinya. Setiap perkongsian pokcik bukanlah untuk mengaibkan sesiapa kerana pokcik tidak menyebut nama dan sebagainya. Anggaplah ia perkongsian ilmu agar orang lain boleh mendapat manfaat dan tidak terjerumus secara tidak sengaja seperti yang kita lalui. Kali ni pokcik nak rangkumkan pelbagai kes yang melibatkan amalan diri ini. Bagi pokcik sendiri masalah amalan diri merupakan salah satu cabaran kepada para perawat. Tambahan pula pesakit merahsiakan apa yang diamalkan oleh mereka bagi mengelakkan diri dinasihati oleh perawat.
Selalunya mereka akan menceritakan perihal sakit yang dihadapi dan
menyalahkan penyihir dan memberitahu perawat mereka sudah lama disihir
dan sebagainya. Bagi pokcik sendiri, bab amalan diri ni seperti sengaja
menempah penyakit. Alkisah, baru-baru ini pokcik dihubungi oleh seorang
hamba Allah dari Terengganu. Menurutnya tiap kali keluar dari rumah dia
akan berdebar dan gelisah.
Dia juga berasa tidak selesa dan terasa perutnya mencengkam seperti ada benda hidup dalam perutnya. Memang ada laa benda hidup dalam perut seperti cacing kerawit dan sebagainya takkan badak sumbu pulak dok landing dalam perut. Kakakkakkakakka. Tapi kali ni cacing kerawit pun bukan badak sumbu pun bukan. Apa agaknya...
Dia takut ingin keluar dari rumah. Takut apa pokcik tak tanya pulak. Kasihan juga pokcik dengar dia terpaksa lalui keadaan seperti ini. Kehidupannya kini dikatakan tidak tentu arah. Tambahan pula hamba Allah ini merupakan salah seorang pelajar yang mengambil pinjaman PTPTN. Bagaimana dia ingin bekerja dan membayar semula pinjamannya itu? Pokcik juga bersimpati dengan luahan hatinya. Dia juga memberitahu dia ingin menjadi anak yang taat tetapi apakan daya keadaan dirinya membuatkan dia jadi tidak menentu. Luahan hatinya yang menginsafi diri juga membuatkan pokcik tersentuh. Katanya, kelak apa kebaikan yang ingin dibawa ketika mengadap Allah.
Katanya dia dah ikut semua saranan orang terdekat untuk berubat, tapi setiap kali berubat, dia akan mendapat mimpi. Katanya lagi ketika kali terakhir berubat , perawat menceritakan semua apa gangguan yang ada padanya. Kira hebatlah perawat tu sebab boleh bercerita satu persatu perihal pesakit. Hihihi. Dah cerita itu ini tapinya masalah tak selesai juga. Macam mana agaknya tu?
Kadang kala pokcik pelik juga dengan perangai sesetengah perawat. Mereka lebih suka bercerita daripada merawat agaknya. Entahlah. Kadang kala salah pesakit juga. Mereka suka bertanya itu ini kepada perawat. Bagi perawat yang suka mengambil kesempatan, mereka akan menokok tambah cerita agar menjadi lebih menarik. Tambah pulak cerita Iron Man menentang musuh lagilah menarik. Ternganga mulut pesakit dok dengar. Macam-macam.
Dunia ni menakutkan katanya................. Menakutkan? Mmmmm kenapa agaknya ye.
Bersambung...