Boring ni taip piii laa kot no. Nak taip pun dok berasa penat lagi sebab semalam bertungkus lumus dok removed ahli. 1K lebih yang terpaksa diremoved oleh para admin. Kalau ikut cadangan seorang admin, dia kata removed semua pastu tutup je group ni. Hihihihi. Bukan apa, hati ada panas kot masa tu. Tak paa laa semua dah berlalu. Life must go on.
Baiklah kali ni pokcik nak ceritakan bab amalan diri. Macam-macam laa amalan diri orang kita. Ada bab ketat tuttt sebab tak nak bagi laki cari lain, ada bab bagi body tak jatuh. Yang ni depa panggil syarat tubuh. Ada bab penyeri dan pemanis. Macam-macam laa kalau bab penyeri atau pemanis nii. Mandi embun laa, dok seru depan cermin laa, baca mantera laa dan sebagainya.
Banyak sungguh amalan orang terdahulu. Entahlah, kesannya anak cucu yang menanggung biasanya. Berkaitan dengan cerita di atas,pokcik akan kongsikan satu lagi kisah. Alkisah pada suatu hari pokcik dihubungi oleh seorang hamba Allah untuk melihat keadaan rumah emaknya dan juga keadaan emaknya juga.
Disebabkan tidak terlalu jauh, pokcik pun mengajak seorang sahabat untuk menemani pokcik. Tambahan pula, pokcik tak tahu rumahnya. Bertolaklah pokcik ke rumah sahabat pokcik di Bukit Kuin. Sahabat pokcik ni seorang ustaz. Pokcik suka membawa ustaz kerana beliau cepat menangkap kehadiran entiti. Tubuhnya peka dengan kehadiran mereka.
Setelah itu kami meneruskan perjalanan ke Panching Selatan. Sesampainya kami di sana, pokcik memberhentikan kereta di tepi rumah tersebut. Turun sahaja dari kereta ada dah menunggu di atas atap rumah tersebut. Ustaz dah dapat mengetahui kehadiran hantu tu. Dia mula sendawa sebaik sahaja turun dari kereta. Dia kemudiannya muntah. Rupa-rupanya hantu tu dah menerpa awal sebaik sahaja kami turun dari kereta.
Pokcik biarkan ustaz muntah terlebih dahulu. Setelah selesai kami duduk di luar rumah. Suami perempuan yang sakit sudah menunggu kami. Pokcik balut daun rokok terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam rumah. Tuan rumah mengajak kami masuk ke dalam tetapi pokcik meminta izin untuk berehat sebentar di luar. Tuan rumah masuk ke dalam dan membiarkan kami berdua. Pokcik mengambil kesempatan untuk memulihkan sahabat pokcik itu terlebih dahulu.