Monday, 20 March 2017

BUSUNG

Image result for assalamualaikum image
Alhamdulillah dipertemukan kembali. Kali ni pokcik nak kongsikan perihal busung. Mungkin ramai yang tak tahu kronologi kisah ni sebab haritu pokcik hanya menghantar perbualan antara pokcik dengan Nur Farisah Radzi. Suatu hari sahabat kita menghubungi pokcik kerana saudaranya di Perak mengalami masalah busung.

Biasalah ada perawat yang arif berdepan sahaja tetapi pokcik ni dua-dua tak arif. Haha haha. Apabila diberitahu akan hal ni maka pokcik mula teringat kisah sebelum ni. Alkisah seorang hamba Allah yang meminta pokcik ikhtiarkan sahabatnya yang terkena busung. Sahabatnya itu di Kuantan juga. Entah macam mana pada suatu hari pokcik terdengar dia dimasukkan ke hospital dan meninggal dua lebih kurang dua hari kemudian.

Peristiwa tu meninggalkan kesan yang mendalam kepada pokcik kerana tidak sempat usahakannya. Bukan pokcik kata kalau pokcik usahakan boleh sembuh tetapi sekurang-kurangnya pokcik telah berusaha. Allahu akbar. Akhirnya apabila Nur Farisah bagitau perihal saudaranya di Perak maka pokcik tak teragak-agak untuk ikhtiarkannya. Alhamdulillah dengan izin Allah dia kembali sihat dan menjalani kehidupan seperti biasa. Ada hikmah setiap yang berlaku.

Selang seminggu kemudian sahabat kita Nur Farisah bagitau pokcik lagi ada kes yang hampir sama tapi kali ni di Johor pula. Kali ni busung air. Dia ingin bekerjasama dengan pokcik untuk ikhtiarkan hamba Allah itu. Pada malam yang ditetapkan maka kami pun ikhtiarkan hamba Allah itu. Hamba Allah itu muntah dengan banyaknya mengeluarkan air bisa dan kekotoran dari badannya. Bahagian kakinya yang bengkak juga mengeluarkan bisa. Bisa tu terkena sahabat kita ni dan dia juga terpaksa membuat rawatan kpd diri sendiri.

Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan perutnya mula mengempis. Apabila pulang dari rumah Nur Farisah, suami hamba Allah ni pula yang sakit. Pada waktu inilah keajaiban berlaku dengan izin Allah. Menurut hamba Allah itu, ketika suaminya sedang sakit tiba-tiba pintu rumahnya diketuk. Ketika dia membukanya kelihatan pokcik dan Nur Farisah yang datang secara nyata padahal kami berada di rumah masing-masing pada malam kejadian.

Alhamdulillah suaminya kami ikhtiarkan katanya pada malam tu dan Alhamdulillah dengan izin Allah. Dengan izin Allah juga rambut hamba Allah yang putih apabila terkena busung tiba-tiba bertukar menjadi warna hitam semula. Inilah kebesaran Allah. Tak lama kemudian dengan izin Allah, ahli keluarga yang sihir padanya datang meminta maaf kerana orang yang sihirkannya juga terkena busung.

Semua yang berlaku adalah perancangan Allah Yang Maha Kuasa. Dia memafkan hamba Allah yang sihirkannya itu. Namun begitu tidak lama kemudian hamba Allah yang dah sembuh daripada busung ini pun menghembuskan nafas yang terakhir. Ini juga perancangan Allah. Tak kira kita sihat atau sakit apabila sudah sampai masanya maka tidak bertangguh walaupun sesaat.

Wajahnya ketika meninggal dunia kelihatan ceria dan berseri-seri katanya. Inilah mungkinberkat kesabaran dan sifat pemaaf yang ada pada dirinya biarpun dia dianiaya. Moga arwah ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yang beriman dan bertaqwa. Sekian saja perkongsian pada kali ni. Moga dapat memberikan manfaat dan dijadikan pengajaran. Moga berjumpa lagi. Wallahua'lam. Salam hormat dan salam sejahtera buat semua sahabat pokcik.