KESINAMBUNGAN DARIPADA BLOGKU YANG TERDAHULU YANG BERKISAR TENTANG KUCING KESAYANGAN POKCIK. NAMUN BERMULA PADA TAHUN 2017 PULA BERKISAR TENTANG DUNIA MISTIK DENGAN MENGGUNAKAN GELARAN ' POKCIK '. SEMUA CATATAN DAN PERKONGSIAN KEBANYAKANNYA PENGALAMAN SENDIRI SERTA TIADA TOKOK TAMBAH. KESEMUA KISAH ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA. SALAM HORMAT PARA SAHABAT DAN PENGUNJUNG BLOG INI.
Wednesday, 29 March 2017
KEHARMONIAN RUMAHTANGGA
Puas dok saja pokcik taip pii laa kot no. Kali ni bab keharmonian rumahtangga. Banyak sungguh kes isteri lari, suami lari, rumahtangga tak damai dan sebagainya. Ada bukan salah kita kerana ini merupakan ujian daripada Allah untuk menguji sejauh mana kesabaran kita dan merayunya kita kepada Nya.
Merayu kat orang mungkin lama-lama orang menyampah. Merayu pada Allah, kita makin dekat padaNya. Pahala pun dapat dan silap-silap hajat kita pun dipenuhi. Alhamdulillah. Tapinya ada adabnya nak merayu pun. Nak merayu perlulah kita sebagai kekasihNya. Kalau kita langgar habis segala tegahan dan tak buat segala suruhan, boleh laa nak merayu pun kalau kita jenis muka tak malu.
Habis tinggi dah merayu sangat, Allah bagi jugaklah sebab menyampah tengok muka kita bukannya kasihan. Hihihihi. Tak mau laa kita dapat tapi bukan bersama redhaNya. Lagi satu, kalau kita sendiri solat pun ntah kemana, perawat nak mintak tolong ngan Allah pun malu. Macam mana Allah nak perkenankan kalau perawat mintak pun.. Ishhh muka dia ni rupanya. Biaq padan muka dia.. Hihi. Tu contoh saja.. Tapi hakikatnya begitulah.
Apa pun, takkan nak berleter saja.. Hihihi. Antara amalan yang boleh digunakan ialah zikir Yaa Latif banyak-banyak semasa nak masak lauk atau nak tanak nasi. Niatkan bagi hati suami lembut jugaklah sepertimana Yaa Latif, Yang Maha Lemah Lembut. Kalau yang tu pun tak jalan boleh jugak kita tambah dengan surah Toha ayat 1-5. Niatkan laa, takkan nak baca saja-saja. Moga Allah makbulkan. Nak bagi depa tambah sayu teringatkan kita, sedekahkan Fatihah banyak2 utk dia dan diri kita..
Yang tu tak jalan, yang ni pun tak jalan maka cuba pulak gunakan surah al baqarah ayat 165 yang digabungkan dengan ayat surah Ali Imran ayat 14. Niat elok-elok dan cantik-cantik. Kalau tahu nama lagi cantik kot. Jadikan amalan selepas solat fardhu terutama selepas subuh atau selepas isya'. Kalau kata laa dah ada perubahan, tambah lagi dgn surah Yusof ayat 4. Mudah-mudahan Allah memberikan ehsanNya..
Kuat berleter noo pokcik ni.. Jangan marah. Orang tua kebanyakannya lagu tu. Kakakkakaka. Apa pun, pokcik doakan semoga ahli group kita semuanya selamat dan sejahtera serta dipermudahkan segala urusan oleh Allah di dunia dan akhirat. Ooo lupa pulak jadi pokcik edit lagi, bukakan hati depa dgn surah AlFath ayat 1-3. In shaa Allah. Moga berjumpa lagi no. Maaf andai ada kata-kata yang kurang enak didengar. Wallahua'lam. Salam hormat.