Mata tak mengantuk lagi. Taip pii laa mohong-mohong noo. Tadi pokcik pergi ke Pekan Pahang nak menziarahi tok cik orang rumah. Uzur dah biasalah. Kita pun akan sampai masanya nanti. Kata emak saudaranya ustaz datang berubat dah tiga hari. Alhamdulillah ada perkembangan positif.
Apa pun biasalah orang tua. Kalau lemah ada saja yang datang mendekat. Tadi pun pokcik tengok curi-curi, maklumlah pokcik tak minat bab nak mempelawa diri ni. Lagi pun depa pun tak tahu pokcik boleh laa setakat hemboiihh mohong-mohong ni.. Apa pun pokcik sedih juga mendengar rintihan bapa saudara orang rumah tu.
Apabila panggil perawat dari Pusat Perubatan Islam yang terkenal ni depa maiii ramai. Beberapa kali dah dipanggil. Maiii pulak 10 orang. Maiii dari Kuantan pulak tu. Agak-agak nak bagi berapa dia kata kat pokcik. Paling kurang bagi 1k sekali dengan duit minyak. Haih kalau maiii dah lima kali berapa dah habis tu. Alhamdulillah juga semalam tiga hari baru ni perawat tu maiii sorang saja walaupun dari pusat perubatan yang sama.
Habis menziarahi pokcik terus balik ke Kuantan. Rancak mak mertua pokcik borak. Tiba-tiba keluarlah cerita 40 tahun dulu ketika dia bertemu dengan Tok Lela. Anggaran umur Tok Lela ketika itu katanya dalam lingkungan 70 tahun. Tok Lela ni dikatakan sama berjuang seperti Mat Kilau. Rumahnya di Nenasi Pekan ketika itu. Geng depa laa tu katanya.
Menurut mak mertua pokcik, ketika bertapa Tok Lela pernah berjumpa dengan Putri Gunung Ledang. Cantik katanya bersanggul dua dan berselendang. Dalam dok bertapa pun terlintas niat di hati. Cantiknya kalau dapat bini secantik dia.. Hihihi. Terus Puteri Gunung Ledang menjeling kepadanya ketika itu juga. Terus dia pengsan melihat kecantikan rupanya. Lawa sampai macam mana gamaknya sampai apabila dia tengok terus pengsan. Siapa tu Puteri Gunung Ledang? Hihihi. Moga berjumpa lagi. Wallahua'lam. Salam hormat.