Friday 10 March 2017

Amalan Diri Episod 5

Image result for assalamualaikum image

Episod sebelum ini pokcik habiskan dengan persoalan. Adakah Lam mengundang jin. Jawapannya yaa dan tidak. Memang ada lam yang mengundang jin dan menggunakan jin dan ada yang tidak. Namun begitu, pokcik tak mahu sentuh bab itu bagi menjaga sensitiviti pengamal lam yang berkenaan.Berbalik kepada kisah kali ini, apabila pokcik tahu dia ada mengamalkan lam pokcik terus tanya siapa gurunya. Lama dia diam tanpa memberitahu kepada pokcik. Di sini sudah timbul satu persoalan. Kenapa perlu dirahsiakan? Pokcik bertanya berulang kali. Akhirnya dia memberitahu dia mengamalkan lam jalallah.

Waaa bagus dah ni. Tapi setahu pokcik pengamalnya perlu menutup sembilan pintu laluan jin sebelum memgamalkan lam jalallah ini. Kemungkinan diri terkena gangguan jin adalah sangat tipis tetapi tidak mustahil dengan kuasa Allah. Pokcik bertanya lagi, bagaimana mengamalkan lam jalallah tu. Lama juga dia mendiamkan diri.

Akhirnya dia mengaku ada.seorang kakak memberikan amalan itu kepadanya untuk diamalkan. Kakak mana pulak kali ni. Pengamal perubatan ke? Jawapannya ya. Nama seorang perawat wanita yang pokcik kenal melalui Facebook terpampang dengan screen shot hamba Allah ini. Sekarang dia bukan lagi ahli group ini. Hihihihi.

Tak apa laa siapa pun yang bagi asalkan bermanfaat. Pokcik minta dia tunjukkan amalan itu. Bukan pokcik nak belajar, hahahahhahahhaha tapinya nak tahu apa amalan lam jalallah ni. Adoiiii sekali lagi pokcik terkejut. Apa yang dia amalkan tu bukannya lam jalallah tetapi lam syahadah. Lam syahadah juga tiada masalah tetapi dari mana diambil amalan itu?

Ternyata perawat wanita tadi mengambil amalan ni dari Facebook seseorang hamba Allah. Hamba Allah itu pula mengambil dari sifu pokcik sendiri. Hamba Allah yang letakkan dan ajarkan lam syahadah ini juga sudah putus sanad dengan bekas gurunya. Banyak sekarang ni amalan copy paste dia Facebook. Ada juga perawat yang mengambil di mana-mana dan diam sahaja.seolah-olah itu ilmu dan amalannya.

Sekarang ini pesakit yang susah. Sakit bertambah sakit. Hamba Allah yang pokcik usahakan ini menjadi mangsa kedua yang pokcik ketahui. Sebelum ini bekas pesakit pokcik juga terkena. Hamba Allah ini dahulunya baran. Apabila pokcik usahakan barannya itu, alhamdulillah. Sehinggalah pada suatu hari dia pm pokcik mengatakan dia mengamalkan lam yang diajar di Facebook. Kini dia baran kembali. Sumber lam yang diambil itu sama dengan yang pesakit ini amalkan.
Bukan salah amalan lam syahadah itu tetapi sumber diperoleh. Bagaimana dengan sanadnya. Adakah terputus ataupun tidak? Semua itu perlu diambil kira, bukannya hanya mengambil sahaja. Tambahan pula kita amalkan tanpa berguru. Facebook atau buku bukannya guru tetapi sumber rujukan atau bahan rujukan. Bahan ialah suatu alat. Alat tidak boleh dijadikan guru. Habis, kalau tiada guru, siapa yang menjadi gurunya?