Saturday 11 March 2017

SYARAT TUBUH EPISOD 5

Image result for assalamualaikum image

Alhamdulillah bertemu lagi. Kita akan menelusuri bersama-sama sambungan kisah sebelum ini. Pokcik bertenang sebentar sambil berzikir di dalam hati. Pokcik mendekati pesakit dan meminta dia niatkan di dalam hati, tidak mahu ada apa-apa lagi jin atau syaitan yang berada dalam dirinya. Sambil itu pokcik juga meminta dia beristighfar banyak kali dan redha serta tidak mengingati lagi amalan yang pernah dilakukan.

Sambil berzikir dalam hati, pokcik memulakan langkah. Dia mengadu sakit pada bahagian itu. Katanya seperti ada benda atau sesuatu di situ. Nak tanya lebih-lebih pokcik pun segan, dia pun mungkin segan juga. Tanpa bercakap banyak pokcik mula membuka ruang pada bahagian itu secara batin bagi memudahkan urusan mengambil apa yang ada pada bahagian itu seizin Allah.

Pokcik memang tak pernah pegang pesakit perempuan tak kira apa masalah mereka. Dengan keyakinan itulah pokcik usahakan juga pesakit yang tinggal jauh dari rumah pokcik. Bukannya gunakan jin sebab tidak melibatkan sentuhan. Kalau pesakit berada berhampiran tetapi inginkan rawatan, pokcik akan menolak dengan elok kerana tiada kesungguhan di situ dan pokcik nampak lebih kepada mengambil kesempatan atas keprihatinan kita terhadap mereka.

Rawatan jarak jauh ni bagi pokcik amat penting. Andaikan seorang pesakit perempuan sakit pada waktu malam. Dia pulak tinggal seorang dan bujang, adakah kita nak ke rumah mereka pada lewat malam? Timbang-timbang sebelum membuat sesuatu kenyataan. Berbalik kepada kisah pesakit ini, dengan teliti dan yakin kepada Allah pokcik terus menarik keluar entiti yang menumpang padanya itu.

Alhamdulillah dia pun membertahu sudah tiada apa yang ada di situ. Terasa lega yang amat sangat. Setelah itu pokcik usahakan pula cucunya itu. Menurut emaknya, anaknya itu selalu bermain seorang tetapi seolah-olah mempunyai rakan bermain. Biasalah tu, pokcik pernah berjumpa kes seumpama itu sebelum ini. Ada juga budak yang dikatakan bermain dengan kawan itu menyorok di bawah meja apabila pokcik sampai ke rumahnya.

Seperti biasa pokcik usahakan. Budak down syndrom bukannya nak duduk senyap dan setempat. Pokcik ambil dari jauh juga ketika dia sedang leka bermain di pangkuan emaknya. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dengan izin Allah. Setelah berbual sebentar, mereka pun meminta diri untuk beransur pulang. Pokcik gembira apabila mereka kembali sihat dengan izin Allah. Itulah kemurahan dan kasih sayang yang Allah berikan kepada hambaNya.

Lama juga menyepi tiba-tiba si anak tadi menelefon pokcik kembali. Katanya anaknya dah alhamdulillah. Tidak lagi bermain-main seperti berkawan dengan sesuatu. Namun be gitu, emaknya sakit semula pada bahagian itu. Bahagian lain semuanya dah sembuh dengan izin Allah. Pokcik pun memberitahu dia, minta emaknya meminta maaf dengan suaminya. Mungkin ada sesuatu yang dilakukan tanpa pengetahuan dan redha suami. Pokcik tak memberitahu secara khusus apa masalahnya tetapi apa sahaja yang bersangkutan dengan suami, si isteri hendaklah memohon ampun kepada mereka.

Dia memahami apa yang pokcik katakan. Lama pokcik tidak mendengar khabar mereka selepas itu. Pokcik berdoa agar si ibu sihat seperti biasa. Kadang kala apabila berlaku sesuatu musibah kita tak perlu pergi jauh pun untuk berubat. Semak dalam diri dulu, apakah ini buatan orang ataupun kifarah daripada Allah untuk menghapuskan dosa silam kita. Harus kita ingat, kita manusia biasa dan bukannya maksum.
 https://scontent-kut2-1.xx.fbcdn.net/v/t1.0-9/16683943_215557608917651_4066880955471939168_n.jpg?oh=50000b5b7596b0729a93ebeccf625a13&oe=592B5AE2
Peristiwa dan kes ini juga membuatkan pokcik memuhasabah diri. Setakat ini, inilah satu-satunya kes yang menjadi persoalan dan masalah kepada pokcik. Pokcik juga harus sedar bahawa kita sebagai manusia biasa hanya mengharapkan ehsan Allah. Tiada daya upaya kita sekiranya itulah yang dikehendaki oleh Allah. Sekiranya Allah ingin menghapuskan dosa mereka dengan ditimpakan ujian tersebut maka siapa kita untuk mempersoalkan urusan Allah.

Perempuan juga haruslah ingat. Syurga isteri di bawah telapak kaki suami. Jangan derhaka dan taatilah suami anda.selagi dia tidak memyuruh melakukan kemungkaran. Walau seburuk dan sejahat mana suami anda, itu urusannya dengan Allah dan mereka tidak lepas untuk menjawab persoalan tentang tanggungjawab mereka terhadap isteri di akhirat kelak. Maaf andai ada terlanjur kata sepanjang perkongsian ini. Moga berjumpa lagi. Wallahualam. Salam hormat.