Saturday 1 April 2017

MEREMANG BULU ROMA

Image result for assalamualaikum image

Cerah biji mata ni. Awat tak tau. Pekena rokok daun kot no. Tu yang cerah biji mata. Time dok dengaq khutbah Jumaat bukan main lagi setan dok bergayut. Kali ni nak ceritakan kisah sebelum solat Jumaat tadi. Tadi pokcik bersolat di Masjid Tanah Putih Baru. Ada kaa sahabat dalam ni dok sana? Hihihi. Kalau ada boleh kenal-kenal. Pokcik selalu bawak kereta buruk pokcik. Tengok kereta paling buruk tu tegur-tegur laa. Tanya ni pokcik gm kaa. Hihihihihi.

Baik pokcik start cerita no. Elok pokcik sampai sana, seorang hamba Allah maiii kat pokcik. Elok saja dia maiii pokcik tengok bulu romanya meremang. Tak dan apa-apa dah meremang. Lain macam pulak. Sejuk katanya tapi berpeluh. Mmmmm. Macam mana tu. Badan sentiasa sejuk tapi berpeluh. Pelik jugak noo. Dadanya pun selalu berdebar katanya. Pulak.. Awat pulak jadi lagu tu.

Pokcik selalu juga berdebar kalau tengok janda umur 65 tahun berjalan. Sungguhpun begitu pokcik ni pemalu. Depa tengok pokcik, pokcik terus tundukkan muka. Kalau tak pun, pokcik buat-buat korek hidung bagi depa pandang tempat lain. Mesti depa tak tengok dah. Soheh dalam hati depa kata, dah laa tua. Pengotor pulak. Ada hati nak jeling janda bergetah. Bergetah kaa.. Umur 65. Getah laa tapi cair dah kot. Kena tangan tak berapa melekat kot no. Kakakakakakakkakakkaa. Gurau saja. Jangan marah. Tak baik. Hihi.

Sorry ke laut sat. Pokcik sambung noo. Disebabkan pokcik tengah hisap rokok daun dan feel pokcik mintak hamba Allah ni balik dulu. Pastu lepas pekena rokok daun baru pokcik piii. Elok saja pokcik masuk rumah, dajaii tu maiii terus. Tak dan nak bersila dah aih. Maiii pekenal diri sekali. Jenis sopan kot noo dan peramah kot jin ni. Ada kaa jenis lagu tu kat Malaysia? Kat Zimbabwe ada kot noo.

Sebab nak kejar solat Jumaat pokcik cepatkan proses. Pokcik pagar hamba Allah ni dulu. Berdebar katanya. Pinggang pun sakit. Tak paa laa. Nak buat lagu mana. Memang kerja setan nak bagi orang sakit dan susah nak beribadah kpd Allah. Tambah-tambah pulak hari Jumaat. Mata pun layu, pinggang sakit, dada berdebar, badan pulak sejuk.. Elok laa depa hasut suruh lena kat rumah saja. Hihihihi.

Dah pagar tu jin tu mula tunjukkan diri. Mula laa berasa gerakan di tangan dan sebagainya. Nak pii mana cheq. Tadi tak mau lari awal-awal. Gagah perkasa gamaknya. Mmmmm. Kali ni pokcik mintak kat Allah agar dibakar semua yang ada mengganggu tu. Hamba Allah mula panas. Panas katanya. Elok laa pokcik cakap. Biar terbakar habis. Bukannya Allah suruh ganggu orang. Bukankah Allah suruh jin dan manusia beribadah kepada Nya. Bukan suruh dok ganggu orang.

Satgi ada kata pulak pokcik zalim. Tak paa laa. Pokcik bukan nak popular pun untuk puaskan hati semua pihak. Selesai tu pokcik buat kalari payat pulak sebagai penutup. Hahahahha. Asyik silambam jaa sesekali try kalari payat pulak. Kakakkakakkakakkaka. Alhamdulillah selesai dengan izin Allah.
Alkisahnya nak dijadikan cerita, rumah sebelah tu orang baru duduk. Macam--macam laa dok lepak situ.

Kena pulak baca yaasin dan sebagainya Alhamdulillah laa. Depa pun tak mau laa dok situ. Depa piii mana? Piii laa kat jiran sebelah. Kacau laa situ pulak lebih kurang. Kalau jiran sebelah baca yaasin dan pasang surah al Baqarah depa lari pulak. Lari ke mana? Lari ke rumah jiran sebelah lain pulak. Tak habis laa cerita bab setan ni. Hihihihi. Sampai pagi esok laa kalau pokcik nak cerita.

Katanya siang-siang pun hantu tu menunjukkan diri. Rambut panjang katanya. Dari atap ke bawah meleret rambut. Tuannya tak pulak nampak. Cerita bab halau menghalau ni teringat pulak kisah pokcik ke Perlis ketika jin tu dihalau daripada seorang hamba Allah. Habis satu kampung dikacaunya. Sapa yang piii melawatnya semua dikacau. Letih gak macam tu noo. Tu pokcik no komen. Tak mau kondem pasaiii cara pusat perubatan lain sebab kita sendiri bukannya bagoihh pun. Harapkan ehsan Allah saja.

Selesai proses tu terus pokcik piii solat Jumaat. Habis cerita tu. Tadi baru pokcik buka respons hamba Allah ni. Alhamdulillah. Moga Allah terus melindungi kita semua dari kejahatan setan ni. Sekian sahaja perkongsian pada kali ni. Saja laa noo pokcik tulis jugak. Ada orang rajin dok baca senyap-senyap perkongsian pokcik. Alhamdulillah dan terima kasih pokcik ucapkan. Pokcik bukanlah orang yang arif. Tulisan ni sekadar perkongsian pengalaman. Tiada apa keistimewaan. Moga berjumpa lagi. Wallahua'lam. Salam hormat.